Saturday, March 13, 2010

JALAN RAYA UMNO DI TENOM MASIH BERTARAF GRABBLE DI ZAMAN BRITISH



Oleh Halik Zaman

Dalam lawatan saya dari Kg. Entabuan Tenom terus keJalan Batu dalam daerah Tenom juga . Saya begitu terkejut sekali melihat rumah rumah sdra suku Murut tidak terurus. Wang peruntukan untuk membina rumah penduduk asli yang diketegorikan rakyat miskin tegar terus terbiar begitu sahaja. Kemana perginya peruntukan miskin tegar? Kemana perginya wakil rakyat? Semua wakil rakyat ada yang di Kota Kinabalu ada pula di Kuala lumpur sedang melobi cari projek.

Lihat jalan raya dalam gambar ini berhabuk, ada kah Kerajaan UMNO/BN ambil kisah? Patut kah saya katakan sudah 47 tahun Sabah merdeka bersama Malaya sebatang jalan kampung yang bertaraf "grabble" untuk hadiah kemerdekaan bagi orang orang kampung? sebagai satu kejayaan Kerajaan Barisan? DI Bandar Raya Kota Kinabalu, bangunan mencakar langit seindah mimpi 1001 malam. Lapangan terbang Kota Kinabalu sofistikated. Lebuhraya bertingkat (elevated highway) sedang dalam pembuatan.

Ada kah kecanggihan Bandar Raya Kota Kinabalu itu dapat menolong undi dari orang kampung untuk menubuhkan sebuah Kerajaan apa yang dinamakan Barisan Nasional? Tanpa rakyat pengundi kampung UMNO/BN bukan siapa siapa. Dasar Barisan Nasional dan UMNO jik ada PRU barulah rakyat kampung didakati, disayangi. Sebut apa sahaja projek semua boleh dillulus yang dianggap oleh rakyat hari ini sebagai "janji Pilihan Raya". Habis Pilihan Raya Umum habuk pun tidak ada.

Slogan 1Malaysia sudah mulai pudar. Yang diwar warkan sekarang ialah "Juara Rakyat". Kononnya seluruh rakyat Malaysia menganggap UMNO/BN dan para pemimpin UMNO lah "Juara Rakyat". Para pemimpin UMNO turun padang berjumpa rakyat, cerita mengenai kekuatan UMNO, mereka gunakan TV1 TV2 TV3 Astro Awani buat perjumpaan UMNO tapi guna wang Kerajaan.Kerja para pemimpin UMNO sebagai "Juara Rakyat" turun padang kutuk PKR, kutuk PAS dan DAP hasut rakyat sana sini, selain itu apa lagi kerja para pemimpin UMNO? Bila habis kikis dah wang Kerajaan para Menteri bersidang dalam kabinet "NAIK CUKAI, NAIK HARGA PETROL. Rakyat juga yang menderita kerana terlalu taksub dengan UMNO.

14 comments:

  1. Memang benar apa yang dilaporkan. Jalanraya banyak yang masih bertanah merah.

    Kalau panas berhabuk dan kalau hujan jalanan tidak dapat digunakan lagi.

    Penghuni, Jalan Batu Batu Tenom

    ReplyDelete
  2. Allallaaaa, tabungkar sudah.

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi perkara yang tuan tuan belum tahu, ada juga projek tapi kena NGAP sudah oleh ketua ketua bahagian UMNO Tenom.

    Mereka bagi bagi sendiri sama sendiri kalu ada projek, diaorang buat pun cincai cincai, claim berjuta juta.

    Bila ada pemilihan Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Bahagian, ribut sana sini mereka tapuk perwakilan.

    Bila manang, masing masing mereka atur projek. Kertua Ketua ambil surat kelulusan projek, apa lagi DO Tenom pun kapar pakar oleh perangai Ketua Ketua Bahagian PEMUDA/WANITA/ Ketua Bahagian Tenom.

    Mereka sapu semua, rakyat mana lagi mereka peduli.

    ReplyDelete
  4. Kami sudah pakat pakat kasi masuk surat kabar tapi tidak pernah keluar rintihan kami.

    Memang benar apa yang dilaporkan diatas, harap harap lah Ketua Ketua UMNO Tenom sedar kali ini.

    Kalau pun mereka tidak juga sedar, PRU13 kami bulih kasih sedar pada ketua ketua UMNO yang gila projek itu.

    Young Murut, Kg. Saga Tenom

    ReplyDelete
  5. Rakyat Tenom sudah mulai buka mata. Orang orang muda Tenom pun mulai berpikir, kalau selama lamanya Ketua Ketua UMNO Tenom, sama lah saja Ketua Bahagian, Pemuda dan Wanita UMNO, mereka cuma pandai cari projek saja. Orang muda Tenom mesti tukar budaya dan tradisi ini,barulah rakyat Tenom bulih maju.

    Suara Kampung Amboi, Tenom

    ReplyDelete
  6. Sabah sudah merdeka tapi rakyat masih belum merdeka.

    Mana tidaknya kalau semua pemimpin UMNO yang dapat projek, ahli ahli UMNO tahi gigit pun tidak dapat.

    Tuan DO mesti adil bah bagi bagi projek.

    Kontraktor Kecil, Tenom

    ReplyDelete
  7. Sudah 47 tahun Sabah merdeka, mana ada pembangunan diTenom. Duit sudah habis tiada peruntukan lagi.

    Di Sungai Padas Tenom banyak buaya bah, buaya jantan buaya betina pun sudah pandai pigi pasar tangkap ikan.

    Cucu si-Antiang, Tenom

    ReplyDelete
  8. Bagus lah kalau ada orang yang kasi sedar pemimpin pemimpin UMNO yang gila projek itu.

    Kalau cara rampok projek tidak ditangani oleh Ketua Menteri, alamat PRU kali ini UMNO akan terkubur.

    Guru-Guru, Pedalaman Tenom

    ReplyDelete
  9. Bagus ! Baru mereka tahu !

    Kita mesti berani buka mata Kerajaan apa yang sudah Ketua Ketua UMNO buat diTenom.

    Kerana Letrik, Tenom

    ReplyDelete
  10. Jalan di tenom kaini ? bagus betol ini, hebat jugak karaja urang2 umno di sini arr.. apa bah durang bikin sampai jalan pun masih grabble ? sibuk kurik harta kali arr..tukuiiii

    ReplyDelete
  11. Inikah projek Juara Rakyat ? Hebat kalau gini !!!

    ReplyDelete
  12. Kalau jalan gini, bukan dapat pakai kereta, kena pakai kereta lembu ini, huhuhuhuhu...

    Pandai umno jaga rakyat mereka kan, mahu kena belajar dari umno nie..:))

    Hang Jebat

    ReplyDelete
  13. Amboii lawanyaaa jalan kat di kampung Sabah ni. Tahniahlah.

    Margia hai

    ReplyDelete