Thursday, February 11, 2010

MURSALIM BIDAS PEMBELAJARAN DI KAMPUNG MASIH DI TAHAP LAMA


-Oleh Halik Zaman-

KUDAT - Setiausaha Perhubungan Pimpinan Negeri yang juga merangkap Ketua Cabang PKR Kudat, Encik Mursalim Tanjul hari ini di minta mengulas mengenai pembangunan dan kos sara hidup rakyat di pedalaman.

Menurut Mursalim, tiada banyak pembangunan yang dapat di nikmati oleh penduduk luarbandar. Kerana tumpuan dan fokus pimpinan UMNO hanyalah tertumpu di dalam bandar dan diri mereka serta kroni sahaja. Jika di tinjau pembangunan dan kemajuan di kampung-kampung di luar bandar, kita masih dapat melihat index kemiskinan tegar masih lagi tinggi.

"Jika kita ke pedalaman, kita tinjau ke sekolah-sekolah kampung, sistem pembelajaran dan material pendidikan yang mereka tawarkan masih lagi di takuk yang lama. Anak-anak kampung di didik dengan apa yang ada di hadapan mata sahaja. Ini yang menyedihkan kita semua dibawah pimpinan Kerajaan UMNO/BN." Kata Mursalim.

"Malah ada juga terdapat anak-anak kecil yang tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana kurang berkemampuan. Sebab - sebab terjadinya perkara ini adalah kerana kos kehidupan yang semakin meningkat tinggi." Jelas Mursalim.

Mursalim menambah, " kebanyakan penduduk kampung hanya melakukan kerja-kerja kampung dan nelayan-nelayan. Pendapatan yang tidak seberapa, adakalanya membataskan perbelanjaan mereka untuk menghantar anak-anak kesekolah. Kos sara hidup yang semakin meningkat juga membebankan mereka ini."

"Barangan permakanan asas juga agak tinggi kosnya di pedalaman juga memberikan tekanan kepada penduduk di luar bandar. Jika di bandingkan dengan pendapatan mereka yang tidak besar, maka kerana itulah terjadinya kes anak-anak tidak dapat meneruskan persekolahan mereka atau gagal dalam pelajaran." Kata Mursalim

Menurut Mursalim lagi, kerajaan UMNO tidak memberikan komitmen kepada golongan kurang berkemampuan ini. Tiada inisiatif di ambil untuk memantau harga-harga barangan di luar-luar bandar.

Katanya "Sekolah-sekolah di pedalaman juga tidak di pantau dengan sewajarnya. Material pembelajaran tidak di bekalkan secukupnya. Malah kita masih dapat melihat anak-anak kesekolah hanya dengan berselipar. Pemantauan khusus dari para pemimpin UMNO telah di suarakan berkali-kali, namun apa yang mereka perolehi hanyalah suatu harapan yang tidak kesampaian." Terang Mursalim

Mursalim menambah, "penduduk luarbandar hanya dapat melihat wakil-wakil rakyat UMNO/BN apabila tiba musim pilihanraya dan di masa itulah mereka benar-benar mempamerkan keperihatinan yang penuh kepalsuan, semata-mata untuk meraih undi dari penduduk-penduduk luar bandar dan bila selesai pilihanraya, batang hidung mereka pun susah kelihatan".

Mursalim sekali lagi menegaskan, seandainya PKR dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah, PKR berjanji akan memperluaskan skop fokus kepada penduduk-penduduk luar bandar. PKR mahukan semua penduduk dan rakyat Sabah tidak kira di mana juga mereka berada untuk menikmati pembangunan seimbang baik dalam ataupun luar bandar.

Oleh yang demikian, Mursalim menyeru kepada semua rakyat, untuk memberikan peluang kepada PKR dan Pakatan Rakyat membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama di bumi Sabah ini maka undi lah calon calon Pakatan Rakyat.

"Kita mahu membela nasib rakyat yang terpinggir, PKR tidak mahu lagi melihat masih ada lagi kemiskinan tegar di penduduk-penduduk pedalaman, PKR mahu semua rakyat menikmati setiap pembangunan dan kemajuan yang kita berikan." Ujar Mursalim mengakhiri ucapan beliau.

5 comments:

  1. Sapa bah sakap ini umno indak pandai karaja ? Suma durang sibuk baitu. Sibuk gali harta rakyat untuk diri sandiri. Itu pasal durang sibuk, jadi bila sibuk durang talupa untuk jenguk urang kampung. Jadi biar bah durang itu, kamirang ok jak, tapi nanti pilihanraya kamirang pandai kasi ajar itu. Tukuiii..

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  2. Mana ada hati nak tinjau masalah rakyat pedalaman ? Sebab hati mereka semua bercelaru memikirkan Pakatan Rakyat semakin di minati rakyat. Itu yang membuatkan mereka bingung tu...

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  3. Salam reformasi, inilah masanya untuk kita melakukakan perubahan. Kita harus berubah demi satu kehidupan yang lebih berwawasan. Allahuakbar !!!

    /masturah

    ReplyDelete
  4. Biasalah wakil-wakil rakyat umno ni..time2 PRU jer nampak rupa bentuk, time2 biasa jangan harap...lain yang mereka jenguk..itu yang terwujudnya kes kawin artis muda, malarrr..!!!!

    ReplyDelete
  5. Kita amat berharap PKR dapat memberikan kesaksamaan pentadbiran tak kira lah di kampung atau di kota. Kasihan penduduk kampung yang banyak ketinggalan dan masih ada yang belum menikmati era kemodenan.

    Sharifah Adelea Syed Armaz
    (Email) blue.sapphire1970@yahoo.com

    ReplyDelete