|
Dari Kacamata Halik Zaman: NAIB Pengerusi, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tindakan 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar. Sambil mengutuk tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu yang disifatkan satu lagi sentimen ‘mentaliti penjajah’ yang tidak boleh lagi ditoleransikan dalam zaman sekarang ini, Abdul Rahman menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi budak suruhan Australia. Pandangan sempit dari otak yang lembab boleh menghasilkan idea yang kurang sihat jika kita anggap 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang menyuarakan "hak kemanusiaan Anwar Ibrahim" disifatkan oleh seorang budak kelmarin yang bergelar "Datuk" sebagai biadap dan kurang ajar kepada Ahli Ahli Parlimen Negara Australia itu. Anwar Ibrahim yang kurang mendapat keadilan di negaranya dalam tuduhan 'terancang' dari sebuah negara Islam seperti Malaysia punya hak menyuarakan kepada dunia. "Walau siapa pun akan berbuat benda yang sama kalau leher mereka dijerat oleh neraca yang berat sebelah ia mesti minta diselamatkan oleh dunia". Misalnya Ang Su Kyi dari Negara Junta Myanmar pun mendapat simpati dari Malaysia dan Negara Negara Luar kerana ketidakadilan negara itu membuat tuduhan melulu dengan menggunakan undang undang Myanmar yang bertentangan dengan hak kemanusiaan untuk mendapat keadilan. Semasa Datuk Seri Hamid Albar menjadi Menteri Luar Malaysia pun pernah juga berkunjung ke Myanmar meminta Ang Su Kyi dibebaskan dari tahanan, perlu kah rakyat Myanmar menganggap Hamid Albar sebagai biadap dan kurang ajar? Semua Negara didunia pun punya perundangan tersendiri, tapi adakala undang undang negara itu dijadikan alat politik ia boleh melanggar "hak kemanusiaan" dan Negara Negara Luar berhak menegurnya. Sebagai seorang Islam di Negara Islam seperti Malaysia Anwar Ibrahim juga berhak mendapat hak untuk dibicarakan di mahkamah Syariah. Dalam mahkamah sivil terlalu banyak alibi yang punya "kemungkinan" terjadi bahawa simen Dato Seri Anwar yang di ambil oleh pihak berkuasa Malaysia pada tahun 1998 yang berada dalam simpanan itu boleh dimasukkan kedalam dubur yang menuduh kerana dalam pemeriksanaan doktor swata dan doktor hospital Kerajaan sebelumnya mendapati tidak ada kecederaan didubur tertuduh. Disebabkan Anwar Ibrahim seorang yang paling berpengaruh dalam politik Malaysia dan ia boleh menggugatkan politik Kerajaan, ia tidak mustahil tuduhan itu boleh "meragukan" rakyat bahawa "simen Anwar 98" itu digunakan kembali dan dimasukkan kedubur yang menuduh dijadikan sebagai bahan bukti utama? Teguran Negara Negara Luar, Abdul Rahman Dahlan dengan angkuh dan tidak mahu negara luar campur tangan. Harus di ingatkan kepada beliau bahawa ekonomi Malaysia 70% bergantung kepada Negara Negara Luar. Sedangkan Malaysia bergantung import perubatan dan peralatan perubatan pun datangnya dari Negara Barat, bukan itu sahaja perbagai keperluan rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada Barat. Bayangkan seandainya negara negara Barat mengambil serius 'pandangan' Abdul Rahman, bukankah itu akan berlaku suatu hal yang diluar jangkaan ? Abdul Rahman mesti berpandangan jauh dan keluar dari "tempurung" bahawa Negara Australia adalah rakan dalam Commonwealth Malaysia, sebanyak sedikit Malaysia punya hubungan dagang dengan mereka, tidak molek Abdul Rahman terlalu celupar mengeluarkan perkataan kesat yang boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Negara tersebut. Kita bimbang kalau semua Negara Negara Barat bersatu, pasal kes Anwar Ibrahim yang tidak mendapat keadilan yang seadil adilnya dianggap oleh mereka, Malaysia boleh dikenakan 'economy resunction' kerana di Barat lebih menitik beratkan soal "hak kemanusiaan" yang dicabuli oleh kuasa politik. Perlu diingat, jika Malaysia ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan malapetaka, Malaysia perlu bantuan kemanusiaan yang berbentuk kewangan dan kebendaan dari Negara Negara Barat, kerana itu pandangan mereka perlu diambil kira. Mereka bukan nak mengajar itik berenang tapi sekadar mereka 'menyediakan kolam tempat itik berenang' Malaysia masih diangggap serba serbi kekurangan, ada kapal selam pun ala recondition kata orang Sabah "ampai ampai" dipelabohan Sepanggar. Ingat bidalan Melayu pernah berkata, "Kerana pulut santan binasa kerana mulut rakyat celaka". Kalau 'celaka' itu pergi kepada seseorang individu sahaja tidak mengapa, kita khuatir 'celaka' itu akan turut di tanggung sama oleh rakyat Malaysia. Kalau UMNO merasakan mereka di tempat yang benar, dan mempunyai segala eviden yang cukup kuat untuk menghukum Anwar, kenapa mesti mereka takut dengan pandangan negara luar ? Melainkan mereka hanya mempunyai 'bukti yang terancang' maka mereka punya segala hak untuk berasa takut, takut akan kebenaran yang akan terserlah. Hope it's not, but if it does, just think about the impact that UMNO may face ! |
Sunday, February 14, 2010
ABDUL RAHMAN DAHLAN NAK JADI HERO BAGAI KATAK BAWAH TEMPURUNG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO ini mimang tembirang bah. Sakap sija basar, mo tunjuk kuat sija baitu. Tukuii..
