Monday, February 15, 2010

THAMBRIN:- BAIK KELUAR DARI JADI MUSUH DALAM SELIMUT

|
Oleh Halik Zaman

PAKATAN RAKYAT pasti memerintah Sabah seandainya kerjasama dan perpaduan lebih kukuh terjalin diantara para pemimpin dan ahli-ahli gabongan Pakatan Rakyat Sabah. Ahmad Tamrin menegaskan demikian di salah satu rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini. Beliau di minta mengulas tentang beberapa orang kepimpinan PKR yang keluar dari keahlian PKR baru-baru ini.

Ahmad Tamrin menegaskan bahawa 'perpindahan' keluar beberapa orang wakil rakyat dari PKR sebenarnya adalah suatu bonus kepada PKR kerana ianya terjadi sebelum PRU13, dan mereka yang tidak 'ikhlas' dalam perjuangan telah menampakkan 'belang'. Sekurang-kurangnya kepimpinan pusat PKR akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon yang akan datang. Thambrin menyindir "daripada mereka menjadi duri dalam daging, lebih baik mereka keluar sebelum bernanah".

"Kita ibaratkan mereka keluar dari PKR sebagai suatu proses 'pemutihan' dalaman PKR. Alhamdulillah, Allah swt tidak mahu mereka yang tidak ikhlas ini untuk terus bernaung di bawah perjuangan suci PKR dan Pakatan Rakyat sebagai musuh dalam selimut." Ujar Ahmad Tamrin lagi.

Ahmad Tamrin juga menyentuh kenyataan akhbatr Tan Sri Zetty Ahtar, Governor Bank Negara yang menyatakan Malaysia akan kehabisan wang simpanan negara. Menurut Ahmad Tamrin, banyak kemungkinan yang memangkin punca kita kehabisan wang simpanan negara kerana pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang membazirkan wang negara dengan tidak terancang perancangan kewangan terlebih dahulu.

"Bukan menuduh tetapi mungkin, tidak mustahil sekiranya kepimpinan UMNO dan BN menggunakan wang tersebut untuk 'membeli' pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat kerana BN akan berusaha sedaya-upaya untuk melihat Pakatan Rakyat berkubur" Tegas Ahmad Tamrin lagi.

Jika dilihat secara logikal, belum pernah terjadi kes kehabisan wang simpanan negara sebelum ini. Mengapa dan bagaimana ianya terjadi, hakikatnya hanya "mereka dan kuncu-kuncunya' sahaja yang mengetaui.

Menurut Ahmad Tamrin lagi, terlalu banyak pembaziran yang telah di lakukan oleh Kerajaan UMNO/BN. Banyak program-program yang hanya memberikan faedah kepada sebelah pihak dan ia sama sekali tidak menguntungkan rakyat. Banyak 'khabar-khabar angin' yang bertiup kesana-sini mengenai pemborosan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

"Kalau dah sekali main golf diluar Negara, berjuta ringgit di habiskan, jangan cakaplah bila bab membeli-belah. Seandainya benar, mengapa kita hanya melihat begitu sahaja wang rakyat Malaysia di belanjakan demi kepentingan seseorang ?" Sindir Ahmad Tamrin lagi,.

Hakikat kini, rakyat terpaksa menanggung beban ekoran pemborosan yang di lakukan oleh Kerajaan UMNO//BN. Adakah mereka sedar rakyat sedang menderita dek kenaikan harga barangan asas dan PM sendiri telah mengumumkan bahawa segala subsidi akan di tarik balik. Tidakkah perkara sebegini akan menambah beban dan sengsara rakyat Malaysia ?

"Seandainya benar akan dilaksanakan kenaikan harga petrol pada Mei nanti, di mana RON 95 akan di naikkan sebanyak RM3.70 dan RON 97 akan di naikkan sebanyak RM3.90, bukankah ini menjerat leher pengundi pengundi semua? Para pemimpin UMNO yang berjawatan memang tidak akan terasa apa-apa kerana Kerajaan tanggung mengisi minyak kereta mereka sepenuh-penuhnya. Yang menjadi mangsa adalah pengundi pengundi, rakyat yang menanggung segala mala-petaka yang UMNO ciptakan," Tegas Ahmad Tamrin lagi.

