Sunday, February 28, 2010

Penyerahan Memorandum Kes Norizan Salleh kepada KDN

Penyerahan Memorandum Kes Norizan Salleh kepada KDN

Wanita Keadilan akan megiringi Norizan Salleh ke Putrajaya menemui Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dalam usaha utk mendapatkan pembelaan kerana telah ditembak tanpa hak oleh anggota PDRM.

Norizan telah pertama kalinya mengadu kpd Biro pengaduan MCA tetapi aduannya tidak diambil serius dan terhenti apabila laporan polisnya tidak diambil tindakan.

Diatas nasihat yang diterima, Norizan telah ke kediaman DSAI yang kemudiannya merujuk kes beliau kepada Latheefah Koya supaya Norizan mendapat pembelaan yg sewajarnya.

Sidang media pertama mengenai kes beliau telah diadakan di Ibu Pejabat PKR , Tropicana. Ia disusuli dengan Memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada 4 Feb 2010 dan selepas itu ke SUHAKAM pada 11 Feb.

Permohonan kepada SUHAKAM akan mengambil masa utk diketahui jawapan agar suruhanjaya bebas menyiasat kes Norizan Salleh, dan memohon Menteri Wanita mengambil tanggungjawab memelihara kebajikan Norizan Salleh yg mengalami kecederaan kekal sehingga tangan kanannya belum diketahui akan pulih semula, disamping kecederaan lain yang berterusan membuat beliau, seorang ibu tunggal, tidak mungkin diberi pekerjaan untuk menyara diri dan anaknya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,antaranya ialah Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin telah juga menggesa agar IPCMC ditubuhkan dan kes-kes seumpamanya disiasat juga.

2 comments:

  1. Biasalah mana MCA nak ambil tindakan, kes dalaman sendiri pun tunggang-langgang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Ketua Wanita PKR memang terkenal dengan keperibadian yang tinggi dan senantiasa meluangkan masa untuk rakyat.

    ReplyDelete