Saturday, March 13, 2010

APA CERITA WAKIL RAKYAT TENOM SEDANG PETANI MASIH CARA KUNO ?




Oleh Noor Diana Mohd. Razis, Entabuan Tenom

Perjalanan agak panjang merentasi desa-desa di pedalaman di Tenom, perjalanan kami terhenti di satu kawasan penanaman padi. Kawasan yang agak luas menarik perhatian kami. Apakah ini yang Kerajaan UMNO/BN banggakan dengan pencapaian matlamat Kerajaan pimpinan mereka ?

Lihat sahaja, petani kampung suku Murut yang masih menjalankan system penanaman padi secara kuno yang masih digunapakai tahun 50an. Dapat di lihat dengan jelas dan nyata bahawa tiada keperihatinan dari wakil-wakil rakyat BN yang telah mendapat undi dari penduduk-penduduk kampung ? Di mana tanggungjawab wakil-wakil rakyat ini yang sepatutnya menjenguk dan menawarkan apa-apa khidmat bantuan Kerajan UMNO/BN ? Bukankah mereka sepatutnya membela nasib para pengundi di kawasan yang di wakilinya ?

Satu persoalaan yang lain pula timbul, pernahkah mereka di ulu pedalaman ini di jenguk dan di tanya khabar ? Tidak pernahkah ada bantuan untuk memajukan penanaman sawah padi mereka ? Bagaimana mereka dapat mempertingkatkan ekonomi kehidupan mereka sekiranya tanaman padi yang mereka usahakan masih lagi di takuk lama ? Masih lagi menggunakan kaedah kuno ? Kita semua amat maklum kaedah penanaman padi amat perlahan prosesnya, sekurang-kurangnya sebagai wakil rakyat yang perihatin kepada pengundi-pengundi yang telah bermurah hati menyedekahkan undi mereka sehingga memangkin kemenangan pada diri masing-masing, hulurkanlah bantuan atau paling tidak jentera pembajak yang moden yang boleh di guna-pakai secara bergilir-gilir oleh penduduk kampung orang orang suku Murut yang dari zaman British hingga merdeka dizaman Malaysia mereka terbiar miskin.

Hargailah mereka yang telah berjasa secara tidak langsung kepada wakil-wakil rakyat UMNO/BN walaupun mereka hanyalah penduduk pedalaman yang serba kekurangan. Inilah tugas anda sebagai wakil rakyat sebenarnya untuk membela nasib mereka yang jauh dari arus pembangunan kota.

Inilah yang menyebabkan rakyat pedalaman kini telah beralih arah dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Inilah antara sebabnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN telah mulai kehilangan pengundi-pengundi setia mereka hari demi hari. Rakyat undi mereka untuk bela nasib, tetapi mereka gunakan kedudukan mereka untuk kepentingan masing-masing, ada yang tidak hadir mesyuarat dewan undangan negeri dua penggal berturut-turut, ada yang pula berlumba-lumba cari artis-artis muda untuk di jadikan madu-regu untuk isteri masing-masing. Itulah pasalnya rakyat yang di wakili tidak mendapat perhatian dan perihatin sewajarnya dari wakil-wakil rakyat UMNO/BN.

Maka janganlah salahkan rakyat seandainya pada PRU13 nanti akan berlaku lagi gelombang reformasi dan janganlah terperanjat seandainya ianya lebih hebat lagi dari PRU12. Jangan juga nanti ada yang terpaksa di kejarkan ke hospital kerana serangn sakit jantung dan jangan juga ada yang menangis tidak mahu meninggalkan kediaman rasmi seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Fikirkanlah.

6 comments:

  1. Betul lah kami ditenom bersawa masi cara lama.


    Itu salah kami pilih BN. yang kenyang pemimpin bukan rakyat.

    Cikgu Murut

    ReplyDelete
  2. Ganaz! ganaz! nak sokong buat apa kalau diorang manang lagi gareja kita diaorang bakar.

    2. Palis palis nda mau pangkah 2 kali lagi.

    Rantingan, Kemabong

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya Kerajaan UMNO/Bn tolong lah kami membajak sawa dengan peratan morden.

    Kami membajak masih lagi gunakan kerbau. Ikut stail lama. Susah.

    Pak Sawa

    ReplyDelete
  4. Ini siRubin mana pandai turun padang jumpa rakyat.Nanti dakat dakat PRU baru dia datang bawa zink sama tangki kasi rosuah sama rayat.

    Tiaguna punya YB itu.


    Kandomonsoi balang balang

    ReplyDelete
  5. Hurm..sengsara juga kehidupan rakyat pedalaman Sabah ni kan..ubahlah sebelum terlambat, kami di Selangor dah menikmati kemudahan yang hebat. Sertailah kami..

    ReplyDelete
  6. Damn..look at the padi field still using the old method. What are the YB doing ? Sleeping? Relaxing ? Collecting wives ?

    ReplyDelete