Ahmad Tamrin tidak menolak segala kemungkinan bahawa kenaikan kos sara hidup akan meningkat lebih tinggi lagi. Bagaimana rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka seandainya ini terjadi ? Bagaimana rakyat pedalaman dapat hidup dalam kesempurnaan sedangkan mereka terjerat dalam kenaikan harga barangan asas makanan ?

"Sebagai rakyat, kita harus bijak dalam memberi undi di PRU yang akan datang, Seandainya kita mahu anak cucu kita hidup dalam kesengsaraan, maka undilah BN, tapi jika kita inginkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin maka barisan Pakatan Rakyat bersedia untuk merubah segalanya seandainya diberikan peluang dan ruang mentadbir Kerajaan Sabah khasnya dan Kerajaan pusat amnya." Ujar Ahmad Tamrin.

Jelas Thambrin, Pakatan Rakyat tidak expose formula meninggikan ekonomi rakyat yang dirancangkan oleh Pakatan Rakyat kerana akan tiba masanya Pakatan Rakyat beri tahu rakyat dalam manifesto Pakatan Rakyat kepada pengundi pengundi. Tunggu dan lihat sahaja akan tiba masanya yang sesuai.

54 comments:

  1. Saya sangat bersetuju dengan saranan sdr Ahmad Thambrin.

    Wakil Rakyat yang bermuka muka mesti diawasi gerak gerinya untuk keselamatan PKR.

    Joe Mag: Ipoh Perak

    ReplyDelete
  2. Rakyat Perak jangan disangka termakan gula guna BN. PRU baru mau tahu.

    Orang Perak kini diumpamakan jinak jinak merpati.

    Omar Jalil, Chemor Perak

    ReplyDelete
  3. Ya betul, saya terbaca dalam akhbar bahawa wang negara kini dalam kecemasan.

    Lebih lama Kerajaan BN memerintah lebih teruk lah harga kos hidup rakyat melambung tinggi.

    Marijun Santi, Tenom

    ReplyDelete
  4. Lebih baik lah wakil wakil rakyat yang bermasalah kewangan itu tinggalkan PKR dari menyusahkan.


    S.T. Yusuf
    Likas

    ReplyDelete
  5. Budaya lompat ini memang biasa wakil rakyat jual diri.

    Kalau PR jadi kerajaan kita buat undang undang anti lompat.

    ReplyDelete
  6. Saya sokong pendapat Thambrin. Tidak guna wakil macam itu suka suka lompat parti.

    ReplyDelete
  7. Ketegasan Thambrin menjadi saya begitu percaya pimpinan beliau sebagai Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah.

    Tahniah sdr Thambrin

    ReplyDelete
  8. Ingkakad no kopimpinan Huguan Thambrin !!!

    Sonsen, Papar

    ReplyDelete
  9. Banyak wakil rakyat PKR yang lompat, iman mereka goyah kerana $$$$$ tapi wakil rakyat PAS satu pun susah BN pujuk.

    ReplyDelete
  10. kerana budi hati terasa, kerana duit budi binasa itulah amalan ada diantara wakil rakyat PKR.

    Susah lah macam nie.

    Ismail Yassin,Kuala Penyu

    ReplyDelete
  11. Undang undang anti lompat mesti ada baru aman

    ReplyDelete
  12. Orang yang suka lompat itu tidak ada maruah dan keji sekali sikap dan lakunya.

    ReplyDelete
  13. Banyak perkara sdr Thambrin timbulkan, pasal kewangan negara sudah tipis. Pasal kos hidup rakyat yang melambung tinggi.

    Kalau ini pun rakyat tidak paham, saya pikir bagus kita jangan ada pilihanraya lah, kasi saja sama BN biar rakyat tanggung semua penderitaan kehidupan.

    Jamil Rapen, Pengalat Papar

    ReplyDelete
  14. Apa buli buat, ikut saja lah cakap najib, kita 1malaysia ramai ramai makan ubi dikampung.

    Saya tengok rakyat masih lagi mahu $$$ dalam PRU, mana bulih manang.

    Jimi Masugang, Limbahau Papar

    ReplyDelete
  15. Rayat Sabah mabuk $$$$$$$$$$$$$ buli pujuk bah dengan $$$$$ dalam PRU13 nanti.

