Tuesday, February 9, 2010

JALUMIN SUSUN PROGRAM PKR TURUN PADANG JUMPA RAKYAT

Oleh Halik Zaman

Ketua Cabang PKR Kota Belud Encik Jalumin menyatakan bahawa semua ahli ahli PKR Cabang Kota Belud bersatu teguh menyokong Ketua Umum PKR dan menolak sebarang fitnah keatas Dato Seri Anwar Ibrahim walau apa bentuk sekalipun.

Demikian dalam satu sidang maklumat syber kepada Unit Wartawan Blogspot Keadilan pagi ini. Beliau menyeru ahli ahli PKR dan penyokong penyokong PKR atas pagar agar tidak terpengaruh dengan khabar khabar dari berita TV3 dan Utusan Malaysia yang putar belit dan membusukkan itu.

" Angin perubahan pemikiran rakyat Sabah kini jelas terbuka luas, yang rata rata menolak UMNO dan BN dalam PRU13 akan datang kerana BN sudah tidak berfungsi lagi dan UMNO pula terkapar kapar mencari sahabat baru untuk mereka bergantung "ibarat kapal lama" yang sudah hampir pecah dilanda gelombang politik Pakatan Rakyat", kata Jalumin kepada wartawan BSKeadilan.

"Insya-Allah, kami para pemimpin PKR Kota Belud terus menerus turun padang berjumpa rakyat, akan kami sedarkan rakyat Kota Belud betapa baiknya berhijrah parti kepada Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat yang selama ini dilupakan tidak terbela" tekan encik Jalumin selaku Ketua Cabang PKR Kota Belud.

Tegas Jalumin, kini AJK PKR Cabang Kota Belud sedang menyusun program-program lawatan dari kampung kekampung dan kalau perlu dari pintu kepintu untuk memberi penerangan kepada rakyat tujuan dan hala tuju PKR agar rakyat lebih dekat kefahaman mereka tentang kos hidup rakyat yang melambung tinggi lantaran tidak terbela oleh wakil wakil rakyat UMNO Kota Belud.

No comments:

Post a Comment