Friday, March 12, 2010

Sembang-Sembang bersama Bloggers Sabahkini


Oleh : Noor Diana Mohd Razis

Hari ini, 12 Mac 2010, bertempat di Hotel Orchid, Tenom, tiga penulis blog telah bertemu untuk berbincang dari hati-kehati mengenai scenario politik semasa khususnya di kawasan Tenom. Beliau terdiri daripada Halik Zaman, Mail Mathew dan Hj Wahab Timpai.

Halik Zaman selaku pendokong Biro Info & Komunikasi telah mengaturkn pertemuan dan perbincangan ini untuk memantau perjalanan politik di Tenom. Beliau telah meminta pandangan dari kacamata dua orang penulis blog yang tidak asing lagi di Sabah ini.

Mail Mathew memulakan pandangan beliau dengan menyatakan bahawa jalan terbaik untuk menumbangkan UMNO/BN ialah dengan perpaduan erat sesama ahli dan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau lagi, pergeseran dan perselisihan faham sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat hanyalah memberikan peluang dan ruang kepada BN untuk menang mudah di semua kawasan Bandar dan luar Bandar.

Oleh itu, persepakatan dan perpaduan harus di perkukuhkan demi untuk mengakhiri era dinasti UMNO/BN. Setiap saf kepimpinan haruslah memulakan strategi perundingan dari sekarang demi untuk menjayakan misi menumbangkan UMNO/BN.

Mengambil contoh Dr Nicholas di Liawan, Keningau. Beliau telah memulakan beberapa program-program kemasyarakatan dan aktiviti-aktiviti khusus untuk beliawan dan beliawanis. Kita percaya dengan program-program sebegini mampu menarik lebih ramai anak-anak muda untuk mendekati PKR dan Pakatan Rakyat. Contoh sebegini haruslah di jadikan tauladan kepada semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Bercakap mengenai penghijrahan keluar wakil-wakil rakyat PKR dan DAP, menurut Mail Mathew, ianya tidak pernah memberikan apa-apa kesan kepada penduduk setempat. Beliau menganggap mereka yang keluar dari Pakatan Rakyat hanyalah di ibaratkan sebagai mandur yang lari namun pekerja masih tetap setia bekerja walaupun dengan ketiadaan mandurnya.

Halik Zaman menambah, generasi muda pada hari ini tidak seperti generasi 90-an, di mana generasi hari ini memerlukan seseorang pemimpin yang lebih berdinamik, orang-orang muda yang intelek, berketerampilan, di segani dan berkeperihatinan terhadap rakyat. Semua criteria ini di perlukan demi untuk menjana kemenangan pada pilihanraya yang akan datang.

Hj Wahab Timpai pula memberikan pendapatnya mengenai system satu lawan satu. Menurut beliau, Pakatan Rakyat harus mula membuka ruang perundingan dengan SAPP untuk member laluan kepada pertandingan satu lawan satu, kerana menurut perspektif beliau, hanya inilah cara terbaik untuk mengalahkan UMNO/BN. Pertandingan dua atau tiga penjuru hanyalah memberikan UMNO/BN peluang untuk menang dengan mudah.

Menurut Hj Wahab lagi, sebenarnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada di kawasan Tenom sebenarnya tidak begitu berpengaruh. Rakyat di Tenom sudah mulai hilang kepercayaan diatas kepimpinan mereka yang tidak berwawasan. Tiada pembangunan khusus yang telah di buat untuk rakyat Tenom.

Di akhir pertemuan, kesemua penulis-penulis blog ini bersependapat hanya dengan penyatuan idea dan kerjasama serta toleransi dan komitmen yang ideal sahaja yang mampu mengubah segalanya.

8 comments:

  1. Hebat bila penulis-penulis blog bertemu, pasti banyak yang di perbincangkan, Syabas Datuk Halik dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana telah mengadakan suatu perbincangan dan perdebatan yang baik.

    /masturah

    ReplyDelete
  3. Saya juga bersetuju dengan pandangan kalian, bahawa hanya dengan kerjasama dan dedikasi sahaja dapat menumbangkan gergasi umno. keep up a good work sir!

    Bibi Samiera(Kg Ketiau)

    ReplyDelete
  4. Perbincangan sebegini amatlah sihat untuk suatu keberkesanan dalam satu pentadbiran PR. Teruskan usaha murni anda Datuk Halik !

    ReplyDelete
  5. Di mana perbincangan ini Datuk ? Kalau ada lagi perbincangan sebegini, war-warkanlah kepada kami, kerana kami amat berminat untuk turut mendengar dan memberikan pendapat sekiranya boleh.

    Jamaludin Hj Badri - jamal_badri55@streamyx.com

    ReplyDelete
  6. Congratulations for the successful discussion.

    Vivien Ng

    ReplyDelete
  7. Tidak di lupakan segala program-program yang bermanafaat yang telah di jayakan oleh Cabang PKR Tuaran yang di terajui oleh sdr Hj Ansari, yang banyak memberikan tumpuan dan perhatian kepada rakyat di kawasan mereka.

    Tahniah kepada sdr Hj Ansari dan Dr Nicholas di Liawan.

    Merak Kayangan

    ReplyDelete
  8. Kita harap lebih banyak lagi perbincangan akan di buat dari masa ke semasa untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Syabas.

    ReplyDelete