Thursday, March 11, 2010

Elit Pemerentah Semakin Hari Semakin Terdesak



Oleh Anwar Ibrahim

Pada masa yang sama rasuah semakin berleluasa dan institusi kenegaraan seperti kehakiman tidak berupaya menjamin keadilan buat semua.

Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat saban hari diganggu dan tidak lekang diugut dari pelbagai arah. Selain saya, sejumlah 14 Ahli Parlimen dan Adun PR diambil keterangan oleh pihak polis berhubung ceramah dan aktiviti lainnya. Strategi menakut-nakutkan sebegini merupakan muslihat murahan dan pastinya ditolak rakyat.

Menggunakan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding imej ternyata tidak membantu perdana menteri dan isteri, apatah lagi didedahkan media syarikat tersebut diterajui antaranya mantan duta Israel ke Amerika dan Jerman. Lebih merumitkan keadaan 1Malaysia yang dilancarkan Najib dikaitkan dengan 1Israel. Hari ini saya difahamkan SPRM juga melancarkan siri kempen untuk memulihkan imej. Ratusan juta dihabiskan demi memulihkan imej. Sedangkan cara yang paling mudah dan jimat ialah berpegang teguh kepada prinsip undang-undang, bebas dan tidak menurut kehendak elit pemerintah yang jelasnya semakin hari semakin terdesak.

2 comments:

  1. Jelas kerajaan sedang mengalami era desperado yang amat getir.

    ReplyDelete
  2. Mengapa sistem pentadbiran negara ini tidak berdaya melaksanakan pentadbiran negara dengan jujur dan ikhlas ?

    Perlukah di peringatkan bahawa terwujudnya gelombang reformasi di negara ini berpunca dari apa ? Berpunca dari kelemahan pentadbiran UMNO/BN sendiri !

    ReplyDelete