Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri hari ini mengumumkan satu kursus khas "Penerangan" untuk Penerangan Negeri dan Cabang Cabang PKR seluruh Negeri serta Ketua Penerangan PKR Wanita dan AMK diseluruh Peringkat Cabang/Wanita/AMK akan di adakan pada 17 April 2010 pada jam 10 pagi bertempat di Pejabat PKR Negeri Sabah Jalan Bundusan Penampang.
Kursus untuk Ketua-Ketua Penerangan ini akan di kelolakan oleh Ketua Penerangan Pusat, Latheefah Koya. Adalah amat di harapkan semua Ketua-Ketua Penerangan dapat hadir di kursus yang amat bermanafaat ini.
Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk membimbing bagaimana seseorang Ketua Penerangan itu untuk menyampaikan isu-isu penting kepada rakyat diakar umbi menghidu kepincangan-kepincangan Kerajaan UMNO/BN akan didedahkan kepada semua sehingga keperingkat akar umbi di kawasan masing-masing. Kursus ini amat penting kepada sayap Penerangan di setiap peringkat kerana sayap Penerangan adalah merupakan agent penerangan yang paling tepat untuk menyalurkan maklumat-maklumat dan memberikan pemahaman terhadap isu-isu semasa kepada semua peringkat rakyat jelata.
Sdr Jonathan Yassin, selaku Ketua Penerangan PKR Negeri, menyatakan bahawa kesempatan ini harus di gunakan dengan sebaiknya oleh semua peringkat Ketua-Ketua Penerangan di seluruh Sabah kerana ilmu yang bakal di perolehi dalam kursus tersebut haruslah di pergunakan sepenuhnya apabila mereka pulang ke tempat masing-masing kelak.
Beliau berharap semua Ketua-Ketua Penerangan Cabang tidak akan mempersia-siakan peluang ini dan dapat bersama-sama menjayakan kursus yang bakal di adakan nanti. Hasilnya bakal disampaikan kerpada rakyat yang tingggal dikampung kampung.
Kata Jonathan Yassin lagi, "Rakyat di kawasan kampung, mereka jarang sekali didedah kefahaman kenapa kos hidup keperluan orang kampung mendadak naik, orang kampung cuma tahu tokey kedai menaikannya harga barang permakanan padahal disebaliknya Kerajaan yang mengenakan cukai maka kos hidup melambung tinggi".
"Pendedahan dari mulut kemulut kepada rakyat dikampung kampung kepincangan Kerajaan UMNO/BN ini paling berkesan sekali, ia senang difahami oleh pengundi dikala memberi perhitungan sebelum memangkah BN dalam sebarang pilihanraya. Pengundi tetap ingat sampai bila bila masa mereka ingat kalau mereka tertekan" Jelas Ketua Penerangan encik Jonathan Yassin lagi.
Syabas, kita perlukan lebih banyak pendekatan kepada rakyat. Sebab UMNO telah mainkan banyak taktik kotor untuk menang.
ReplyDeleteDragonfly
Kita harap jentera penerangan kita tidak akan mempersia-siakan peluang yang terhidang di depan mata. Pelajarilah sesuatu yang berilmiah untuk kita pergunakan untuk diolah-pakai kepada rakyat.
ReplyDeleteTTL.KK.S
Great. Because those umnorian is busy launching their dirty agenda towards PKR. Furthermore SAPP too is doing the same thing to us. Becareful of this rattle snakes of YTL !!!
ReplyDeleteBuatlah apa sahaja wahai warga PKR, rakyat tetap tidak akan mempercayainya. Siapa nak sokong parti yang hanya retak menanti belah ?
ReplyDeleteAPC
Ya mari kita perkuatkan lagi parti PKR. Kita mesti kerja kuat demi PKR yang kita sayangi.
ReplyDeleteMathew Herman
Good job Jonathan ! Keep up your good work. All the best PKR.
ReplyDeleteBila sudah dapat cara-cara penyampaian maklumat yang baik nanti, jangan lupa gerakkan misi penerangan ke seluruh Sabah. Rakyat Sabah amat memerlukan penjelasan sebaiknya dari PKR atas isu-isu dan kemelut yang melanda PKR.
ReplyDeleteHj Ghani Burhan
Pengalat Besar, Papar
Wah nah kalau kamurang tidak karaja betol2 sampai urang KL datang sini mo kasi kursus sama kamurang, ahli-ahli pun musti karaja kuat bah. sama-sama kamirang kasi tagap PKR. Tukuiii
ReplyDeleteTanpa penerangan yang jelas dari pucuk pimpinan PKR, kita bimbang rakyat akan termakan cerita-cerita dongeng UMNO.
ReplyDeleteSo please do something.