Tuesday, March 9, 2010

HAJI RAMLI KECAM SAPP SEBAGAI "TALAM DUA MUKA"

Oleh Halik Zaman



HAJI Ramli Dua Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Sabah merangkap Timbalan Ketua Cabang PKR Sipitang hari ini menyuarakan rasa kurang senang beliau terhadap parti SAPP. Menurutnya beliau telah mengenal-pasti beberapa kali ahli-ahli parti SAPP masuk ke kampung-kampung di Sipitang dan memberikan gambaran yang salah tentang halatuju PKR kepada penduduk-penduduk kampung disekitar daerah Sipitang.

Ada ahli PKR yang menyatakan, beliau pernah mengikuti siri ceramah parti SAPP di kampung-kampung, di mana ahli-ahli SAPP telah memberikan penerangan yang mengelirukan yang mana mereka cuba meyakinkan penduduk kampung bahawa PKR adalah sebuah parti yang bakal musnah. Oleh yang demikian, mereka memujuk penduduk kampung untuk menyertai SAPP kononnya SAPP adalah parti politik Sabahan.

Kata Haji Ramli, kami diSipitang menganggap SAPP sebagai "talam muka dua" dan meragui kejujurannya dalam sikapnya sebagai parti pembangkang ia tidak lain sebagai orang suruhan UMNO.

Malah mereka meyakinkah penduduk kampung yang hanya SAPP sahajalah yang mampu membela nasib mereka memandangkan SAPP adalah parti tempatan Sabah. Perkara ini turut di tegaskan sendiri oleh Pengerusi SAPP, Yong Teck Lee.

Menurut Haji Ramli, beliau kini meragui dan tidak menolak kemungkinan bahawa SAPP ini adalah sebuah parti politik tajaan UMNO/BN. Beliau juga menekankan bahawa misi penerangan SAPP lebih cenderung kepada untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

SAPP seolah-olah ingin membayangkan akan adanya pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya yang akan datang. Menurut teori Haji Ramli, ianya seolah-olah ingin membantu UMNO/BN secara tidak di sedari, kerana bilamana berlakunya pertandingan 3 penjuru, undi penyokong pembangkang akan berpecah kepada calon Pakatan Rakyat dan SAPP dan ini merupakan laluan mudah untuk menang kepada calon BN.

Jika dilihat secara logic, tidak mustahil SAPP ini bertindak sebagai agent UMNO/BN. Mungkin ini adalah salah satu usaha UMNO untuk menang kerana memandangkan kekuatan Pakatan Rakyat kini merupakan suatu mimpi ngeri buat UMNO/BN. Maka, tidak cukup dengan cara memfitnah, mereka pergunakan parti politik atas pagar seperti SAPP 'divide and rule'.


Sdr Jalumin, Ketua Cabang PKR Kota Belud juga berkata, beliau sendiri pun mendapat maklumat yang sama dari penduduk sekitar Kota Belud. Proses dan misi penerangan yang sama juga SAPP berikan kepada penduduk setempat.

Menurut beliau lagi, PKR dan Pakatan Rakyat harus bersedia mendepani tentangan secara halus dari SAPP, dan harus bersiap-siagah bukan sahaja untuk menentang UMNO/BN malah SAPP juga. Para penyokong Pakatan Rakyat harus bersatu teguh demi menjana kemenangan pada pilihanraya yang akan datang kerana PKR dan Pakatan Rakyat bukan sahaja harus menentang UMNO/BN malah SAPP juga.

Kata encik Jalumin, "Cara SAPP keluar dari Barisan Nasional pun kita dapat lihat banyak yang tidak ikhlas, mereka bukan kempen untuk mendapatkan ahli ahli UMNO menyokong mereka tapi sebaliknya dengan niat jahat untuk memporak perandakan ahli ahli PKR. Kita minta Majlis Pimpinan Negeri mengeluarkan surat perkelilingan kepada semua Ketua Ketua Cabang dan ahli ahli PKR agar mengawasi setiap pergerakan pemimpin pemimpin SAPP dikampung dan daerah masing masing. Kita yakin SAPP adalah agen UMNO untuk memecah undi PKR dalam PRU13 akan datang."

20 comments:

  1. Cerita SAPP masuk ke kampung-kampung bukannya suatu perkara yang baru, lama sudah kedengaran cerita ini. Cumanya kepimpinan kita tidak berapa endah. Jadi saya berharap kita akan lebih berwaspada dengan SAPP. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

    ReplyDelete
  2. Para pemimpin PKR Negeri/Pusat sila ambil perhatian yang khusus mengenai perkara ini, Kita tidak mahu pengundi kita terpedaya dengan dakyah-dakyah yang mereka taburkan untuk kepentingan seseorang.

    hash.ria
    twitter.com/hash.ria

    ReplyDelete
  3. Tiada yang mustahil, SAPP kan berasal dari BN, bak kata pepatah, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat "bermanja".

