Thursday, March 4, 2010

KEADILAN TETAP TEGUH DAN MANTAP

Oleh Dr. Syed Hussin

(Timbalan Presiden PKR Malaysia)

Peristiwa beberapa orang Ahli Parliamen (AP) melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merupakan proses penyucian yang dialu-alukan. Kami percaya apabila sudah tidak ada daki, kulit menjadi lebih bersih dan badan lebih sihat.

Sejarah menunjukkan PAS dan DAP mengalami cabaran lebih buruk pada peringkat permulaan mereka. Beberapa pimpinan utama mereka keluar parti. Dari DAP Goh Hock Guan (SUA), Richard Ho (pemimpin kanan), Lee Lam Thye dan lain-lain keluar parti. Ada pihak menganggap DAP akan lingkup. Sebaliknya ia menjadi lebih kuat sehingga kini.

Dari PAS pula, Asri Muda (Presiden), Osman Abdullah (SUA), Nakhaie Ahmad (Naib YDP) dan ramai lagi meninggalkan parti. Para pemimpin Umno menyangka dan mengharapkan PAS akan gulung tikar. Tetapi apa berlaku? PAS menjadi lebih teguh seperti yang terbukti sekarang.

Kita jangan lupa Umno juga melihat ramai pemimpin, termasuk tiga orang Presidennya – Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn – keluar parti dan tidak masuk semula sehingga mati. Tidak seperti Mahathir Mohamad, yang bercerai sekejap dan kemudian rujuk kembali. Berbeza dengan PAS dan DAP, Umno lebih parah keadaannya kini.

Ahli-ahli Parliamen yang melompat katak dari KEADILAN akhir-akhir ini, seperti Ahli-ahli Dewan Negeri yang berbuat serupa terdahulu darinya, menghadapi masalah pribadi serta kewangan dan ada yang mula disiasat oleh pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah).

Selain itu mereka tidak menjaga kawasan, tidak pernah menyuarakan rintihan apatah lagi membela hak rakyat. Mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam Parlimen – tidak pernah atau jarang sekali bercakap atau berbahas.

Pimpinan Umno meraih peluang dari kelemahan mereka. PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menemui hampir semua sebelum mereka keluar – termasuk juga beberapa orang bukan ADUN atau AP yang boleh diperalatkan – dengan menjanjikan berbagai-bagai habuan untuk memikat mereka. Kami mendapat maklumat bahawa berpuluh juta dana disediakan oleh PM serta kroni konrporatnya untuk membeli ADUN dan AP, terutama dari KEADILAN.

Najib dan pemimpin Umno yang lain berikrar konon hendak berusaha menghapuskan korupsi. Sebaliknya mereka sentiasa melakukan korupsi politik dan kewangan besar-besaran. Tindakan korupsi mereka pasti akan menjadikan KEADILAN lebih teguh dan mantap dan disokong rakyat ramai.

20 comments:

  1. Tuan

    Biarlah mereka itu lari dari PKR. Mereka itu mestinya terima sumpahan rakyat.

    Hidup mereka tidak selamat senantiasa ditimpa bala.Amin.


    Nismah Hj. Mu'in, Penang

    ReplyDelete
  2. Dunia dan akhir saya tidak halalkan undi saya kepada para munafik itu. Pembelot itu akhirnya akan terima sumpahan seluruh pengundi Melayu ahli ahli PKR kepada yang melompat.


    Seberang Prai

    ReplyDelete
  3. Manusia yang tidak mengenang jasa pengundi semoga cepat mati.



    Sulaimun Wahab, Gorge Town

    ReplyDelete
  4. Hapuskan semua petualang dari PKR, biar mereka masuk parti UMNO.

    ReplyDelete
  5. AP lari, lompar, terjun dan akhirnya mereka jahanam.Rakyat tetap bersama Pakatan.

    ReplyDelete
  6. kononnya AP yang lompat itu wira umno, sebenarnya mereka pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
  7. Yg lari itu ialah pencuri kerusi pkr. Mereka dapat wang, kita ahli-ahli umno lama berjuang dapat apa?

    Kita pun boleh lari, tunggu pru13.

    Pengundi Melayu,Penang

    ReplyDelete
  8. UMNO terang terang biarkan anak sendiri kelaparan tapi orang pkr yang terjun, dapat duit juta juta.

    anak pulau malang

    ReplyDelete
  9. Anjing yang makan tahi, makanannya tahi juga. Lain kali jangan pilih anjing jadi calon.

    ReplyDelete
  10. Semasa pilihanraya 2008, kami ahli ahli umno cuma dapat rm100. Orang PKR lompat terus jadi meliana.

    Mana adil !!!!


    ahli umno

    ReplyDelete
  11. Waaaaa banayak duit katak dapat? kami ahli umno 52 tahun dapat habuk pun tarakkkk!!

    ReplyDelete
  12. DSAI, cuba pilih saya jadi calon, tentu saya lebih baik dari muka muka sijahanam itu.

    Tambi,Penang

    ReplyDelete
  13. Ini kerja salesman Salahuddin dan Braim Pendek, kami tahu.

    Mereka keduanya ini tukang jual orang.

    ReplyDelete
  14. Selama ini ahli ahli UMNO cuma jadi alat, yang kaya calon lompat dari PKR.

    He he he bagus lah. Orang kita juga yang kaya raya, dapat ampau Tahun Baru Cina.

    Ahli ahli UMNO dapat 1Malaysia slogan Najib jer.


    keluarga Pinang Ahli UMNO

    ReplyDelete
  15. Wahhhhh 15 juta kalau lompat. YB UMNO putih mata, habuk pun tak dapat.

    ReplyDelete
  16. Yang amat rugi Fairus, tidak dapat apa apa $$$$. Cuma dapat projek cuci jamban.

    Dunia sudah jual macam macam, jual YB lagi untung.

    Cincinku, Bukit Jambul

    ReplyDelete
  17. Lelong lelong lelong.


    Murah murah, ada YB lagi yang minta kena beli, mau tak?

    Sila kontek h/P 012-56645766

    ReplyDelete
  18. YB YB para munafik, bersedia untuk dijual dengan harga boleh runding terus dengan salehuddin.



    YB UMNO Kecewa

    ReplyDelete
  19. Betul tu Dr Syed Husin, UMNO memang dah biasa dengan sistem keluar-masuk parti ni. Dulu, Pak Lah, Rais Yatim pernah merajuk dengan UMNO, tubuhkan Semangat 46, tapi la ni rujuk balik dengan UMNO. Pemimpin UMNO memang cakap tak serupa bikin, kalau mereka rasa mereka kuat, apa nak sibuk2 beli YB ? Sebab mereka tahu mereka TIDAK KUATlah, makanya mereka terpaksa 'bargain' wakil-wakil rakyat yang mata duitan itu semua.

    Tak heran kalau ada lagi yang keluar, bagi yang mata duitan, berpinar2 juga mata bila membayangkan RM penuh dalam akaun/peti besi di rumah, mata duitan mana yang tidak berkunang2 biji matanya bila memikirkan bini bakal disaluti emas berkilau satu badan ?

    ReplyDelete
  20. Hidup AP dan ADUN yang tidak berfungsi sepenuhnya ini akan lebih berfungsi bila ada tawaran hebat dari pasangan diktator negara kita.

    $$$$$$ always my top priority - motto baru hidup kumpulan ADUN & AP yang keluar parti.

    ReplyDelete