    Siapa rugi?

    Awang Damit, Merapuk Sipitang

    ReplyDelete
  16. Wahai orang orang PKR, apa lagi tunggu? Masuk UMNO bersatu kita.

    Tunggu dalam PKR pun buat apa? Tukang bangkang saja, tiada projek.

    Pg.Anak, Berhala Darat Sandakan

    ReplyDelete
  17. Saya pengundi Kota Belud rasa tidak puas hati kerana orang Tuaran datang jadi calon Parlimen Kota Belud.

    Tidak ada lagi kah orang Kota Belud yang layak jadi calon mesti ambil dari Tuaran?

    ReplyDelete
  18. Sdr Ahmad Thambrin, bila lagi buat ceramah dikampung Lingkungan Beaufort?

    Nampak gaya PKR macam kurang semangat diLinkungan.

    ReplyDelete
  19. Kami suka PKR daripada SAPP diMelalap, tapi kami tiada dapat apa apa panarangan pasal PKR.

    Cabang PKR pun tiada apa apa gerakan, minta lah Datuk Anwar buat ceramah perdana diTenom, baru urang banyak masuk ahli.

    -remaja murut-Tenom

    ReplyDelete
  20. Kata kata Pengerusi Thambrin cukup baik dan nasihat yang baik.

    Harapan rakyat PRU13 nanti, mesti semua satu hati kasi jatuh ini BN.

    ReplyDelete
  21. Tuan editor


    Saya bimbang negara kita Malaysia yang tercinta ini akan bengrap kerana pemimpinnya pandai buang duit tapi tidak pandai cari duit.

    2. Pelabur takut mahu melabur kerana keadaan politiknya kucar kacir.

    3. Kes liwat Anwar, hak asasi manusia dipinggirkan

    4. Hakim, polis,sprm dan tentera dipolitikkan.

    5. Rakyat hidup dalam ketakutan

    Bagaimana para pelabur yakin dengan Kerajaan UMNO/BN? Susah mahu cakap.

    ReplyDelete
  22. Sudah 52 tahun UMNO menjadi tunggak pemerintahan tapi masih belum berubah. Mungkin kah PRU13 rakyat bangun untuk merubah Kerajaan?

    Sama sama kita lihat.

    ReplyDelete
  23. Ngko orang kalau tak setuju dengan dasar kerajaan, ngko orang boleh cari lain negara untuk menetap.

    Setiap rakyat mesti taat kepada Kerajaan, Kerajaan BN mewakili semua bangsa dan agama, hidup rukun damai, senang cari makan, apa lagi yang tak kena?

    Penyokong BN tulin, KK

    ReplyDelete
  24. Wahhhh diaurang main golf diUS pun pakai wang Kerajaan kah?

    ReplyDelete
  25. Kenapa dalam PKR terlalu banyak katak? Mau cepat kaya kah?

    ReplyDelete
  26. Tuan Pengarang

    Saya seorang yang berijazah, sudah 3 tahun saya menganggur tidak dapat kerja.

    Hutang biasiswa Kerajaan sudah dapat surat peguam untuk minta bayaran, dengan apa saya bayar sedang kerja pun belum ada?

    ReplyDelete
  27. Tuan

    Semua tempat saya cari gula, tiada stuck. Kenapa kerajaan tidak kawal ketiadaan gula?

    ReplyDelete
  28. Sdr Thambrin

    Saya punya anak 7 orang masih sekolah. Tahun ini kena bayaran yuran sekolah satu orang RM20 setahun.

    b. Uniform, baju sukan, kasut, bag sekolah semua kena beli sendiri. Sedangkan gaji saya kecil cuma cukup makan

    c. Buku juga ada yang kena beli sendiri,kenapa kerajaan sudah habis duit kah mahu tolong atasi masalah rakyat?

    -Pengundi BN-Pekan Kota Belud

    ReplyDelete
  29. Encik Ahmad Thambrin

    1. Untuk mengalahkan UMNO/BN dalam PRU, cuba rapatkan sab barisan Pakatan. Menyatukan kefahaman para pemimpin PKR tidak berpuak puak.

