Thursday, March 4, 2010

Lompat: Pengundi PR diseru buat laporan polis

Posted by RAKYAT MARHAEN Jumaat, 2010 Mac 05




















KUALA LUMPUR
, 5 Mac:
PAS Kawasan Batu memandang serius trend ahli-ahli Yang Berhormat melompat parti apabila beberapa kepentingan mereka tidak dipenuhi dan dengan sengaja mengada-ngadakan alasan bagi 'menghalal' tindakan tidak bermoral mereka. Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Ishak Surin ketika menegaskan perkara ini menyeru semua pengundi Pakatan Rakyat di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang terbabit dengan wakil rakyat melompat parti agar membuat laporan polis, bahawa mereka dikhianati dan dimungkiri oleh ahli Yang Berhormat berkenaan, tidak kekal dalam parti-parti Pakatan Rakyat, sebaliknya mengkhianati parti dan undi rakyat.

Katanya, tekanan ini juga bertujuan untuk mencabar mereka meletak jawatan dan mengosongkan kerusi berkenaan agar satu pilihan raya kecil diadakan bagi membolehkan pengundi memilih wakil rakyat baru.

Tegas beliau lagi, usaha begini patut dipandang serius sebagai tekanan dan asakan untuk menghalang mereka yang ingin melompat parti, kerana kemarahan pengundi yang ditipu oleh ahli Yang Berhormat berkenaan penting untuk membentuk politik baru yang anti wakil rakyat pengkhianat.

“Macam mana nak mewakili rakyat kalau mereka sudah mungkir, khianat. Tidak mungkin seorang yang khianat boleh amanah, jujur dan dedikasi dalam menjalankan tugas mereka. Apatah lagi, bergerak secara bebas tanpa diawasi oleh sesiapapun,” tegas Ishak ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum PAS Kawasan Batu membantah Draf KL 2020 kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada program ceramah 'Menggempur Garuda DrafKL 2020' di Pasti Kampung Padang Balang, dekat sini.

Selain Salahuddin, turut berceramah, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Shaari Sungip.
Mengulas lanjut, Ishak mencabar mana-mana pengkhianat rakyat yang kini bergelar ahli Yang Berhormat 'bebas' mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket Pakatan Rakyat dan bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jika mereka benar-benar hebat dan jaguh rakyat.

Katanya, mereka yang melompat, benar-benar berkepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan maruah dan perjuangan yang selama ini dilaungkan untuk rakyat, sebaliknya mudah 'mengalah' dengan pelbagai pujukan.

“Inikah yang dikatakan perjuangan. Rakyat mahu Pakatan Rakyat lebih berhati-hati memilih calon pada pilihan raya akan datang agar wakil rakyat pengkhianat tidak muncul lagi selepas ini,” tegas beliau.

Sehingga kini, menurut Ishak, empat kawasan Parlimen - Bayan Baru, Nibong Tebal, Pasir Mas dan Bagan Serai serta lima Dun iaitu Changkat Jering, Jelapang, Behrang, Lunas dan Pelabuhan Klang, masing-masing wakil rakyatnya telah mengkhianati pengundi mereka. Sementara dua lagi kawasan Parlimen yang dicurigai ialah Kulim Bandar Baru dan Nibong Tebal yang kini, wakil rakyatnya dipersoalkan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ishak memberi amaran kepada kerajaan BN agar tidak menggunakan Draf KL 2020 sebagai perkakas untuk 'membaham' kampung-kampung tradisional Melayu atas nama pembangunan.

Beliau yakin, tujuh kampung yang dikenalpasti akan 'dirampas' itu, gagal dilakukan jika para pemilik tanah berkenaan bersatu dan tidak mata duitan.

PAS Kawasan Batu akan bertindak seiring dengan Majlis Permuafakatan Kampung-kampung Tradisional Melayu (Muafakat) dalam mempertahankan tanah rizab orang Melayu itu dari digodam garuda kerajaan BN.

23 comments:

  1. Saya setuju saranan tersebut, tapi bagaimana kalau polisnya juga orang UMNO?

    ReplyDelete
  2. Tuan

    Perkara lompat ini sudah diatur dari atas sampai bawah.

    Polis mana mahu dengar atau tulis laporan kita.Buang masa masa jer.

    anti UMNO

    ReplyDelete
  3. Saya puji YB YB PAS ada IMAN. Saya ahli UMNO sendiri tidak suka sikap pemimpin kami UMNO suka beli YB YB. PKR.

    Mereka cuma boleh gugat IMAN YB PKR sahaja, kalau YB PAS minta maaf lah.

    YB. PAS

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, engkau beri lah malapetaka dan bala serta musibah kepada perancang lompat parti itu.

    Perbuatan mereka itu akan mengena kepada diri dan keluarga mereka, ini sumpahan dari pengundi yang mengundi mereka.