ReplyDeleteBobohizan Penampang
Saya pernah pikir dulu simen tahun 1998 yang diambil dari DSAI digunakan kembali untuk mengenakannya kembali.
ReplyDeleteSaya amat meragukan alibi serupa ini dijadikan realiti dalam jubur Sipool.
Satu yang menjadi kemusykilan di hati, apa yang UMNO ni takut sangat dengan Anwar ? Apa yang Anwar ada sehingga mereka benar-benar ingin menjahanamkan Anwar ?
ReplyDeleteMungkinkah ada rahsia 'besar' yang Anwar simpan dan UMNO takut ianya terlerai ? Entahalah...
Menarik dan masuk akal artikel diatas. Ia boleh meragukan.
ReplyDeleteTak habis-habis pemimpin UMNO ni nak buat lawak. Memang sudah tradisi turun - temurun UMNO dan kepimpinannya suka cakap dulu, kesan dari itu mereka letak kebelakang. Beginikah kepimpinan yang kita mahukan ?
ReplyDeleteBerani juga Rahman Dahalan tu cakap ? Agaknya dia tu 'untouchable' sebab ada bekalan tangkal jampi dari Datuk Kenneth kot ..hehehehehe :D
ReplyDeleteJamilah Su'od - februaryrain@hotmail.com
He he he budak kelmarin memandai mandai.
ReplyDeleteSuch a brainless comment !! I dont know where the hell he put his brain while saying this ??
ReplyDeleteThomas Lajinun
Sememangnya mereka itu layak di gelar BIADAP DAN KURANG AJAR. Hal-hal dalam negara sendiri masih banyak, nak sibuk-sibuk campurtangan pentadbiran negara kita. Syabas Datuk Rahman !! Kami sentiasa di belakang Datuk !!
ReplyDeleteAPC
Waaaa betul juga arguement artikel diatas 'kalau tak dipeca ruyung manakan dapat sagunya'.
ReplyDeleteMusuh boleh buat macam macam, lagi lagi kalau musuh yang ada kuasa.
Why UMNO simply gives an opimion without thinking the effect of their statement ? UMNO is always SELFISH !!!
ReplyDeleteVivien Ng
Rahman, apa kau rasa? Oren? strawberi? Atau cili api?
ReplyDeleteAlah setakat tunjuk berani di suratkhabar bolehlah. Setakat itu sahajalah keberanian dorang ni. Bak kata orang penang, kalut saja, tapi dok lagu tu ja..pi mai pi mai tang tu ja.
ReplyDeleteMamak Penang
A.Rahman, 50 Ahli Parlimen Australia itu pakar undang undang, kau buat belacan pun tak tahu.
ReplyDeleteKes Dato' Seri Anwar banyak yang ganjil dari yang benar. Terlalu banyak 'keanehan' seanehnya kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya. Hanya Allah swt yang maha mengetahui. The truth will reveal..
ReplyDeleteSekarang banyak cara kepimpinan bawahan umno ni nak tunjuk lagak masing2. Contohnya si beliau dari kota belud inilah. Bukan main lagi komentarnya. Ngalahkan Hang Jebat !! Teruskanlah temberang kamu semua, supaya rakyat lebih benci dengan UMNO.
ReplyDelete/masturah
Saya tidak nampak ada kesalahan di statement YB Datuk Rahman ? Dia menyuarakan pendapatnya yang menentang dasar campurtangan negara luar ? Dia mahu selamatkan negara kita dari anasir-anasir jahat.
ReplyDeleteHj Yahya Badar/Taman Antarabangsa, Likas
Hello Rahman, dok rumahlah jaga bini lagi baik. Kalau nak bagi statement biar produktif sikit. ini main sedap mulut jer
ReplyDeleterobin hood nabawan
Nanti kalau semua investor Barat dalam Malaysia cabut lari, padan muka Rahman.
ReplyDeleteAda minyak petrol, dunia tak nak beli, apa citer nanti Man. Ekonomi merundum looooo, lagi susah UMNO.
Akai sinpan kat mana Rahman?
Rina-Gombak
Rahman, baru kau rasa bah, nginaipan kau tutur begei?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteIni kes takde keja lah nie, jadi cari keja dengan bagi statement takdak otak camnie..haru betul..??!!
ReplyDeleteKasian kau Raman, manumpang kasih dikawasan orang lain, diTuaran kau sudah tidak laku, lari KB minta kasian.
ReplyDeleteajiji tidak lama lagi ganti musa, kau apa dapat? mana itu Australia kawan musa mau sokong kau lagi, sabab kau pigi maki diaurang.
Adios grenggo!
--bakal calon parlimen umno KB--