Friday, March 12, 2010

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional Membina Rumah Rakyat Yang Berjaya




Oleh Halik Zaman

Patutkah saya katakan "Ini Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" untuk membina rumah rumah rakyat pendalaman?

Dalam perjalanan ke Tenom, saya sempat merakam beberapa buah rumah penduduk di pedalaman yang kelihatan usang. Terdetik di hati seketika, apakah pembangunan yang telah Kerajaan UMNO/BN lakukan untuk rakyat di pedalaman ? Keadaan rumah yang tidak terurus yang terletak di tepi jalan raya amat menyakitkan pandangan mata.

Lantas saya bertanya sendiri apakah ini pembangunan yang dibanggakan oleh UMNO/BN ? Adakah ini bertepatan dengan slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ?” Mana perginya wakil-wakil rakyat yang seharusnya mewakili mereka dan membela nasib mereka ?

Terkesima melihat scenario ini, anak-anak kecil tidak berbaju berlari-lari di iringi debu-debu di celah-celah tiang rumah yang agak usang. Mengapa tiada pembelaan ? Mengapa tiada yang sudi menjenguk dan bertanya khabar mereka di pedalaman ini ? Adakah mereka ini cuma di sapa dan di tanya khabar apabila musim ‘keramat’ tiba ? Musim di mana undi-undi penduduk di pedalaman di hargai ? Musim di mana, setiap gubuk usang di masuki ? Setiap penduduk kampung di gandingi ? Setiap hidangan orang-orang kampung di jamahi ? Malangnya setelah musim ‘keramat’ ini berlalu, mengapa sepi tanpa berita ? Mengapa tiada lagi pemimpin yang sudi mengandingi ?

Jawabnya begitu senang sekali, sudah dapat apa yang di hajati, penduduk kampung tidak berguna lagi. Inilah hakikat yang harus di terima oleh setiap penduduk kampung di pedalaman. Mereka ibarat melukut di tepi gantang di mata kepimpinan UMNO/BN. Oleh itu, berhijrahlah ke era reformasi yang bakal menjanjikan keperihatinan yang sejati. Berubahlah demi masa depan anak-anak kita yang kita sayangi. Ubahlah kerana inilah masa untuk perubahan.

13 comments:

  1. "OOOO ini sudah kira ok dari duduk bawah jambatan" << kata-kata dari seorang pemimpin UMNO @!!!

    Mat Jenin

    ReplyDelete
  2. kalau beginilah caranya, kesian masyarakat pedalaman di sabah, bangkitlah wahai teman-teman, berikanlah peluang kepada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang tulen dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib kita semua.

    ReplyDelete
  3. Jelas ternyata pemimpin2 UMNO tiada yang berjiwa keperdulian kepada rakyat, yang mereka ada hanyalah keperdulian kepada pengumpulan harta benda mereka sendiri sahaja.

    Well done !!!!!

    ReplyDelete
  4. Datuk, anak orang kampung tiada baju indak mengapa bah, jangan saja anak-anak mereka !!

    Org kg simpudu

    ReplyDelete
  5. Slogan baru, rakyat di belakangkan, kepentingan diri sendiri di utamakan. Ini barulah bertetapan dengan prinsip UMNO & BN

    ReplyDelete
  6. Dah namanya pedalaman, memanglah perhatian tidak diberikan, cubanya kawasan elit atau kawasan persekitaran tempat tinggal 'bos-bos' UMNO, sure memang terhebat dari yang hebat!

    ReplyDelete
  7. UMNO nak jenguk orang-orang kampung ?? Puekkk lah jenguk kalau ada kepentingan ?? Tunggu nak dekat pilihanraya, barulah mereka masuk jumpa orang-orang kampung tanya khabar, itupun dgn hati yang separuh redha.

    Dragonfly

    ReplyDelete
  8. Wahhh santik bahh itu rumah2 urang-urang kampung, pandai betol bah ini umno piara rakyat. tukuiiiii

    ReplyDelete
  9. Tingat lagu aishah, melukut di tepi gantang, begitulah diibaratkan, orang-orang kampung tiada nilai di mata golongan elite umno. Kita harap, pemimpin PKR dan PR tidak akan melakukan kesilapan yang sama.

    ReplyDelete
  10. Pembangunan akan di laksanakan secara berperingkat-peringkat. Kita tidak dapat melaksanakan pembangunan dengan serentak. Berikanlah sepenuh kepercayaan anda kepada Kerajaan.

    Yussof Amran/Taman Semperlang, Sabah

    ReplyDelete
  11. Kita cabar pemimpin2 umno untuk tinggal di rumah seperti itu, mahukah mereka ? kalau mereka tidak mahu, maka itulah juga rasa hati penduduk kampung yang tidak terbela. bukan kita minta orang-orang kampung ini diberikan rumah banglo seperti kediaman mereka, tapi sekurang-kurangnya ringankanlah sedikit beban kehidupan yang mereka tanggung dek kerana "ketidak-bijaksanaan" kerajaan yang ada pada hari ini mengatasi masalah miskin tegar ini.

    ReplyDelete
  12. Hai entahlah, mentang-mentang mereka ini di hujung dunia, nasib mereka tidak di ambil tahu.

    ReplyDelete
  13. Macam mana mau berubah, asal dekat pilihanraya kena hulur RM100-200, senyaplah. Cukuplah di pakai selama 5 tahun!! Suruh berubah, payah-payah !!

    ReplyDelete