Tuesday, March 9, 2010

KETUA KETUA PKR CABAR AHLI AHLI PARLIMEN "KATAK" LETAK JAWATAN



Oleh Halik Zaman

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah hari ini telah mengadakan mesyuarat MPN bulanannya bertempat di Pejabat PKR Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Mesyuarat di hadiri oleh 24 Ketua-Ketua Cabang dan ahli-ahli MPN negeri Sabah.

Dalam mesyuarat ini 24 Ketua-Ketua Cabang telah membuat satu resolusi dan mengutuk tiga orang Ahli Parlimen PKR yang keluar dari PKR baru-baru ini. Jawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah juga telah mendesak dan mencabar ketiga-tiga Ahli Parlimen tersebut mengosongkan kerusi masing-masing sekiranya mereka benar-benar berpengaruh untuk memberikan laluan kepada pilihanraya kecil ditempat masing masing. Di pilihanraya itu nantilah akan menjadi tanda 'aras keberkesanan' pengaruh mereka terhadap pengundi-pengundi di kawasan masing – masing.



Ketua Ketua Cabang PKR seluruh Sabah membuat cabaran terbuka bahawa mereka 'Ahli Ahli Parlimen' yang keluar dari ahli PKR itu dan menang dikawasan Parlimen masing masing atas tiket PKR kah atau mereka menang sebagai seorang yang berwibawa? Mereka keluar dari PKR mereka mestilah pulangkan kerusi Parlimen itu kepada rakyat untuk menentukan sama ada mereka menang di kawasan Perlimen tersebut atas wibawa mereka sendiri. Ahli Ahli Parlimen tersebut mestilah buktikan kepada pengundi pengundi mereka bahawa mereka adalah Ahli Parlimen yang bermoral."

24 Ketua-Ketua Cabang juga bersependapat bahawa tindakan mereka keluar dari PKR adalah suatu tindakan yang sudah diduga, kerana mereka ini lebih di ibaratkan sebagai duri dalam daging di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Kehilangan mereka dalam PKR tidak di rasai kerana mereka hanyalah seperti seorang jenderal tanpa ada tentera. Keberolehan kerusi mereka pun mereka perolehi kerana pengundi mengundi mereka atas tiket PKR.

Ketua-Ketua Cabang juga menyatakan sokongan penuh mereka diatas tindakan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang telah memecat dalang yang selama ini mencalar imej PKR dan Pakatan Rakyat dengan tindakan-tindakan tidak rasional beliau iaitu Zulkifli Noordin. Beliau bukanlah suatu asset kepada PKR dan Pakatan Rakyat kerana tindakan beliau yang adakalanya keterlampauan. Tindak – tanduk beliau boleh di ibaratkan sebagai agent UMNO/BN dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Segala kenyataan beliau sentiasa mengundang kontroversi dan menyebabkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat amnya dan PKR khasnya. Maka kerana itulah 24 Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah menyokong sebulat suara keputusan yang di ambil Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Sdr Ahmad Tamrin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah menyeru ahli-ahli PKR di seluruh Sabah agar tetap teguh berdiri di belakang PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau juga telah menafikan propaganda yang di war-warkan oleh UMNO Papar yang membuat kenyataan media mengatakan 120 orang ahli PKR di Papar telah meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. PKR Sabah mencabar dan mendesak UMNO Papar untuk mendedahkan nama-nama dan nombor keahlian ahli-ahli yang dikatakan telah meninggalkan PKR. Propaganda ini adalah tidak berasas sama sekali kerana hanya 2 orang sahaja ahli PKR yang keluar dari PKR dan menyertai UMNO oleh kerana permintaan mereka yang tidak berasas tidak di layan oleh Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah. Hakikatnya yang meninggalkan PKR cuma 2 orang bukan 120 orang.

Ketua Ketua Cabang PKR seluruh Sabah mengambil ketatapan dengan teguh dan tegas menyokong kepimpinanYB.Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama PKR dan Pakatan Rakyat Malaysia.

18 comments:

  1. Kita seharusnya menyokong kepimpinan PKR. Tahniah PKR Sabah.

    ReplyDelete
  2. Yang keluar di Papar tu bukankah bekas AMK Papar ? Alah budak tu tau apa dalam politik ? Budak mentah!!

    Kg Sg Padang

    ReplyDelete
  3. Kita sentiasa menyokong kepimpinan PKR. Insya Allah we will always by yourside. Membujur lalu melintang patah !!!