    2. Cari titik titik sefahaman para pemimpin PKR agar boleh berkerja dalam satu team.

    3. Hindarkan perasaan perkauman dan bentuk perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

    4.Banyakkan penerangan keakar umbi.

    5. Adakan perjumpaan muhibbah kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat Sabah.

    6. Berbincang dengan perasaan persaudaraan dalam komponan Pakatan Rakyat.

    7. Selesaikan segala salah faham antara para pemimpin dengan segera agar tidak berpanjangan.

    8.Adakan satu rombongan turun padang berjumpa dan berbincang dengan rakyat.

    9. Eratkan hubungan baik dengan Pusat.

    10. Kikiskan perasaan siapa besar dalam PKR.

    Sekian

    -Pengundi Atas Pagar-Merotai Tawau

    ReplyDelete
  30. Masalah dikampung kami tiada GULA.

    -Kg. Benoni Papar-

    ReplyDelete
  31. Harga beras dikampung kami mahal dan tidak berpatutan.

    Harga beras hancur pun sudah naik, rakyat merungut tidak mampu membelinya.

    Bumiputra,Kudat

    ReplyDelete
  32. Kalau minyak petrol naik bulan May, tentu barang makanan pun naik. Mati lah orang kampung.

    ReplyDelete
  33. Setuju dengan Encik Ahmad Tamrin, inilah masanya kita harus bergabung tenaga dan idea, di saat UMNO mendera rakyat dengan bebanan dan tekanan kenaikan harga dan petrol. Kita berharap segala salah faham dalaman di letak ketepi. Motif kita sekarang kerja kuat untuk PRU13. Kita akan menang, inshaAllah.

    Salleh Nawawi

    ReplyDelete
  34. BN is killing the people. Let's say NO to BN.

    Be eNd!!!

    Andrew Hendry
    andrew_hendry18@streamyx.com

    ReplyDelete
  35. Inilah masalah korang kat PKR, suka amik sesuatu cerita kemudian di sensasikan. Korang takde kerja lain ke nak di buat ?

    Sekiranya benar akan ada kenaikan minyak, Kerajaan tak akan menaikkan membuta-tuli, pasti ada perancangan untuk menolong rakyat. Janganlah suka amik advantage untuk memburukkan Kerajaan.

    Anti PKR/PR

    ReplyDelete
  36. Beberapa langkah harus di ambil oleh PR demi menantapkan kekukuhan kita dalam PR.

    Pertama - perpaduan dan kerjasama yang erat.
    Kedua - Mengenal-pasti calon-calon dan kepimpinan dengan memilih individu yang benar-benar mahu berjuang secara ikhlas dan bukannya mereka yang opportunist.
    Ketiga - pendekatan dan program-program kemasyarakatan perlu lebih kerap di adakan.

    Saya percaya langkah-langkah di atas mampu menarik lebih banyak kepercayaan rakyat terhadap PR.

    ReplyDelete
  37. Stop all this crap !! Without UMNO and BN you guys still living in uncivilised environment. Thank God UMNO and BN is there to help us. Be thankful to them !!!

    Cecilia Anvin

    ReplyDelete
  38. Ya, pinggirkan mereka yang tidak jujur dalam perjuangan menegakkan keadilan ini. Kita mahukan pemimpin yang benar-benar bersih dan setia. Allahuakbar !

    ReplyDelete
  39. I'm afraid those who lives in sub-urban area will suffer if the petrol rate raised again. No wonder BN is losing trust from the rakyat. Goodness !! BN is really choking us up.

    Melvin Xavier
    Penampang

    ReplyDelete
  40. Aduinahh mun di naikkan lagi minyak, mangkin naik bah barang-barang. Camana kian kita anik mau hidup ? Makan apa ? Gila pakah UmNO anik ?

    Anak Sipitang

    ReplyDelete
  41. PKR and PR please save us !! UMNO and BN is tearing us apart. Do something !!

    ReplyDelete
  42. Tidakkah kita sedar lagi bahawa rakyat seperti kita hanya di perlukan apabila musim pilihanraya sahaja ? Bila kuasa sudah di tangan mereka, inilah jadinya, mereka senang-senang memperdagangkan kuasa di tangan mereka.

