Dari Kacamata Halik Zaman:
DUA orang profesor seorang juru acara Astro Awani dalam "Ruangan Bincang Bincang" pagi tadi. Tiada yang pro semuanya kontra bincang pasal 50 orang Ahli Ahli Parlimen Australia yang mengeluarkan pendapat bahawa kes liwat Anwar Ibrahim berbau politik Najib dan perbicaraan kes liwat tersebut condong kepada bau politik Kerajaan UMNO/BN.
Para profesor yang mungkin rendah taraf pemikirannya dan mindanya terkongkong oleh politik songsang BN berpendapat 50 orang Ahli Parlimen Australia yang membantah kes liwat Anwar Ibrahim itu dibincangkan dari pendapat dari individu bukan mewakili rakyat Australia. Antaranya berpendapat pula memang undang undang Australia menghalalkan homosex dan Australia kononnya tidak tahu perundangan Malaysia yang mengharamkannya.
Pengacara dan 2 orang profesor itu berpendapat bahawa 50 orang Ahli Parlimen Australia itu tidak berhak campur tangan hal ehwal perundangan Malaysia. Mereka tidak perlu beri pandangan perundangan dalam negara Malaysia. Negara Malaysia sebuah negara berdaulat dan orang luar jangan campur tangan, kata mereka. Perbincangan ketiga tiga yang mungkin dibayar imbuhan itu bercakap seperti orang yang "syok sendiri".
Profesor itu bercakap tanpa bersandarkan fakta. Perrnahkah atau tidak Kerajaan Malaysia campur tangan hal ehwal perundangan negara luar yang mengutuskan Dato' Seri Hamid Albar Menteri Luar Malaysia pergi ke Myanmar meminta dibebaskan Ang Syu Kii dari tahanan rumah ketika Hamid Albar menjadi Menteri Luar Malaysia dulu? Malaysia menganggap hukuman keatas Ang Syu Kii tahanan rumah itu sebagai melanggar hak asasi kemanusiaan. Pernah juga Kerajaan Malaysia mengutuk dan membantah keputusan hakim menggantung bekas Presiden Iraq Saddam Hussein kerana melanggar undang undang Geneva. Malaysia juga pernah mengutuk dasar apartheid negara Afrika Selatan terhadap hak asasi rakyat kulit hitam Afrika Selatan.
Kes Liwat Anwar Ibrahim fitnah ke-2, Mahkamah Malaysia tidak memberi hak kepada Anwar Ibrahim untuk mendapatkan bahan bukti dari pendakwaraya sebelum perbicaraan dimulakan dan rayuannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan bahan bukti tersebut. Bukankah ini tergolong dalam ertikata, “diskriminasi politik” ?
Bagaimana peguambela dapat menelitinya jika semasa dalam perbicaraan barulah dikeluarkan bahan bukti tersebut? Sekiranya dalam bahan bukti yang dirahsiakan itu ada mengandungi alibi bagaimana? Sedangkan kes yang ada mengandungi alibi memerlukan 1 minggu notis sebelum perbicaraan? Alibi tidak boleh diguna-pakai tanpa notis sekurang kurangnya 1 minggu sebelum perbicaraan berjalan alibi mesti diberi notis terlebih dahulu?
Bahan bukti tuduhan kes liwat tersebut adalah dikira 'hak asasi Anwar' yang perlu diberikan kepada Anwar Ibrahim dan perlu diambil kira dan dihormati oleh mahkamah. Atas dasar inilah maka 50 Ahli Parlimen Australia dan Senator John Kerry dari US merasakan ada sesuatu 'keadilan' yang disembunyikan oleh pendakwaraya dan mereka minta dihapuskan kes liwat tersebut kerana ia bisa dianggap berbau politik.
Profesor yang membincangkan campurtangan luar negara itu tidak memikirkan bahawa negara negara luar terlalu mengambil berat tentang hak asasi kemanusiaan kerana dinegara negara dunia luar di anggap penting mempertahankan hak asasi kemanusiaan. Bukan campurtangan, tapi menjaga hak asasi kemanusiaan supaya tidak dicabuli. Semua negara negara luar berhak menyuarakan hak asasi kemanusiaan jika perundangan sesebuah negara itu bercampur baur dengan politiik.
