Monday, March 22, 2010

UMNO YANG BETUL BETUL DESPARATE AKAN BUAT APA SAHAJA

Dari Kacamata Halik Zaman:

Agak melucukan dan terhibur juga apabila melihatkan telatah badut-badut UMNO/BN huru-hara sibuk membuat laporan polis gara-gara “kata-kata hikmat” daripada Zahrain di Parlimen tempohari. Di mana kononnya Zahrain melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar membabitkan Yang Di Pertuan Agung dan Angkatan Tentera Malaysia berhubung perkara 16 September.

Kalau di lihat badut-badut ini sebenarnya orang orang professional tapi atas sebab-sebab kondisi politik UMNO/BN yang agak kritikal, maka badut-badut ini bertindak sebagai anak-anak tadika yang keriangan mendapat makanan percuma. Tidakkah mereka terfikir bahawasanya tuduhan Zahrain lebih berbentuk sebagai 'hearsay evidence', tiada hitam di atas putih, atau lebih tepat lagi dalam bahasa perundangan, NO HARD-COPY EVIDENCE. Bukankah ini membebankan anggota polis untuk buat suatu siasatan yang ternyata kurang intelek ?

Ini lah sebab sebabnya terlalu banyak jenayah pencolikkan, samun, rompak, curi, bunuh dan bakar gereja sebab polis tidak ada masa mengawal jenayah kerana polis terlalu sibuk jaga politik Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Rakyat.

Ternyata UMNO/BN semakin desparate sehingga sanggup berkelakuan keanak-anakan demi menyelamatkan UMNO/BN yang kini di ambang keberkecaian. Untuk UMNO/BN, mereka sanggup berbuat apa sahaja hatta melaksanakan jenaka yang kurang bernas dan tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia menganggap apa yang sedang berlaku kini merupakan suatu lawak jenaka yang tidak melucukan tetapi memalukan imej UMNO/BN ?

Ibrahim Ali Pendek 'yang kekurangan ketinggian' itu juga mengambil kesempatan dalam kesempitan, dengan berlagak seperti 'Hang Celaka' mengamuk macam orang yang kekurangan akal dalam Parlimen. Menunjukkan lagak yang kononnya bertindak membela, mempamirkan kemarahan dengan melemparkan kertas-kertas dengan wajah yang bengis. Aduh, hebat sekali lakonan Pak Ibrahim ini. Boleh ganti pelakon Ibrahim Pendek.

Pak Ibrahim, sedarlah sedikit, anda pun bertanding di PRU12 yang lepas atas tiket PAS ! Sebab hajat hati nak tanding atas tiket UMNO, tak kena layan, makanya PAS bermurah hati menawarkan Pak Ibrahim atas tiket PAS. Dia sedar atau tidak, yang dia menang tu sebab pengundi memangkah undi kerana PAS dan bukan kerana Pak Ibrahim yang 'melucukan' kerana tidak cukup tinggi tu. Agaknya kalau Pak Ibrahim pakai lambang sendiri atau BN tidak tahulah adakah orang mahu mengundi beliau ada tidak? Wallahualam bisawab.

Jika di rasakan oleh Najib bahawa situasi politik semasa tidak stabil, apa kata bubarkan sahaja kerajaan UMNO/BN kita dapatkan mandate baru dari rakyat dengan mengadakan pilihanraya umum semula. Walau macam manapun, kita percaya PM tidak sebegitu tegar untuk berbuat demikian kerana PM kita amat yakin, BN hanya akan tinggal nama selepas itu. Jadi untuk mengelakkan dari ianya berlaku, BN akan memainkan agenda-agenda kartun yang tidak bermoral dengan harapan, rakyat akan kembali ke pangkuan busuk 'UMNGOK'.

20 comments:

  1. Mereka ni ibarat kera dapat bunga. Macam hilang ingatan kerana terlalu taksub untuk melihat PKR tumbang, sehingga mereka lupa untuk pertimbangkan yang mana logik dan tidak logik.

    Mami Jarum Senior

    ReplyDelete
  2. Nampak gayanya anugerah bintang popular tahun ini bagi kategori pelakon lelaki popular, harus di serahkan bulat-bulat kepada Brahim Pendek. Hebat betul drama yang di cetuskannya di Parlimen kemarin. Boleh tahan ooo, Datuk Yusuf Haslam harus pertimbangkan brahim pendek sebagai hero dalam filem2nya akan datang.