    Pengundi yang hampa

    ReplyDelete
  5. Semua pancangan lompat parti sudah diatur oleh polis dan kuncu kuncunya.

    Nak buat laporan dengan siapa lagi?

    Haklimah Musi, Pulau Pinang

    ReplyDelete
  6. Yang penting pengundi tidak lari.

    ReplyDelete
  7. Dato Seri Najib


    Anda patut berdoa kepada Allah swt bahawa anda punya penyakit keturunan tidak dipercepatkan oleh Allah swt.

    Kalau ramai orang berdoa, ia mungkin Allah kabulkan. Sebelum lambat insaf lah.

    anak abah

    ReplyDelete
  8. Saya tidak fikir rakyat akan restui perbuatan melompat parti ini.

    Perbuatan sebegini memang tidak bermoral/

    ReplyDelete
  9. Pilihan raya umum lagi 2 tahun, ia tidak kemana, rakyat lagi benci UMNO.


    ahli UMNO

    ReplyDelete
  10. Yealaaaa kamu dapat wang banyak. Kami dah undi UMNO dari mula umno ditubuhkan lagi. Kami hampa. Kami kecewa. Kamu dapat 1 orang YB tapi kamu hilang 1,000 pengundi.

    Penyokong UMNO

    ReplyDelete
  11. Sakit hati kami ahli ahli umno yang berjuang. YB PKR dapat wang banyak kerana berani lompat, apa hal kami yang taat dalam umno? Dapat apa?


    anak melayu

    ReplyDelete
  12. Ini cari makan jugaaa. Jadi YB misti ada projek jugaaa.

    Dalam undi kita misti ada cerita nanti. 2 tahun undi lagiii. ada jaga sikit.

    ammah

    ReplyDelete
  13. Fuhhhhya. 1 orang YB lompat 15 juta OOOOOO



    Kong

    ReplyDelete
  14. Setuju ! Kita sebagai pengundi yang telah mengundi sehingga mereka merasa hidup sebagai AHLI YANG BERHORMAT, turut merasa sakit hati dengan tindakan mereka. Tidakkah mereka sedar kita semua mengundi atas dasar PKR dan Pakatan Rakyat dan bukannya kerana diri mereka sendiri ?

    Nak buat laporan polis pun tak guna sahabat, sebabnya polis juga di bawah kawalan 'KERAJAAN' !!

    Yang penting, kita buktikan pada UMeNO, kita tolak mereka dalam PRU13 nanti!!!

    ReplyDelete
  15. Hahahaha apa nak heran, mereka semua ni kan pengikut ajaran sesat si Pendek the Raja Katak.

    ReplyDelete
  16. Yakinilah rakan-rakan semua, penghijrahan mereka ini merupakan titik permulaan kembalinya kepercayaan rakyat kepada UMNO. Tiada lagi parti yang mampu membela rakyat selain UMNO.

    Yussof Amran/Taman Semperlang, Sabah

    ReplyDelete
  17. Let them died and raise in hell !!! They think they are important to UMNO ? Get lost, they will never be !! So better save all the monies that they gained today, because they would never get the second chance and no way of them being appointed as a candidate in next election. Save your daydreams buddy !!!

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah Allah swt telah menampakkan SIAPA DURI DALAM DAGING selama ini. Kerana itulah kita di uji dengan proses pembersihan dalaman ini. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  19. Ya bah, biarkan sija bah durang karual, isuk-isuk kita akan dapat pengganti yang labih bagus bah. Durang itu suma busuk baitu, biar UMNO sakarang yang tanggung itu busuk-busuk suma. Mimang pun UMNO sudah sadia kala busuk !!! Tukuiii

    ReplyDelete
  20. Mau lapor bagaimana ? Lapor kepada pihak polis yang "YES SIR" ?? Jangan harap laporan itu akan di buka kertas siasatan !!

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  21. Mereka yang keluar ini menganggap pengundi-pengundi mereka akan terus memberikan sokongan kepada mereka agaknya. Jangan harap, kami akan terus memberikan sokongan kepada petualang parti !!

    Dan UMNOrian..ingatlah, hari ini mereka betrayed kepada PKR, tidak mustahil di masa hadapan mereka akan buat benda yang sama kepada UMNO !!

    Anti Katak

    ReplyDelete
  22. Yang dok ralit keluaq PKR tu adalah spesis makhluk yang opportunist dan materialistik. Biaq pilah. Esuk-esuk kita tau apa nak perbuat kat depa.

    <>

    ReplyDelete
  23. Dalam setandan pisang tidak semua yang baik, pasti ada yang tidak baik, begitu halnya dengan YB-YB ni, mereka ini adalah dalam golongan pisang YANG TIDAK BAIK/BURUK.

    ReplyDelete