    ReplyDelete
  4. kita perlu PKR yang lebih bersih dari segala anasir-anasir 'kotor' seperti mereka yang trouble-maker tu ..

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  5. Mereka memang bukan aset PKR, tapi mereka adalah traitor buat PKR. Bagus mereka telah tiada dalam PKR. Aman dunia.

    ReplyDelete
  6. Thanks God those "Gremlins" are out from PKR !! Leave PKR safe and peaceful.

    Mathew Herman

    ReplyDelete
  7. Tuan, perbanyakkan aktiviti PKR, kami ingin menyertainya untuk menyatakan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi kepada PKR.

    ReplyDelete
  8. Adakah mereka yang keluar ini yakin mereka masih akan dapat kerusi yang mereka sandang ? Sebab tidak yakin dengan kemampuan berdiri sendirilah, makanya mereka tidak berani mengosongkan kerusi masing-masing.

    Dragonfly

    ReplyDelete
  9. Ahli PKR yang keluar itu sekadar spekulasi politik sahaja. Mana ada ? Yang ada itulah 2 ekor nyamuk saja. Pedulikan segala propaganda songsang UMNO yang menyesatkan ini.

    ReplyDelete
  10. Benar, kalau mereka rasa mereka kuat dan berpengaruh, dipersilakan kosongkan kerusi masing-masing, kita bertanding secara sihat. Jangan sekadar menangguk di air keruh atas "tunjuk-ajar" si gagak di rimba.

    /masturah

    ReplyDelete
  11. Kita amat berharap rakyat Sabah tidak akan cepat mempercayai dakwaan-dakwaan yang di kelolakan oleh UMNO&BN. Mereka akan mempergunakan kemudahan media sepenuhnya untuk menyalurkan propaganda dan agenda negatif mereka.

    aida marhaban
    (taman luyang perdana)

    ReplyDelete
  12. Saya mahu lihat seandainya semua AP yang keluar dari PKR itu adakah akan menang lagi sekiranya bertanding di pilihanraya akan datang ? atau nama mereka pun tidak tersenarai sebagai calon umno atau bn ?

    Jangan ikut langkah ezam, cakap berdegar-degara sana-sini, tapi habuk pun tarak, telatahnya tak ubah seperti menjilat ludah sendiri termasuklah 'katak-katak' asuhan 'si hitam' yang di taja sepenuhnya oleh 'jib raell dan big mama'.

    Rafie Kasiman -- Kawang.

    ReplyDelete
  13. Dari mula lagi saya terkesima sendiri bila mengenangkan katak-katak yang melompat keluar dari PKR ini, adakah mereka terlupa sewaktu mereka berkempen masa pilihanraya, mereka senarai panjangkan segala kekhilafan umno. Kini walaupun mereka tidak menyatakan sokongan kepada umno tapi kenyataan mereka jelas menunjukkan keaarah itu. Syabas YB-YB, anda telah berjaya membuktikan betapa 'PALSU'nya anda. Orang yang sebegini, mampukah menjadi pemimpin yang baik ? Tepuk dada tanya selera !!

    My High Heel @ twitter.com/my_highheel

    ReplyDelete
  14. Di harapkan Ketua Cabang Papar akan mengenal-pasti perkara sebegini, dan kita juga berharap ianya hanyalah propaganda palsu sahaja.

    Kg Kelanahan, Papar

    ReplyDelete
  15. Buat apa mau simpan mereka dalam PKR ? Bikin apa mau simpan musuh yang berpura-pura baik, tau-taunya paling jahanam sekali ? Bagus lah mereka dah keluar dari PKR.

    Dragonfly

    ReplyDelete
  16. Do feel their lost ? No way !! We feels great of their departures.. Good grieve !!!

    Ling Ai King
    Graceville, Sembulan

    ReplyDelete
  17. Selamat tinggal YB. Kami amat bergembira dengan kepergian kalian. Semoga keabadian ini memberikan lebih keselesaan untuk kami berjuang dalam KeADILan.

    Mas Joko @ Bakso Kimanis

    ReplyDelete
  18. Adakah proses pensucian ini telah berakhir ? atau masih adakah yang perlu di bersihkan ? Kerana selepas sessi pensucian ini, kita harus mula memberikan fokus dan tumpuan yang lebih kepada halatuju perjuangan kita.

    ReplyDelete