Oleh Halik Zaman, Entabuan Tenom
Perlukah saya bilang sahaja inilah "hadiah kemerdekaan" bersama Barisan Nasional selama 47 tahun merdeka bersama Malaysia? Hadiah gubuk gubuk buruk untuk rakyat dikampung Entabuan Tenom? Perlu kah saya berbohong pada diri saya sendiri mengikut rentak UMNO dan Barisan Nasional mengatakan selama 47 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia sudah terhakis miskin tegar dipedalaman? Mana mungkin saya boleh berbohong kalau buktinya ini:-
Bila Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang sahaja Musa Aman umumkan berbillion peruntukan untuk membuat perumahan miskin tegar. Kalau tidak silap ADUN BN Kemabung Tenom Robin Balang adalah Pengerusi Perumahan Negeri Sabah dan Ahli Perlimen YB. Raimie sendiri anak jati Tenom, kenapa tidak turun padang melihat penderitaan rakyat? Apa sudah jadi dengan peruntukan perumahan miskin tegar?
Selama Sabah merdeka 47 tahun yang lalu tidak mampukah Kerajaan UMNO/BN membina rumah rumah rakyat yang dikegorikan sebagai miskin tegar, mustahil! ! Sudah berganti ganti Ketua Menteri BN Sabah, namun rumah rakyat miskin tegar tidak juga berganti. Apa kah halatuju BN kalau bukan membantu rakyat atau membantu diri sendiri rakyat dikemudiankan.
Bila Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang sahaja Musa Aman umumkan berbillion peruntukan untuk membuat perumahan miskin tegar. Kalau tidak silap ADUN BN Kemabung Tenom Robin Balang adalah Pengerusi Perumahan Negeri Sabah dan Ahli Perlimen YB. Raimie sendiri anak jati Tenom, kenapa tidak turun padang melihat penderitaan rakyat? Apa sudah jadi dengan peruntukan perumahan miskin tegar?
Selama Sabah merdeka 47 tahun yang lalu tidak mampukah Kerajaan UMNO/BN membina rumah rumah rakyat yang dikegorikan sebagai miskin tegar, mustahil! ! Sudah berganti ganti Ketua Menteri BN Sabah, namun rumah rakyat miskin tegar tidak juga berganti. Apa kah halatuju BN kalau bukan membantu rakyat atau membantu diri sendiri rakyat dikemudiankan.
Bayangkan kalau ada yang tinggal dirumah begini, apa anggapan anda kepada Kerajaan BN yang sudah memerintah Sabah 47 bagus kah? Bila PRU rakyat didekati .Setelah menang PRU rakyat ditakuti oleh YB-YB UMNO/BN. Bila menang PRU YB. YB UMNO/BN lari pergi Kota Kinabalu takut berjumpa rakyat. Mungkin takut projek yang dijanjikan di tagih oleh rakyat. Paling sial bagi rakyat kalau alasan YB.YB. UMNO/BN " Nak bercuti dulu gunting rambut dan minta urut ke Hongkong". Biasanya setiap selesai PRU YB-YB UMNO/BN mesti ambil cuti keluar negara. Kepada orang orang kampung, kalau Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, semua masalah rumah rumah miskin tegar dapat diatasi serta merta dengan syarat berilah kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Kerajaan Pusat.
Kita rakyat Sabah harus insaf dan buat perubahan. Perubahan datangnya dari diri sendiri.
Saya kanal rumah rumah itu di Entabuan Tenom.
ReplyDeleteBegitu lah nasib kami terbiar.
Hidup PKR!!!!
Simpang Tiga Pogokon, Tenom
Banyak lagi gubuk gubuk buruk tampat rakyat Murut diTanom. Tiada kana paduli.
ReplyDeleteAda lagi yang paling miskin, tiada kana ambil tahu oleh pamimpin Bahagian, Wanita, dan Pamuda UMNO.
2. Jangan makan satu orang bah, bahagi bahagi juga sama arayat.
gagal form 5.Tenom
melihat keadaan rumah itu, hati kita sedih, bayangkan diri kita berada dalam rumah itu, hidup kita sekarang ini di tukar, yang malam biasanya berkipas/air-cond, di tukar kepada malam yang berunggas dan bernyamuk.
ReplyDeleteTidakkah ada sifat kemanusiaan sedikit di hati pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ?
Bah beringatlah kamu semua, berpindahlah kita kepada Pakatan Rakyat. Buat apa mahu hidup susah lagi ? Kita harus pintar membuat pilihan.
ReplyDeleteReformist Keningau
Masih sukar lagi kehidupan rakyat di pedalaman rupanya..kita ingat masalah miskin tegar ini telah di atasi sepenuhnya oleh kerajaan umno dan be end ?
ReplyDeleteBila ujan kami kesejukan, tinggal digubuk gubuk buruk. Tiada pemimpin yang perihatin terhadap nasib kami.
ReplyDeleteNajib suruh pemimpin UMNO turun padang, mereka pun turun padang cari sumandak.
Kuming, Tenom
Doa saya malam siang semoga BN ini bertukar tangan. Bila BN bertukar kepada PR,saya mau juga dapat hak saya sebuah rumah rakyat termiskin tapi apakan daya, tiada pemimpin UMNO yang mau ambil tau nasib saya.
ReplyDeleteKali ini saya hati hati memangkah, tidak mau tertipu lagi.
Opoi Sarujin, Tenom
Kamu orang tidak mengenang budi BN. Sudah pun BN tolong buat jalan raya, apa lagi yang kamu mahu? Buat jalan sampai dapur kamu?
ReplyDeleteTanpa suku Murut sokong BN pun, BN boleh menang PRU dengan kerjasama MCA Tenom.
Kalau tidak suka dengan BN, kamu boleh cari lain parti, BN tidak takut.
AJK Wanita, Tenom
ADUN ADUN Tenom, tengok tengok ba kesusahan rakyat Tenom kalau mau menang PRU nanti.
ReplyDeleteAsoi, Tenom
Nanti Pesta baru nampak pemimpin kami. Sekarang mereka sibuk atur projek.
ReplyDeleteanaktani
Bila PRU datang nanti, kasi duit ambil, kasi tangki air ambil, kasi kain ambil, kasi mesin putung rumput ambil, kasi pom air ambil, kasi zink ambil.
ReplyDeletePangkah PKR
Itu namanya tidak rasuah, kalu pangkah BN ia dikira rasuah, dosa itu.
Mimin bte Sani, Tenom