Tuesday, February 9, 2010

ANSARI KECAM KERAJAAN BN SABAH ABAIKAN RAKYAT


Oleh Halik Zaman

Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah hari ini mengutuk sekeras kerasnya sebarang fitnah keatas Ketua Umum PKR Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim dan memberi perkhabaran kepada rakyat Sabah khasnya ahli ahli PKR Sabah amnya bahawa berita berita yang tersiar diTV3 dan akhbar Utusan Malaysia lebih banyak pembohongan dari sebenarnya 'apa sahaja berita PKR atau peribadi Ketua Umum PKR'.

Demikian dalam satu sidang kepada wartawan BSKeadilan Negeri Sabah pagi ini. Kata Haji Ansari yang juga Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat,"UMNO dan BN Sabah sudah maklum para pemimpinnya diSabah tidak lagi mendapat sokongan mutlak dari pengundi Sabah kerana semua rakyat Sabah sudah faham tekanan hidup rakyat Sabah yang mahal sedangkan Negeri Sabah yang kaya dengan hasil "minyak petrol" tapi rakyatnya miskin sehingga ada yang masih tinggal dirumah rumah setinggan semenjak dari Sabah merdeka bersama Malaysia dulu lagi."

"Rakyat Bumiputera yang tinggal dirumah rumah setinggan, Kerajaan UMNO/BN Sabah tanpa memberi apa apa bantuan rumah lalu menghalau Bumiputera yang tinggal dirumah setinggan tanpa ada belas kasihan atau sekurang kurangnya beri mereka tanah untuk tapak rumah agar mereka dapat tinggal ditanah air mereka sendirii tidak dilayan seperti pendatang haram", Marah Haji Ansari Abdullah.

"Sedang rakyat Sabah yang tinggal dikampung kampung dilanda tsunami penghidupan pahit lantaran semua jenis pemakanan rakyat kosnya melambung tinggi, pendapatan orang kampung sekadar kais pagi makan petang ditambah lagi bebanan kemahalan bayaran bil letrik dan bil air serta cukai pintu sesungguhnya menyedihkan orang kampung menanggung bebanan sebegini, tidak pun ditangani oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah dengan meringankan beban hidup seperti rakyat Negeri Selangor dimana Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya memperbaiki nasib rakyat diSelangor yang dirosakkan oleh Kerajaan BN sebelumnya". Tegas Haji Ansari

Menurut kenyataan Ketua Cabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah, "AJK Cabang PKR Tuaran kini sudah merangka beberapa program bertemu rakyat memberi mereka jaminan jika rakyat ingin perubahan maka rakyat hendaklah menolak UMNO dan calon BN dalam PRU13 akan datang. Kata Haji Ansari Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim akan datang keTuaran bertemu rakyat Tuaran pada 28-2-2010 dan rakyat Tuaran datang lah beramai ramai mendengar sendiri amanat beliau."

8 comments:

  1. Agreed with Tuan Hj Ansari and his team. We should organize more programme with the people.

    UMNO will never stop their dirty work to demolish PKR. Trust me.

    ReplyDelete
  2. Kita mahu lihat dan dengar lebih banyak lagi cabang-cabang yang menuruti jejak langkah cabang Tuaran yang banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti mendekati rakyat.

    Syabas Cabang Tuaran.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  3. Apa yang UMNO herankan kemiskinan dan kesusahan yang ditanggung rakyat ? Kerana agenda UMNO hanyalah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Dan yang penting menjaga kedudukan masing-masing, dan kerana itulah terjadinya kes-kes mendera/memfitnah/menghancurkan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

    Berwaspadalah kerana akan ada lagi adegan-adegan yang tidak kita sangka yang di ciptakan khas oleh umno untuk pemimpin-pemimpin PR.

    ReplyDelete
  4. Be eNd nie cuma sibuk jaga rakyat bila time2 election je. Hari2 lain mrk sibuk jaga menda2 lain untuk "kegunaan" sendiri saje.

    CarrotCake

    ReplyDelete
  5. Hj Ansari / Datuk Halik,

    Kesedaran dari rakyat sendiri adalah amat penting, kita berhabis buat program itu dan ini, tapi kalau diri mereka sendiri tidak mahu berubah pun susah juga. Kalau rakyat itu sendiri lebih rela dapat habuan 50-100 setiap kali PRU itu yang menjadi masalah. Sebab mereka ini ada juga yang depan kita ok, tapi bila kita balik, ia jadi sebaliknya. Ini yang harus kita ubah persepsi mereka ini,

    ReplyDelete
  6. Kamirang jugak ikut sedih bah anwar kana buat begitu. Apa pun, kamirang tatap di balakang PKR.

    Lawan tatap lawannn...tukuiiii

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  7. Kami akan bersama-sama Dato' Seri Anwar di Tuaran nanti. Allahuakbar !!!

    Hj Mustapa Salihin
    Tuaran

    ReplyDelete
  8. Please let us know if Anwar's programme is on. We will gives our 100% support to Anwar.

    Thomas Lajinun

    ReplyDelete