Ingat, Malaysia sebuah negara kecil, banyak bersandar dan bergantung ekonomi dari negara negara luar, pandangan negara negara luar juga perlu diambil kira sebelum negara Malaysia dikenakan tindakan sekatan ekonomi dunia.
Masih segar di ingatan kita tentang peranan seorang peguam V.K.Lingam, Kerajaan telah melantik Suruhanjaya menyiasat perkara perlantikan Ketua Hakim Negara dengan sokongan "korek korek korek" Lingam. Hasil siasatan dalam perbincangan talifon itu "betul" dan Lingam bersantai dengan hakim hakim keluar negara itu juga "betul". Apa jadi cerita itu? Sekarang ini sudah "Senyap dan Sunyi" seperti tajuk lagu P.Ramlee.
Kerana itu keyakinan rakyat kepada wibawa Hakim Hakim Mahkamah Malaysia kian hari terus pudar, kerana sudah ada precedent-nya untuk jadi ikutan bahawa kita kuatir mungkin ada hakim yang akan ikut "telunjuk dari jejari ghaib dalam UMNO".

Datuk, kalau tak membodek, silap-silap kerja pun terpaksa di "c-4" kan, jadi kenalah membodek, silap-silap dalam pay slip cukup bulan ada 'extra alloawance". Who knows !!
ReplyDeleteLabu Betina
Ampeh punya Prof !?!! Dasar pak angguk !!
ReplyDeleteKalau tak ikut cakap ketua nanti ada yang kena pencen awal nanti :)) kita penyokong2 PKR dah amat maklum akan hal ini. Esok-esok kalau PKR govern, nyamuk-nyamuk ni pun akan condemn umno juga. Masa tu nanti semualah keburukan umno akan kedengaran.
ReplyDeleteDorang ni sebenarnya dah gabrah bila ada negara luar yang menegur, sebab kalau boleh dorang tak nak orang lain campurtangan dalam sistem kehakiman yang telah direka-cipta oleh umno untuk kekebalan diri mereka.
ReplyDeleteKanan kiri bah kana 2 orang profesor itu. Naaa saya sudah sangka ini 2 orang mesti kana bidas padas padas.
ReplyDeleteDiaorang kana bayar gaji bha oleh Amno cakap kasi buruk buruk pkr dan pakatan dalam tv.
Sakarang punya profesor banyak yang makan gaji sama AMNO.
Duit bha ituuuuu.
Anakguru, Kiulu Tuaran
KDM dan Cina sekarang diam diam saja. Tunggu PRU13
ReplyDeletejangan Musa harap dapat 100 undi pun orang Cina dan KDM. Palis palis lah.
Kalau ini orang Cina dan KDM buduh, pigi undi BN naa apa lagi yang pemuda UMNO mau bakar? Jawab sendiri lah.
Orang UMNO cakap UMNO sudah cukup kuat, kalau kuat bubar lah Kerajaan.Berani kah?
Asang Antingau, Melalap Tenom
BN? Atokkoi, indada napsu mau undi. Biar saya urang darat pun saya tahu ini BN main pulitik urar.
ReplyDeletePitung Ansai, Tenom
Saya percaya orang orang TV1 TV2 TV3 Astro Awani dan penulis penulis akhbar semua ada poket money, itu pasal mereka berhabisan kutuk PR. UMNO takut PR.
ReplyDeleteMereka tulis PKR, PAS dan DAP sudah pecah, sebab mereka takut PKR/PAS/DAP kukuh, hancur lah BN/UMNO dalam PRU13 nanti.
Jadi, mereka buat propaganda, supaya rakyat percaya. Ini lah tujuan mereka.
Tapi, rakyat TETAP bersatu dibelakang PKR/PAS/DAP. Rakyat akan undi PR tendang UMNO dari Sabah.
Aku Tidak Berparti, Kelabakan
Kalau PRU13 BN kalah, saya fikir banyak Mintri mati sakit jantung. Takazut.
ReplyDeleteDusun Kundasang
Datuk, kesianlah kan sama mereka tu, karang tak berpendapatan lagi nanti. Biasalah kak rose kalau dah tak suka, dengan satu panggilan telefon, kerja pun akan melayang, seperti mana dia buat adik kandungnya sehingga adik kandungnya terpaksa migrated ke luar negara.
ReplyDelete