--Oleh Halik Zaman--
KOTA KINABALU-- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mengkaji semula peruntukan yang sedia ada yang sudah tidak 'relevan dan lapuk' masih lagi menguat -kuasakan umur remaja 21 tahun baru berhak untuk mendaftar nama sebagai pengundi yang sah.
Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah Ahmad Thambrin Haji Jaini menyatakan demikian dalam sidang media petang tadi menyatakan rasa tidak puas hati PKR Sabah bahawa SPR memandang sepi dengan permintaan Pakatan Rakyat agar remaja remaja yang berusia 18 tahun diberi hak untuk mendaftarkan nama dan mereka sebagai pengundi dalam PRU13 yang akan datang.
Kata Ahmad Thambrin, " Seperti di Indonesia, Thailand dan negara negara Barat remaja remaja yang berusia 18 tahun, mereka diberi hak untuk mendaftarkan nama sebagai pengundi, lain pula di Malaysia mesti berusia 21 tahun, ini sangat merugikan remaja remaja Malaysia jika PRU Malaysia diadakan setelah usia remaja remaja tersebut menjelang 20 tahun kurang atau lebih".
Bercakap mengenai Kerajaan UMNO/BN yang mahukan semua subsidi rakyat dimansuhkan pada bulan Mac tahun ini, Ahmad Thambrin berkata, " Kalau maksud yang tersirat diteruskan ia satu pukulan hebat kepada orang kampung, jangankan semua subsidi dimansuhkan, kalau subsidi minyak petrol sahaja pun dimansuhkan rakyat akan tanggung semua kenaikkan kos hidup rakyat yang kini pun menjadi bebanan orang kampung" . Jelas Ahmad Thambrin
"Kita tidak bertujuan untuk menjadikan masyarakat Sabah ini sebagai masyarakat subsidi, tapi kerana rakyat Sabah masih lagi ditahap miskin adalah tidak bijak untuk kerajaan mencari keuntungan atas keringat orang orang kampung yang mata pencarian mereka bergantung kepada hasil pertanian, nelayan dan peniagaan jualan sayuran kampungan cara kecil kecilan yang di ibaratkan kais pagi makan petang". Jelas Thambrin.
Tegas Thambrin lagi, " Kalau petrol, beras, gula dan semua permakanan harian rakyat di mansuhkan subsidinya seperti yang dilaporkan, kita pasti rakyat Sabah akan lebih teruk lagi dari rakyat Semenanjung, kerana pengangkutan ke Sabah adalah menggunakan pengangkutan laut dan udara, kosnya berganda ganda mahal'.
"Pilihan yang terbaik bagi rakyat seluruh Malaysia ialah menggantikan Kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat boleh mengatasi masalah kos hidup rakyat yang melambung tinggi dengan menggunakan hasil mahsul Negara untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dengan tidak menyalahgunakan wang Negara dengan tidak membuat jambatan bengkok, rasuah dan buat koridor yang tidak menguntungkan orang kampung". Janji Ahmad Thambrin

Bah kalu mo kasi putung itu subsidi bagus lah, kamirang pun kasi putung jugak undi sama umno. bah sandiri mo ingatlah. tukuiiii
ReplyDeleteBobohizan Penampang
Inikah Kerajaan yang perihatin rakyat ? Perihatin kepada kepentingan sendiri adalah. Baguslah. Kita mahu tengok sampai bila rakyat yang masih mahu menutup minda dan fikiran mereka yang taksub dengan umno boleh bertahan bila semua kos naik. We'll see..!!!
ReplyDeleteTTL.KK.S
Saya tidak sejauh mana kebenaran akan kenaikan minyak ron 95 & 97 akan di naikkan Mei ini. Kalau ini terjadi, ini bermakna UmNO menjerat leher kita semua. PRU 13 nanti sama-samalah kita talkinkan UmNO dan Be eNd !!!
ReplyDeletehash.ria
twitter.com/hash.ria
UMNO ni menyangka apa pun yang mereka buat, rakyat akan ikut dan jadi pak angguk sahaja, tapi tak mengapa biarlah gelombang tsunami meledak lagi di election akan datang. Insya-Allah
ReplyDeleteKita tidak boleh 100% menyalahkan Kerajaan berlaku hal-hal sedemikian, Kerajaan telah mengambil pandangan beberapa pihak serta melalui pelbagai perbincangan dan perundingan sebelum mencapai satu-satu kata putus.
ReplyDeleteKita di peringkat rakyat seharusnya menyedari bahawa Kerajaan telah bekerja keras buat semua rakyat Malaysia.
Yussof Amran
Taman Semperlang, Kota Kinabalu
Susah senang jatuh bangun kami tetap menyokong perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat, memandangkan kerajaan hari ini lebih banyak mendera dari membela nasib rakyat.
ReplyDeleteSia pun dangar itu macam mo naik naik ini harga minyak, duinah kana kita bajalan kaki sija ini, indak tamampu mo isi minyak karita kita itu.
ReplyDeleteSusah ini macam ooo...
johnny.1010@yahoo.com
Datuk, apakah langkah-langkah PKR dalam menangani masalah sebegini seandainya nanti PKR memerintah ? Sekadar meminta pandangan untuk kepastian.
ReplyDeleteHj Laiman Rajak
Semporna
Hj Laiman Rajak
ReplyDeleteSemporna
Menurut penerangan DSAI dalam ceramahnya hala tuju Pakatan Rakyat untuk memberikan 20% royalty minyak petrol kepada Sabah.
Subsidi harga kos hidup rakyat yang melambung tinggi dengan hasil mahsul Sabah seperti emas dan tembaga yang belum diterokai oleh Kerajaan.
Membanyakkan pelabur luar negara melabur diSabah dan mengambilalih rancangan Felda Lahad Datu dan Tawau untuk membanyakkan bumiputera Sabah mengambil bahagian.
Merakyatkan ekonomi dan hasil mahsul Negeri Sabah.
Yang lain lain lagi yang tidak disebut disini, DSAI akan datang keSabah pada 28-2-08 ceramah dan dialog bersama rakyat diTuaran, sdra Laiman boleh bertanya DSAI sendiri untuk mendapat maklumat terperinci.