Wednesday, March 3, 2010

Syukur Fairus Keluar Keadilan

Fairus Lompat ke UMNO

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya "kerja" dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

10 comments:

  1. alalah..ini mesti hasil didikan urang UMNO ini. Tukuiii matai kalau bagini punya urang.. bagus jugak bah dia karual dari PKR bikin rusak parti sija baitu. Tukuiiii

    ReplyDelete
  2. siapa dia untuk demand sebegitu ? Apa yang dia dah buat untuk PKR ? OMG..he's money-maniac !!! Good-grieve at least he has gone for good, let umno's take over this rubbish !! hahahaa...

    ReplyDelete
  3. Lawak betul mamat sekor nie. Dari bayarkan keta dia baguslah peruntukan diberikan untuk kegunaan program2 parti. Ini dah kes pisau cukur versi lelaki.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak minta belas kasihan, pegi lah sana welfare minta. sudahlah.

    ReplyDelete
  5. Wah buat malu kaum saja. Baguslah dah keluar, UMNO kan kaya dengan rasuah dan pakar cekau harta rakyat, mintalah dengan UMNO, sure dapat punya.

    ReplyDelete
  6. Barangkali dia ni ada mental disorder agaknya. Mungkin dia perlukan pakar sakit jiwa.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  7. Sedih pulak tengok drama swasta nie. Apa agaknya masalah si fairus ni ? Agaknya motif dia masuk PRK mahu cuba-cuba nasib kalau nasib baik dapat kerok duit. Dasar materialistik.

    ReplyDelete
  8. Confirm lah ini geng "gagak di rimba". Kalau pucuk pimpinan tak hati-hati, lebih banyak lagi "ketua gagak" akan bawa keluar YB-YB kita. Sepatutnya "ketua gagak" ni awal-awal lagi "dicantas".

    Anti Gagak S

    ReplyDelete
  9. Bila berlaku kes-kes keluar PKR ni, saya jadi tertanya-tanya, mengapa dan kenapa ianya berlaku ? Silap siapa ? Punca apa ?

    Kita minta pada PKR pusat, kenal-pasti seseorang sebelum mengangkat mereka menjadi calon/pemimpin. Sebab tidak semua laut yang tenang tidak berbuaya. Silap-silap yang tenang itulah yang banyak buaya. Just be careful

    ReplyDelete
  10. Lihatlah kebenaran akan sentiasa terserlah, inilah salah satu contoh MANUSIA DESPERADO.

    Justin Adam

    ReplyDelete