Sunday, March 7, 2010

Menjawab Tohmahan Penulis Upahan UMNO Kepada PKR



Dari Kacamata: Noor Diana Mohd.Razis, Sabah

Terpanggil saya untuk ‘menjeling’ tulisan penulis upahan ringgit, Ruslan Kassim yang disiarkan di Utusan Malaysia @ agent utama UMNO/BN. Begitu confident beliau menyenaraikan satu persatu synopsis dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat. Jadi, “ini tidak adil, ini serupa berat sebelah kalau tidak di jawab. Maka untuk “menyama-tarafkan” situasi, maka saya juga ingin merencanakan synopsis perjalanan politik UMNO/BN yang menjadi “pujaan hati” Ruslan Kassim itu.

Kupasan pertama, saya ingin menyentuh isu DERHAKA. Jika di imbau kembali, SIAPA yang mula-mula MENDERHAKA kepada Sultan ? SIAPA ? Ingatkah anda suatu ketika dahulu, Annuar Musa pernah ‘menabalkan’ sendiri Sultan Kelantan pilihannya di Ketereh dahulu ? Sehinggakan keadaan agak huru-hara di Kelantan ? Adakah ianya tidak di kira MENDERHAKA ?

Siapa yang memansuhkan kuasa Raja-Raja Melayu ? Bukankah Dr Mahathir ? Siapa yang dengan lantang dan gagah perkasa (atau sengaja mahu tunjuk kuasa) membidas Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini sedikit masa dahulu ? Saya percaya jawapannya ada dalam genggaman Shahidan, Mohammad Mat Taib dan Idris Jusoh. Mereka arif dengan jawapannya. Apakah ini tidak di kategorikan sebagai PENDERHAKA RAJA/SULTAN ?

Tapi tidak ternampak warna derhaka kerana mereka semua ini berlindung di bawah kekebalan kuasa veto UMNO. Kerana itulah apa yang mereka lakukan terhadap Raja/Sultan semuanya HALAL dimata masyarakat pada ketika itu. Bila kes Nizar Jamaluddin, balaci-balaci UMNO terus bangun dan kononnya merekalah ‘PENYELAMAT SULTAN’. Mereka lupa apa yang pemimpin UMNO pernah lakukan terhadap Raja/Sultan dahulu ? Salah satu sikap hipokrit UMNO !!

Sudahkah anda lupa kemelut UMNO Terengganu ? Pemboikotan beramai-ramai ADUN Terengganu ? Kenapa dan mengapa ianya berlaku ? Sebab ketidak-sefahaman antara MB dan ADUN-ADUNnya. Siap hantar SMS ugut-mengugt lagi. Ini apa ?

UMNO ingin jadi JUARA RAKYAT ? Mengambil contoh di Johor, adakah UMNO lupa ada tanah yang telah tergadai kepada warga Negara Singapura dan Hong Kong? Siapa punya angkara ? Pakatan Rakyat ? Tepuk dada tanya selera .



Kalau mahu bicara mengenai ‘percakaran sesama sendiri’ dalam BN pun banyak untuk di senaraikan. Masih ingatkah anda kes ‘perang-mulut Samy Vellu dan M. Kayveas sehinggakan bertukar-tukar kenyataan di media elektronik dan cetak ? Itu apa ? Bukankah pergeseran sesama parti komponen ?

Kes Samy Vellu dan bekas Timbalannya, S. Subramaniam. Sehingga timbulnya court injunction. Krisis ini berlarutan sehingga Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini dimana ada proses pemilihan baru pucuk pimpinan parti untuk penggal yang baru. Berlaku juga insiden sindir-menyindir, sehinggakan Samy Vellu juga selaku Presiden turut ikut berkempen untuk G. Palanivel. Bukankah ini sudah melanggar hak kebebasan perwakilan dalam memilih calon-calon yang mereka kehendaki. Ini kita panggil apa ? Dimanakah demokrasi ?

Kes M.Kayveas dan T. Murugiah – insiden satu parti dua Presiden. Mengapa ianya berlaku ? Ianya adalah kerana tiada kesepakatan dalam parti maka terjadinya dua puak. Puak Kayveas dan puak Murugiah. Bukankah ini juga di panggil konflik dalaman parti / BN ?

Kes Mat Said vs Idris Jusoh. Mengikut beberapa kenyataan rasmi dari Mat Said, yang membidas beberapa projek yang dibangunkan di Terengganu semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar yang mana menurut Mat Said, amat merugikan rakyat. Bukan setakat itu sahaja banyak lagi ‘hasil tangan’ Idris Jusoh di pertikaikan oleh Mat Said. Ini cerita apa ? Bukan kes ‘sengol-sengolan’ sesama sendiri ?

Kes pergolakan dalaman MCA sehinggakan berlakunya pemecatan dan perletakan jawatan beramai-ramai. Bukankah ini juga sebahagian daripada apa yang di gelarkan sebagai kemelut politik ? Ahli-ahli MCA telah hilang kepercayaan di atas kepimpinan Ong Tee Kiat. Berlaku beberapa kronologi kemelut yang amat bergelora dalam MCA. Ini bagaimana ?