    ReplyDelete
  3. UMNO & BN are too desperate till losing their minds .. hope there's still more spaces in Hospital Bahagia.

    ReplyDelete
  4. Kalau si pendek tu tanding atas tiket BN, alamatnya hari ini dia bukan di parlimen, tapi di kedai kopi dan paling sadis silap2 haribulan hilang deposit.

    Dragonfly

    ReplyDelete
  5. Datuk, mana Najib berani bubar ? Lagipun simpanan belum cukup untuk menjalani hari-hari tanpa KUASA nanti !!

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya warga umNO ni terkapar-kapar sebab mereka tahu ada kebenarannya kenyataan zahrin tu? cumanya untuk menutup menggelabah yang teramat sangat, itu yang derang mahu buat laporan polis..etc..

    ReplyDelete
  7. Raja Katak tu kalau tanding pakai BN, alamatnya dapat kosong, last-last jual kangkung tepi lorong..hua hua hua

    Raja Buaya

    ReplyDelete
  8. Macam beruk sarkis pulak si pendek tu kemarin di Parlimen, macam "kerbau pendek" pun ada juga.

    ReplyDelete
  9. Grombolan UMNO nie purak-purak kecoh demi menutup kegusaran di hati masing-masing. Itu yang terlompat-lompat masing tu. Saja nak cover-line supaya tak nampak pucat ketakutan.

    Ronaroni makaroni

    ReplyDelete
  10. The head of clown are acting like down-syndrome person, he is really showing off his bad temper attitude. is this kind of person are suitable to be a leader ? Bad temper person ? Day dreams pal !!

    ReplyDelete
  11. Beranikah abg naj untuk terima cabaran ini ? Jawapannya TIDAK !!!! Ini adalah mimpi yang terngeri yang sedang UMNO/BN alami.

    ReplyDelete
  12. Janganlah terlalu cepat melatah Datuk. Kenapa tidak di biarkan polis sahaja yang menyiasat kesahihan dakwaan YB Datuk Seri Zahrain itu ? Kalau tidak benar, tidak mengapalah, masalahnya kalau benar ?

    Yussof Amran/Taman Semperlang, Sabah

    ReplyDelete
  13. Agak-agaknya drama UmNO/Be eNd ini mana lebih lawak dari program realiti raja lawak ? Kepada juara raja-raja lawak dan bakal juara raja-raja lawak, ingatlah seperkara, anda ada saingan terhebat di abadi ini..Raja Katak Pendek.

    ReplyDelete
  14. Sebab mereka professional lah yang sampai tersasar dari landasan sebenar, puncanya ? Akibat trauma dengan gelombang reformasi yang sedang melanda Malaysia pada ketika ini.

    Sharifah Adelea Syed Armaz
    (Email) blue.sapphire1970@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Jangan BN harap dengan menayangkan wayang-wayang yang penuh kepalsuan ini rakyat akan kembali menyembah mereka, jangan mimpilah, kita dah meluat dengan lakon-layar BN yang masa depannya semakin pudar dan terus pudar.

    ReplyDelete
  16. Badut yang graduan dari Universiti Permata Hati Mak Mah. Chansellornya pun Mak Mah. Pendek kata segala-galanya datang dari Mak Mah. Tiada yang lain melainkan Mak Mah belaka. Hidup Big Mama@Mak Mah !!!

    Adik Man

    ReplyDelete
  17. Tadi tengok di TV3, MB Perlis dok pujuk YB Yip yang nyatanya kecewa tidak terpilih lagi, cubalah Pakatan Rakyat, depa dok haruk suruh kosongkan cepat2 kerusi tu.

    Lagi satu depa ni phobia dengan pilihanraya kecil, takut2 kalah lagi ada kut yg bunuh diri. kui kui kui

    ReplyDelete
  18. Geli hati tengok bang brahim a.k.a the short guy baik punya main wayang kat parlimen. dia ingat dia hebat sangat. tak tau orang dok ketawakan dia. lawaklah bang brahim nih.

    Bola-bola api

    ReplyDelete
  19. Macam mana akal nak terjangkau ke realiti Datuk, ingatan, fokus dan tumpuan mereka hanya tertumpu ke arah bagaimana mahu memadamkan Pakatan Rakyat dalam ingatan dan minda rakyat.

    ReplyDelete
  20. Aduiii dahlah kurang tinggi, kurang akai lagi.. susah, sapa2 yang ngundi dia mesti nyesal abih..

    ReplyDelete