Oleh : Latheefa Koya
(Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat)
Pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menuruti jejak songsang MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng dengan meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.
Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti dan mahu membina "barisan indipenden" bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, PKR tidak mampu bersaing dengan BN apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan. Rancangan dasyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini (krisis di Perak menjadi kes jelas manipulasi kewangan). Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya.
Malangnya, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini. Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN. Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik adalah tidak mengejutkan. Selepas perletakan jawatannya sebagai Setiausaha AGung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah.
Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China. Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya. Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit.
Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini. Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Semenjak pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.
Kami menyeru Rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik.
Puan Latheefa
ReplyDeleteBagus lah itu "Tidak Setiausaaha Agung" Salahuddin keluar berambus dari PKR.
Dari dulu Salahuddin Hashim sudah jadi 007 Pig Mama. He he he Pig mama pula? Tersasul.
ReplyDeleteSalehuddin yang Setiausaha agung pkr tu kah?
ReplyDeleteDia musuh dalam seluar dalam.
Makaje, Kg Kota Belud
Memang la gitu dasar manusia. Lain depan lain belakang cerita semua jahat, waktu perlu semua baik.
ReplyDeletePantin, Inanam
Kami di Sabah amat kecewa dgn tindakan bekas SUA yang sanggup menjadi barua kepada musuh. kami yakin satu hari nanti dia akan berasa malu pada dirinya sendiri. Kami di Sabah akan berkerja keras untuk mempastikan sekurang kurangnya 12 kerusi parlimen ditawan oleh Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.
ReplyDeletedusun kecewa
Bila tiada keikhlasan dalam memperkasakan perjuangan parti, maka akan terserlahlah kebenaran. Ternyata golongan yang melompat ini mendambakan sesuatu yang lebih dari PKR, namun bila hasrat tak kesampaian, dan di tawarkan pula suatu imbuhan yang lumayan, maka mereka sanggup mengadai harga diri demi suatu kemewahan duniawi.
ReplyDeleteAllahuakbar !!!
Syukurlah mereka lompat keluar awal-awal, sebab mereka ini termasuk dalam kumpulan "UMNO's tools". Baguslah tu, semoga perjuangan PKR akan lebih telus dengan berdirinya barisan kepimpinan yang lebih transparent.
ReplyDeleteSyabas PKR !
Biasalah bro, kak mah dgn abg naj kan banyak wang, so dah takde tempat nak simpan, jadi dorang berbagi-bagilah hahahaha...
ReplyDeletengamlah tu, yang kak mah dgn abg naj beli wakil-wakil rakyat tu semua otak cow dung, yang sesen pun takleh harap. apa pun good luck kak mah and abg naj.
Nazir the richest man...
Mereka yang tunduk dengan wang ringgit adalah golongan insan yang tiada berpendirian dan muhasabah diri. Kerana wang ringgit mereka sanggup memperdagangkan kepercayaan rakyat yang telah mengundi mereka atas tiket PKR. Mereka lupa tanpa PKR, mereka bukan siapa-siapa, tanpa undi rakyat yang di pangkah demi PKR,mereka tidak akan di datangi kuncu-kuncu "MERPATI DUA SEJOLI" untuk 'memajak-gadai' mereka bagi tujuan untuk menjatuhkan PKR.
ReplyDeleteTidak mereka sedar, maruah dan harga diri mereka kini telah di pandang hina oleh rakyat yang mengundi mereka ?
Eloklah dorang lompat keluar parti, boleh join group Raja Katak se-Malaysia @ Ibrahim the shorty.
ReplyDeleteAnti Ibrahim the shorty-no-brain
Kenalah sudah tu, kumpulan penderhaka, di ketuai oleh Salah-hoo-ding yang terkenal dengan perangai macam gangster tu, baguslah sesi pengasingan species.
ReplyDelete