Begitu juga semasa Pak Lah masih menjadi PM. Rakyat sedar akan wujudnya komplot yang mahukan Pak Lah berundur sebelum tiba waktunya. Kumpulan ini mendapat “restu” dari bekas PM, Dr Mahathir sehinggakan beliau sendiri menunjukkan ‘belang’ dengan tindakannya keluar dari UMNO kerana tidak setuju dengan pentadbiran Pak Lah.

Malah ada lagi pemimpin yang berani membuat kenyataan supaya Pak Lah berundur dengan segera dan yang lebih menarik lagi, kenyataan itu di buat di negeri orang, di Singapura ! Bagus betul tu, melanyak ketua sendiri di negeri orang. Itu pun masih ok ke ?

Lihatlah, mereka sesama UMNO lagi hebat bila hentam-menghentam sesama sendiri. Tidak cukup di dalam Negara, mereka buat di luar Negara. Hebat bukan pemimpin-pemimpin UMNO ? Cukup hebat.

Begitu juga dengan pembantahan PPSMI. Hampir rata-rata cendikiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Malah Tan Sri A Samad Said juga turut bangkit menentang. Adakah UMNO peduli semua ini ? Jawapannya UMNO tak kisah dan tidak ingin kisah kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada para pemimpin UMNO dan kroni.

Justeru demi untuk menutup segala kepincangan dalaman UMNO dan BN, maka mereka bertungkus-lumus menjalankan agenda mereka bagi ‘membasmi’ PKR dan Pakatan Rakyat. Mereka sedaya-upaya membeli wakil-wakil rakyat yang tipis imannya untuk melunaskan impian mereka melihat PKR pecah kerana menurut andaian mereka PKR dan Pakatan Rakyat ibarat retak menanti belah.

Dalam sibuk-sibuk dengan misi menjatuhkan PKR, rakyat telah di sajikan dengan kehilangan enjin jet tentera dan ketidak-upayaan kapal selam Negara untuk menyelam. Kenapa ? Terkena ‘badi’ PKR dan Pakatan Rakyat agaknya.

Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat di aniaya, semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. Insya Allah.

11 comments:

  1. They are pretending didn't see "anything" when it comes to UMNO/BN crisis. What a sarcastic joke !!

    Vivien Ng

    ReplyDelete
  2. UMNO sangka mereka adalah terlalu hebat sehinggakan mereka andaikan rakyat hanya menutup mata kepada semua perlakuan salah mereka. RIP UMNO !!

    ReplyDelete
  3. OO itu bukan derhaka, itu 'menegur' namanya. Kan dalam UMNO semua tu HALAL...

    ReplyDelete
  4. Sibuk nak menjaga hal rumahtangga orang, rumahtangga UMNO sendiri kucar-kacir.

    Fatimah Juling vs Halimah Jongang

    ReplyDelete
  5. Perang mulut samy vellu dengan kayveas tu bukan gaduh, itu cuma tengkar-tengkar manja. Pergolakan dalaman MCA tu bukannya apa, saja nak tukar angin...padahal mereka yang dah retak menanti belah.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  6. Dengar-dengar angin, Idris Jusoh dengan MB Terengganu sampai sekarang tak berngam. Hai macamana tu ? Kan semua dalam UMNO malaikat-malaikat belaka, tiada siapa pun yang buat silap ? Habis malaikat besar dok terconggok kat ataih tu, malaikat Jib dan malaikat Rosy.

    Spongebob Squarepants Female

    ReplyDelete
  7. Hahaha..UMNO memang juara RAJA LAWAK musim ini. Semua peserta Raja Lawak gigit kuku lah korang !!! Hahahaha..

    Peserta Raja Lawak

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya banyak lagi kecacatan UMNO jika ingin di senaraikan, cumanya nanti ada yang heart-attack.

    Janganlah UMNO suka bercakap bongkak, kerana telah banyak pengalaman yang kita lalui, mana sudah pengaruh Samy Vellu yang bertahan beberapa penggal di Sg Siput ? Akhirnya kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

    Oleh itu berhentilah bercakap takbur, kerana walau apa pun anda lakukan, rakyat tetap pandai menilai baik dan buruknya sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  9. Segala luka/nanah busuk/najis/kuriping/kudis buta dalam umno akan sentiasa terlihat bersih, tapi sedikit luka pada PKR dan PR akan terlihat sehina-hinanya oleh warga umno. Apa nak heran ?

    ReplyDelete
  10. Puan, apa yang UMNO buat semua HALAL...tapi kalau PKR/PR buat HARAM...that's the fact !! Take it or leave it.

    UMNO mana pernah merasa puas dengan apa yang telah mereka kaut dari rakyat, kalau boleh bila mati nanti, segala harta pencarian mereka di kuburkan bersama.

    Dragonfly

    ReplyDelete
  11. Inilah untungnya berada dalam naungan barisan nasional, apa pun kepincangan akan terlihat mulia sahaja. cakaplah apa sahaja, umno tidak kisah, kerana matlamat mereka ialah bekerja bermati-matian untuk menjaga kedudukan masing-masing.

    Sebab itulah mereka ingin sangat melihat DSAI, Lim Kit Siang, DS Hj Hadi dan parti masing-masing terjunam lalu berkubur. Masa itu, rakyat mahu tak mahu terpaksa akur dengan UMNO/BN. Ada aku kisah ??

    Azwanna Aliea
    Klang Gate

    ReplyDelete