Monday, March 29, 2010

AHMAD TAMRIN: 500 AHLI AHLI UMNO BUKIT GARAM SERTAI PKR

Laporan Halik Zaman:

Pengerusi MPN Negeri Sabah Ahmad Tamrin hari ini telah di maklumkan bahawa Cabang PKR Kinabatangan telah menerima penyertaan masuk seramai 500 orang ahli ahli baru terdiri dari ahli ahli dari Cawangan Cawangan UMNO disekitar Kinabatangan. Penyertaan beramai-ramai ini ekoran rasa tidak puas hati masyarakat setempat dengan Wakil Rakyat UMNO yang mewakili kawasan berkenaan tidak mahu turun padang membantu mengatasi masalah kemiskinan kami.

Menurut mereka yang telah menemui Encik Ahmad Tamrin semasa beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kinabatangan di Bukit Garam, bahawa "UMNO/BN telah pun memerintah negeri Sabah hampir 16 tahun, namun mereka tidak nampak apa-apa keberhasilan yang memihak kepada rakyat pedalaman selain keberhasilan yang lebih terarah kepada poket dan kepentingan para pemimpin UMNO itu sendiri."

Kata salah seorang kuat Cawangan UMNO disini, "Banyak perkara yang tidak menyenangkan hati rakyat Kinabatangan Rakyat Sabah di ibaratkan mengemis hak mereka sendiri. Beberapa kepimpinan terdahulu selain dari UMNO ada juga memperuntukkan pembahagian tanah kepada rakyat Kinabatangan, namun apabila UMNO/BN mengambil alih tampuk pemerintahan, kemudahan ini tidak lagi mereka nikmati. Banyak lagi permasalahan yang tidak di tangani di Kinabatangan yang telah di kenal-pasti."

"Penduduk setempat berhasrat perkara-perkara sebegini dapat di atasi seandainya Pakatan Rakyat mampu menumbangkan dynasti para pemimpin UMNO di bumi Sabah ini. Kelelahan menantikan pembaharuan yang sering di canangkan oleh para pemimpin UMNO sebenarnya hanyalah omong kosong. Rakyat pedalaman terus-menerus sengsara, manakala para pemimpin UMNO megah mempamerkan kekayaan dan 'dua tiga isteri-isteri jelita' mereka, kami dibuat bagai jambatan bila lalu tongkat dibuang." Merungut seorang ibu kesal.

Mereka juga menyimpan penuh pengharapan yang amat tinggi terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membaik-pulih scenario ekonomi dan melaksanakan kemajuan untuk penduduk pedalaman yang saban hari mendambakan pembelaan dari kepimpinan yang telah mereka undi namun penantian mereka senantiasa berakhir dengan kehampaan.

Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sdra Ahmad Tamrin dalam ucaptamanya bersama rakyat Kinabatangan mengatakan, " PKR senantiasa menghulurkan tangan terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai perjuangan PKR, matlamat PKR untuk memperbaiki keadaan hidup rakyat yang selama ini dilupakan dan membina masa depan rakyat menuju kearah suatu destinasi perubahan hidup rakyat yang cemerlang."

"Rakyat semua harus membuka minda menuju kearah masa depan yang lebih ceria daripada kepompong sempit dibawah ketiak para pemimpin UMNO dan kroni kroninya yang membolot segala projek demi diri demi kroni dan khadam khadam para pemimpinnya, kalau dalam PKR tidak ada kroni, tidak ada khadam dan para pemimpin PKR berkhidmat untuk rakyat." Bidas Tamrin dengan penuh semangat.

Ahmad Tamrin mengucapkan tahniah kepada Cabang PKR Bukit Garam Kinabatangan yang berkerja kuat dan mengucapkan tahniah kepada 500 orang ahli ahli UMNO yang menyertai PKR kerana kesedaran mereka.

No comments:

Post a Comment