Tuesday, March 2, 2010

AHMAD TAMRIN : USAHA MENDAMPINGI RAKYAT SEDANG DI SUSUN RAPI




Laporan Halik Zaman

SATU mesyuarat khas Ketua Ketua Cabang dan MPN Kepimpinan PKR Negeri telah diadakan di Hotel Courtyard, 1Borneo, bersama Ketua Umum PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mesyuarat itu juga dihadiri oleh Naib Presiden PKR Malaysia Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ahli Pimpinan Tertinggi Pusat Haji Ansari Abdullah dan Christina Liew Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat.

Dalam mesyuarat berkenaan, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah, sdr Ahmad Tamrin telah memberikan taklimat menyeluruh tentang pergerakan dan aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan oleh MPN Negeri Sabah dalam usaha untuk mendekati rakyat Sabah. Antaranya ialah dengan menjalankan road-show ke beberapa tempat di Sabah seperti di Tawau, Silam, Semporna dan Libaran. Di mana di setiap tempat ini rakyat telah diberikan pemahaman yang secukupnya tentang hala-tuju PKR dan Pakatan Rakyat. Misi-misi penerangan juga telah berikan dengan sebaiknya agar rakyat lebih faham fungsi PKR dan Pakatan Rakyat.

Pengerusi MPN telah juga menyarankan kepada Ketua-Ketua Cabang agar mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti dan program kemasyarakatan untuk lebih mendekatkan PKR di hati rakyat. Beliau berkata demikian dengan mengambil contoh aktiviti yang telah di jalankan oleh Cabang Tuaran di bawah kepimpinan Tn Hj Ansari Abdullah. Cabang Tuaran di bawah penyeliaan Biro Khidmat Masyarakat Cabang Tuaran telah mengadakan suatu program khas yakni Program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk kampung di Batu 24 Ranau, Tenghilan, Kiulu dan seluruh kawasan Tuaran Program ini menawarkan pemeriksaan percuma di samping pemberian ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit ringan dengan bantuan khidmat dua orang doctor terlatih, iaitu Dr Natassia dan Dr Mevin.

Cabang PKR Tuaran juga telah merangka satu lagi program ini yang akan di adakan di Kiulu pada 4 Mac yang akan datang. Pengerusi MPN menyarankan langkah ini seharusnya menjadi suatu penggerak semangat kepada Ketua-Ketua Cabang yang lain untuk lebih aktif mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program yang bermanafaat di kawasan-kawasan mereka sambil mendaftarkan keahlian PKR.

Selain itu sdr Ahmad Tamrin juga memaklumkan akan kejayaan dalam menganjurkan dua Ceramah Umum yang telah di adakan di Star City Convention Center, Kota Kinabalu. Ceramah pertama telah di hadiri barisan cabinet Negeri Selangor dengan di ketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, YB Elizabeth Wong dan YB Dr Xavier Jaya Kumar. Ceramah Umum yang kedua ialah Ceramah Umum bersama Presiden PKR, YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail. Di mana ceramah ini juga adalah anjuran bersama kepimpinan Wanita dan AMK Negeri Sabah.

Sdr Ahmad Tamrin juga memaklumkan bahawa rancangan untuk mengadakan beberapa kursus penerangan di bawah kendalian sdr Jonathan Yassin, Ketua Penerangan PKR Sabah. Di mana kursus-kursus penerangan ini akan diberikan kepada semua Ketua – Ketua Penerangan Cabang . Memandangkan perancangan ini akan memerlukan budget yang agak besar, maka Pengerusi MPN, momohon perhatian dari Pusat tentang hal ini.

Selain dari itu, suatu badan baru juga telah di tubuhkan iaitu Info & Komunikasi dalam Bahasa Malaysia yang akan di kendalikan sepenuhnya oleh Datuk Halik Zaman. Section ini di tubuhkan dengan tujuan untuk penyaluran maklumat dalam bentuk IT- yakni melalui blog dan laman social Facebook. Kerana menurut kajian, kedua-dua saluran ini adalah saluran tercepat untuk di sampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Suatu kursus IT juga telah di rancang untuk di berikan kepada kesemua Ketua-ketua Penerangan Cabang bagi menyemarakkan dengan kadar segera segala info yang ingin di salurkan kepada rakyat Sabah. Rancangan kursus ini akan diuruskan oleh Datuk Halik.

Menurut sdr Ahmad Tamrin lagi, selesai sahaja sessi lawatan Ketua Umum nanti, beliau bercadang untuk memanggil mesyuarat Ketua-Ketua Cabang dan ahli-ahli MPN untuk mengatur suatu strategi tersusun dan teratur langkah yang terbaik untuk mendekati rakyat. Kita mahu rakyat Sabah faham dan arif tentang hala tuju perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat dari lapisan grass-root sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengerusi MPN juga mahukan setiap Ketua-Ketua Cabang akan mengambil peranan masing-masing dalam menjayakan misi memperkasakan PKR dan Pakatan Rakyat di negeri Sabah ini. Beliau percaya tanpa kerjasama yang erat dan baik antara beliau dan Ketua-Ketua Cabang serta ahli-ahli MPN yang lain, apa pun tidak akan berhasil namun dengan adanya kesepakatan, persefahaman dan kerjasama dari semua pihak semua perancangan pasti akan beroleh kejayaan mutlak. Demikian harapan beliau sebelum mengakhiri taklimat yang di berikan.

YB Dato’ Seri Anwar dalam maklum balasnya terhadap taklimat Pengerusi MPN Sabah, menyatakan betapa pentingnya kerjasama yang erat lagi kukuh di kalangan pemimpin-pemimpin Cabang dan ahli-ahli MPN dan beliau bersyukur apabila melihat kesemua peneraju utama kepimpinan PKR Sabah hadir dan ini menandakan berakhirnya segala krisis dalaman sebelum ini.

Beliau juga berharap dan merayu kepada semua pucuk pimpinan PKR Sabah untuk lebih bersikap toleransi dan meminggirkan segala perkara-perkara yang keruh dan meletakkan semangat juang yang baru dan bersih demi memastikan kejayaan besar dalam PRU yang akan datang. Ketua Umum juga berpendapat tiada suatu perkara pun yang tidak ada formula tidak boleh di selesaikan dalam suatu permuafakatan dan perundingan dan di harapkan semua pucuk pimpinan negeri mengamalkan budaya give and take.

Mengakhiri ucapannya, Ketua Umum mengharapkan akan mendengar lebih banyak lagi achievement yang di laksanakan oleh PKR Sabah dan bukannya krisis kepimpinan negeri. Menyentuh tentang kursus-kursus yang di rancangkan untuk diadakan, Ketua Umum meminta Pengerusi MPN Sabah untuk memanjangkan hal ini kepengetahuan pusat untuk di pertimbangkan.

Mesyuarat bersurai pada jam 6.00 petang untuk beredar ke majlis rasmi penyertaan Datuk Kalakau Untol ke dalam PKR.

3 comments:

  1. Tahniah Haji Ansari kerana usaha turun padang beliau dan anak anak buahnya memberi perkhidmatan perubatan kepda kami di Tenghilan.

    Sedar lah kami sekarang siapa kah yang prihatin kepada
    Terima kasi dari kami.

    ahli jkkk tenghilan

    ReplyDelete
  2. Bagus Tamrin, baru DSAI tahu siapa siapa turun padang mendekati rakyat.


    jatidiri, tenghilan

    ReplyDelete
  3. sdr tamrin,

    bawa rombongsn ke daerah papar, rakyat mahu dengar cermsh penersngsn.

    gadis chantik, papar

    ReplyDelete