Sunday, March 28, 2010

LAWATAN AHMAD TAMRIN KEPANTAI TIMUR GUGAT KESTABILAN UMNO



Laporan Halik Zaman

Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah, Encik Ahmad Tamrin Hj Jaini, telah merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Tawau di bawah kepimpinan Datuk Kong Hong Ming.

Pada sebelah malamnya, telah diadakan satu pejumpaan ceramah politik bersama rakyat di Balong, Tawau. Perjumpaan ini telah berjaya menghimpunkan ramai hadirin terdiri dari orang orang muda yang berminat untuk mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa dan halatuju PKR dari kepimpinan PKR Sabah.

Di perjumpaan ini , masyarakat Balong telah di perjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai susu-galur sebenarnya segala isu-isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat memandangkan UMNO/BN telah banyak menaburkan fitnah dan propaganda yang negative terhadap Pakatan Rakyat, maka perjumpaan sebegini dapat memberikan kefahaman sebenarnya kepada rakyat.

Dalam ucaptama Pengerusi Pimpinan Negeri Encik Ahmad Tamrin mengucap syabas kepada Cabang Tawau kerana keberhasilan perjumpaan ini yang begitu mendapat sambutan hebat dan cemerlang dari rakyat Balong dan daerah Tawau.

Satu perjumpaan bertemu rakyat telah di adakan di Silam Lahad Datu dalam usaha mendekati rakyat Silam. Perjumpaan ini telah berjaya menarik ribuan rakyat Silam dan juga beberapa orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO juga telah di kenal-pasti turut hadir mendengarkan ceramah dari kepimpinan PKR Sabah. Ketua Cabang Silam. Sdr Johani Abd Halim telah mengambil satu inisiatif bernas dengan menganjurkan perjumpaan berkenaan.

Lebih kurang 10 orang Ketua Ketua Cawangan UMNO yang turut hadir "yang tidak mahu nama mereka tersiar" disini turut memuji halatuju PKR begitu mengkagumkan dimana selama ini mereka digambarkan oleh para pemimpin UMNO Sabah bahawa PKR adalah sebuah parti yang merugikan kaum Bumiputera tapi sebaliknya kalau kita dengar dan perhatikan betul betul bahawa sebenarnya pemimpin kamilah dalam UMNO cuma menolong dan mengayakan kroni mereka sendiri sahaja. Betul lah tuduhan para pemimpin PKR selama ini. Ini adalah kenyataan dari Ketua Ketua Cawangan UMNO Silam.

Kehadiran yang amat menggalakkan merupakan satu tanda aras akan bertambahnya minat rakyat Sabah amnya dan rakyat Silam khasnya terhadap perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa tafsiran pemimpin UMNO/BN terhadap Pakatan Rakyat ternyata sama sekali meleset. Kehadiran yang begitu membangkitkan semangat jelas membuktikan segala andaian UMNO/BN hanya tinggal andaian sahaja. Syabas Cabang Silam kerana berjaya menganjurkan perhimpunan yang sangat berjaya.

Pada pagi Isnin, jam 10.30 am, Pengerusi MPN Sabah dan rombongan berangkat ke Bukit Garam, Kinabatangan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Cabangan Kinabatangan.

Pada jam 2.00 pm, Pengerusi MPN akan merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Batu Sapi dan seterusnya satu perjumpaan bersama rakyat akan di adakan di Batu Sapi. Semua ahli-ahli PKR dan rakyat Batu Sapi adalah di jemput hadir.

No comments:

Post a Comment