Thursday, February 4, 2010

BUKAN PENDATANG ASING YANG JADI PENGUNDI HANTU

Dari Kacamata Halik Zaman:

Di SABAH Pendatang Asing yang ada Mykad tidak berani turun mengundi. Wajah mereka senang dicam. Mereka cuma setakat daftar nama sebagai pengundi sahaja. Yang memangkah undi bagi pihak Pendatang Asing adalah "Orang Dalam".

Orang orang asing yang ada Mykad, orang orang bumiputera dan warga negara yang sudah meninggal dunia. Nama nama mereka ada dalam daftar pengundi.

Setelah jam 5.00 petang pengundian ditutup. Nama mana mereka yang didapati tidak turun mengundi maka kesempatan ini akan diambil oleh "Orang Dalam" untuk memangkahnya. Ini mungkin berlaku di Sabah tapi tidak di SEDARI.

Mungkin perkara sebegini boleh berlaku:-

1. Disebabkan wakil calon cuai

2. Wakil calon tidak berpengalaman

3. Wakil calon tidak tegas

4. Wakil calon kena beli

Mungkin perkara peranan "Orang Dalam" dilakukan di luar bandar, tidak didalam bandar.


Misalnya tiap tiap kawasan Pilihan Raya ada 10 tempat pembuangan undi. Sepatutnya setiap satu tempat pembuangan undi wakil calon mesti kira berapa orang yang keluar membuang undi, kiraan itu mesti sama dengan kiraan Penolong Pengurus Pilihanraya Kawasan. Kalau bercanggah ia mesti ada penipuan.

Setiap wakil calon mesti ada borang yang di tanda tangani dari Penolong Pengurus Pilihan Raya yang menunjukkan bilangan yang keluar mengundi. Ini dilakukan semua ke10 tempat pembuangan undi, pengundi yang turun mengundi.

PASTIKAN borang yang menunjukkan bilangan pengundi yang keluar mengundi disetiap kawasan pembuangan undi oleh wakil calon itu adalah SAMA dengan catitan dalam borang yang ditanda tangani oleh Pengurus Penolong Pilihan Raya Kawasan.

Kita difahamkan ada borang 13 dan borang 14 disediakan oleh SPR yang menunjukkan angka pengundi yang keluar mengundi untuk kegunaan Penolong Pengurus Pilihan Raya Kawasan tapi borang itu tidak dibagi kepada wakil calon, kalau pun dibahagi cuma borang sahaja tanpa ditanda tangani oleh Penolong Pengurus Pilihan Raya Kawasan untuk disahkan.

5 comments:

  1. Teringat saya keputusan PRU12 dikawasan DUN Pantai Manis Papar, Parliment Papar dan DUN Kawang,SPR belum pun habis kira undi ditiga tiga kawasan maka TV3 sudah umumkan kemenangan calon BN. Apa macam TV3 boleh tahu?

    Macam betul ada peranan orang dalam.

    Tangah Latif Kuala Papar

    ReplyDelete
  2. Kerana perkara itu berlaku sebab kaki tangan PKR tidak kerja hati hati. Ini tidak mustahil.

    Masa saya mengundi, saya lihat wakil calon PKR sedang membelek belek majalah, tidak pun dia garis nama sayan jauh sekali dia lihat muka saya.

    ReplyDelete
  3. Pakatan Rakyat tidak harus pandang ringan perkara yang ditimbulkan itu.

    Patut mereka yang jadi wakil calon diberikan kursus.

    Susah lah kalau begini rakyat Sabah mahu berubah.

    ReplyDelete
  4. PKR betul betul kilar dalam PRU12.

    ReplyDelete
  5. Kalau mahu berubah,pihak atasan pucuk pimpinan mesti buat perubahan. Dari sekarang mesti lah buat arahan ketua ketua turun padang jumpa rakyat.

    Kami di Beaufort, ketua kami macam ayam mati. Bila pernah lajim yusup turun padang? Mau jadi calon baru dia sibuk. Kunun tatap manang kalau dfia jadi calon.

    anak bisaya-Beaufort

    ReplyDelete