    Lady Mermalaide

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada imbuhan di janjikan disebalik kerja-kerja tidak bermoral yang SAPP lakukan. Kalau mahu bertanding, bertandinglah secara sihat, kenapa nak curi undi dari penyokong PKR/PR ? Susah bila ada sifat hipokrit.

    /masturah

    ReplyDelete
  5. Hj Ramli/Sdr Jalumin

    Gerakkan cabang sdr untuk berikan penjelasan sebaiknya kepada penduduk kampung, kita khuatir mereka akan terpesong kerana percayakan SAPP.

    ReplyDelete
  6. Saya tidak pasti apa motif SAPP sebenarnya ? Mereka seolah-olah tidak bersependapat dengan BN tapi sebaliknya menyebarkan propaganda untuk menghancurkan PR ?

    ReplyDelete
  7. Tak mustahil kalau SAPP ini di biayai sepenuhnya oleh BN. Maka kita dalam PKR harus sentiasa beringat dengan segala tindakan SAPP.

    Spongebob Squarepants Female

    ReplyDelete
  8. Kita tidak akan biarkan SAPP bermaharajalela menjalankan taktik kotor mereka. Only that PKR need to do prompt/drastic action in order to win the election.

    Chapalrela

    ReplyDelete
  9. Benteras sebelum terlambat. Jangan ambil perkara sebegini sebagai remeh-temeh, kerana api semasa kecil menjadi kawan, tapi bila dah besar akan menjadi lawan, dan bila dah marak, kita tidak akan terlawan. Berhati-hatilah.

    ReplyDelete
  10. Ada beberapa teman yang pernah bercerita, niat tidak ikhlas SAPP terhadap PR.Mungkin SAPP sangka bila PR lemah, maka mereka senang-senang boleh memerintah Sabah ? You are very wrong mr Yong !!

    Desperado Guy

    ReplyDelete
  11. Tak sudah-sudah nak create controversy SAPP nie, lepas ni apa lagi yang dorang nak buat kat PKR ? Kemaruk nak berbaik dengan BN agaknya SAPP nie.

    Lollypops

    ReplyDelete
  12. Berwaspadalah kalian, SAPP ini diibaratkan gunting dalam lipatan, mun ndak di jaga, karau kita anik nanti.

    Juraidah
    Kg Sg Padang
    Papar

    ReplyDelete
  13. Saudara-saudaraku sekalian, rasa sayalah tidak salah SAPP berbuat demikian, memang pun PKR kini sunken boat. Sedarlah wahai saudara-saudaraku semua.

    Yussof Amran/Taman Semperlang, Sabah

    ReplyDelete
  14. Apa yang SAPP dah buat nie ? Jangan mereka sangka segala usaha mereka akan berhasil ! Mimpilah kawan !!!

    Anthony Stephen
    Garden Hill

    ReplyDelete
  15. Saya pasti SAPP adalah agent UMNO untuk kasi pecah undi Pakatan Rakyat Sabah.



    orang kampung, Dombak Sepanggar

    ReplyDelete
  16. Menarik peranan SAPP. Nak jadin 007 UMNO? Heran kenapa SAPP tidak ambil orang UMNO jadi ahli?

    Mesti ada sesuatu yang tidak mustahil dilakukan oleh YTL?

    Mesti ada rundingan sulit dengan MUSA AMAN? Kalau tidak kenapa SAPP tidak mahu bersama sama Pakatan lawan BN? Kenapa mesti lawan BN tiga penjuru?

    Hussaini Maaraf
    Gg. Lupak Beaufort

    ReplyDelete
  17. Inilah dikatakan musuh dalam selimut. Bagus juga cepat disedari oleh sdra Ramli Dua, dan Pakatan boleh bersedia menghadapi 2 pakatan musuh yang sulit.


    Apa apa pun ia merugikan PR dalam PRU13 nanti.

    Mansai Piung, Kuala Penyu

    ReplyDelete
  18. Satukan tenaga, kuatkan semangat hadapi cabaran YTL sebagai gergaji mata dua itu.

    Awas!! Silap langkah kamu akan celaka.


    Luar Pagar, Mempagar Beaufort

    ReplyDelete
  19. YTL mahu tanding 40 kerusi dalam PRU13. Yang lain tanding berapa?

    Apa istimewanya SAPP Parti Cina?


    anak negeri, Balung Tawau

    ReplyDelete
  20. SAPP sebuah parti Cina Sabah. Ada juga bumiputera sikit sikit tapi susah menang kalau lawan 3 penjuru dalam PRU13 nanti.

    Tapi dengar kabar angin parti UPKO mahu keluar dari Barisan, ada lawan lah itu.

    Kabar UPKO mahu keluar Barisan sudah cukup kuat dikampung kampung. hahh!! Ini kali lah mau tahu.

    ahli UPKO,Kemabong

    ReplyDelete