Laporan Halik Zaman
KOTA KINABALU- PKR Sabah akan menggembeling tenaga Ketua Ketua Cabang, AMK dan Srikandi serta semua Ketua Penerangan Negeri dan Cabang dimestikan turun padang ditempat masing masing untuk memberi penerangan kepada generasi muda yang mencapai usia 21 tahun hendaklah mendaftar nama mereka diPejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri atau daerah.

Ahmad Tamrin menggesa semua Ketua Ketua Cabang, AMK, Srikandi dan Ketua Ketua penerangan PKR dalam Mesyuarat yang diadakan petang tadi bertempat diPejabat PKR Negeri Kota Kinabalu.
"Generasi muda perlukan perubahan pentadbiran Negeri dan Negara maka generasi muda mestilah berani bersedia sebagai pemangkin untuk merubah Kerajaan yang zalim kepada sebuah Kerajaan yang betul betul mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan menolak kepimpinan yang bercorak ala hitler atau ala pimpinan yang berselindung dibalik telunjuk orang lain." Sindir Ahmad Tamrin tajam.

Tamrin buang sindir lagi, " Misalnya kalau esok saya memimpin Negeri atau Negara mengikut telunjuk isteri, maka saya adalah seorang pemimpin yang tidak cekap dan saya perlu dibuang dari memimpin Negeri atau Negara." Tegas Tamrim.
Menjawab satu pertanyaan kata Ahmad Tamrin, "Saya tidak berniat untuk menuding jari kepada siapa siapa yang berselindung dibawah telunjuk isteri, saya cuma kata 'misalnya' tapi kalau saya yang termakan cili, tentu saya sendiri yang terasa pedasnya."
Bercakap mengenai kempen mendaftar pengundi muda yang berusia 21 tahun, Tamrin berkata "Gerakan secara besar besaran akan dibuat dari rumah kerumah untuk memberi kesedaran kepada remaja remaja Sabah betapa pentingnya mereka mendaftar nama sebagai pengundi jika mereka berhasrat mahu merubah Kerajaan".
"Mengubah corak pemerintahan UMNO/BN hari ini adalah ditangan muda mudi kita, citarasa muda mudi kita hari ini tidak kepada UMNO yang jadi tunggak Kerajaan kerana UMNO dianggap oleh muda mudi sekarang sebagai sebuah parti politik tradisi yang sudah expired."
Turut hadir dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri ialah Ketua Angkatan Muda Nasional Encik Shamsul Iskandar Akin.

Kalau ikut cakap isteri, baru masuk syurga tuan tamrin...sbb ikut fatwa bang naj..syurga itu di bawah tapak kaki kak mah..>>
ReplyDeleteBukan queen control namanya tu, tapi ikut NASIHAT isteri..hahahaha..
ReplyDeleteManjalara
Sdr tamrin, agaknya pemimpin yang ikut telunjuk isteri nie, mengikut quotes, 'disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya'. tapi..yang ini depan, belakang, kiri dan kanan semua ikut cakap bini..apa kess ???
ReplyDeleteKita harus memperbanyakkan aktiviti dan program yang mendekatkan kita dengan pengundi muda. Supaya lebih banyak lagi remaja-remaja menyenangi PKR.
ReplyDeleteDragonfly
Hari ini telah ramai golongan remaja menyertai PKR. Ini adalah kerana kepercayaan mereka lebih terarah kepada Pakatan Rakyat. Syabas Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteTTL.KK.S
Syabas Encik Tamrin, banyakkan lagi acara2 PKR, insya Allah kita akan lebih berdaya saing.
ReplyDeleteYa mari kita cantas pemimpin yang tunduk dengan BINI !!! Say no to CIK MAH @ QUEEN CONTROL @ PINDIK2 TAGAPPPP
ReplyDeleteBagus si pemimpin tu letak jawatan suruh saja bini dia ganti. Aramaitttiiiiii
ReplyDeleteBibah Kg Ketiau
Ini sudah kes seperti "ahli mesyuarat tingkap kena tarik telinga nie" hahahahaha
ReplyDeleteNinie Victor
Yes mari kita kibarkan semangat reformasi di kalangan remaja hari ini, kita harus sedarkan pemimpin2 umno yang sedang tidur nyenyak, bahawa masa mereka telah tamat, dan harus di gantikan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lebih dinamik dan berwawasan. Ayuh !!! Reformasi !! Allahuakbar !!!
ReplyDeleteTuan, saya rasa perlunya pemantauan khusus dari jawatankuasa penerangan setiap sayap kepimpinan cabang dan ranting di seluruh negeri untuk nengenal-pasti remaja-remaja yang belum di daftarkan ini. Kita harus lebih effisien dalam hal-hal ini.
ReplyDeleteSalam hormat.
Generasi muda hari ini perlukan suatu perubahan yang lebih berdaya maju, mereka mahukan hak kesaksamaan di nikmati bagi setiap rakyat malaysia, bukannya keberuntungan itu hanya di nikmati oleh sesetengah golongan sahaja.
ReplyDeleteHj Musbah Daud
Kg Likas Darat
Lapisan muda dalam PKR dan Pakatan Rakyat harus berani menyahut cabaran ini dengan lebih giat memperkasakan PKR dan Pakatan Rakyat.
ReplyDelete