    Yang menjadi mangsa, kita - rakyat Malaysia. Bukalah minda anda seluas-luasnya, berikan peluang pada PR, izinkan mereka untuk buktikan kemampuan mereka dalam membela nasib rakyat.

    Lihat contoh di Selangor, rakyat telah menikmati pelbagai kemudahanan, percuma air, pogram merakyatkan ekonomi rakyat dan sebagainya.

    Kita di Sabah bila lagi ? Jangan sampai bila dah tidak mampu nak beli makanan/minuman, masa itulah baru teringatkan PR. Jangan sampai terlewat.

    ReplyDelete
  43. Di manakah pertimbangan BN dalam membela nasib rakyat ? Kalaulah benar seperti diperkatakan oleh sdr Tamrin, kita ini seperti menempah maut.

    KATAKAN TIDAK KEPADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL !!!!

    ReplyDelete
  44. Leave BN behind, let's move to PR. We believes PR will fight for us. Give them a chance to prove it.

    Bluemoon

    ReplyDelete
  45. Kita berharap selepas sessi pembersihan di kalangan kepimpinan PKR, PKR akan lebih berdaya saing dan lebih banyak ceramah-ceramah kelompok akan di buat dalam usaha mendekati rakyat.

    Kami peraya PKR mampu merubah kerana inilah masa untuk perubahan.

    Salam reformasi.

    ReplyDelete
  46. UMNO is just SPEAK LOUDER THAN ACTION !! THEY DID NOTHING FOR THE PEOPLE. WHATEVER THEY DID IS FOR THEMSELVES AND THEIR CRONIES.

    SAY SAYONARA TO UMNO AND WELCOME TO PKR.

    Mathew Francis

    ReplyDelete
  47. Saudaraku sekalian, beringatlah, jangan terlalu menghentam Kerajaan tanpa bukti. Kita pasti ini bukan niat Kerajaan kita untuk mengabaikan kita semua.

    Rahmahwati (Likas)

    ReplyDelete
  48. Inilah untungnya jadi pemimpin UMNO, rakyat berhempas-pulas bayar cukai, mereka pun berhempas-pulas habiskan wang negara. Dengar-dengar cerita si big mama @ spongebob squarepants tu kalau bershopping habis satu shopping complex tu dia nak angkut. Mana tak botak lagi kepala abg Jibrail tu.

    Sepupu Spongebob

    ReplyDelete
  49. Apa nak jadi dengan Malaysia ni, dana simpanan negara pun boleh habis ? Apa yang UMNO dah buat ?

    Kalau beginilah gayanya, nampaknya PRU13 nanti, umno tinggal nama sahaja.

    ReplyDelete
  50. Hurmm..kalau kita masih nak tunggu dan pangkah UMNO lagi lepas ni, tak taulah. Dah macam2 bentuk penganiayaan mereka lakukan kepada kita. Sedarlah wahai rakan2 ku.

    Reena Mawi

    ReplyDelete
  51. Takpe, kerana sayangkan UMNO, lepas ni kita pakat-pakat jalan kaki, pakai skateboard, roller-skate pegi keja. Habis nak isi minyak kereta dah tak mampu. Kereta pula kita ikat reben besar-besar pastu buat hiasan dalam garaj.

    ReplyDelete
  52. Wang simpanan negara habis ? Tak mengapa, naikkan saja cukai, sapa yang tak bayar cukai, kita hukum penjara. Pastu duit koleksi cukai, habiskanlah lagi. Kita kan rakyat pemurah, berkorban apa sahaja demi kerajaan tercinta. Kalau tak cukup juga, mintalah seorang sedikit derma peribadi dari rakyat jelata. 26 juta rakyat malaysia kan syangkan kerajaan.

    ReplyDelete
  53. Syabas kepada moderator blog ini yang berjaya memberikan perkembangann terkini hal-hal semasa dan program-program yang di laksanakan oleh PKR dan PR.

    Kepada moderator, teruskan usaha anda kerana perlu ambil tahu perkembangan semasa PKR.

    Hj Zakarian Kamil
    Kg Buang Sayang, Papar

    ReplyDelete
  54. Entah lah, setahu saya parti kalau berkuasa mesti rakus, harap harap Pakatan Rakyat, tidak buat apa yang UMNO sudah buat !

    ReplyDelete