Saturday, June 5, 2010

NURUL IZZAH:RAKYAT SABAH BERANI TUKAR KERAJAAN UMNO/BN


Oleh Halik Zaman

Kota Kinabalu, Sabtu, Suatu majlis makan malam bersama dua orang Ahli Yang Berhormat, YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan dan YB Nik Nazmi Ahmad, ADUN Seri Setia, Selangor. Majlis makan malam di anjurkan dengan jayanya oleh PKR Cabang Putatan. Setinggi tahniah di ucapkan kepada Ketua Cabang PKR Putatan Ahmad Sah Datuk Sahari dan jawatankuasa cabangnya.


Dalam ucapannya yang serba ringkas mengalu alukan lawatan 2 orang pemimpin muda PKR ke Sabah dan beliau berharap memoga lawatan yang penuh membawa semangat Pakatan Rakyat ini kerapkali diadakan diSabah kata Ahmad Sah Datuk Sahri.

Mendahului ucapan pada malam itu, YB Nik Nazmi menyatakan bahawa selama ini, PM 1Malaysia dengan bangganya mewar-warkan bahawa Sabah & Sarawak adalah merupakan satu “fixed deposit” buat Barisan Nasional. Menurut andaian PM 1Malaysia, walau tsunami politik hebat bergelora di Semenanjung, namun rakyat Sabah & Sarawak akan tetap berdiri di belakang Barisan Nasional. Namun “tilikan” PM 1Malaysia nampaknya mulai kurang bersinar dengan kekalahan di PRK SIbu baru-baru ini. Padahal Sibu adalah kubu kuat Barisan Nasional yang didakwa sebagai "fixed deposit".

Sikap angkuh UMNO/BN memang merupakan satu tradisi turun – temurun walaupun mereka tahu bahtera UMNO/BN kemegahan mereka sedang meniti hari-hari kiamatnyanya, hanya menunggu hari UMNO/BN akan "lebur terkulai layu" sahaja. Namun untuk menyedapkan hati masing-masing, maka UMNO/BN berusaha gigih mewar-warkan cerita-cerita dongeng yang Pakatan Rakyat sedang pecah-memecah padahal kerosakan dalaman parti BN yang kian condong menyembah bumi.

Dalam ucapan YB Nurul Izzah, beliau ada menyatakan bahawa-ahli ahli Parlimen yang melompat dan meninggalkan Parti Keadilan itu adalah orang orang yang bermasalah dan kecewa, mereka tidak sanggup jatuh bangun bersama perjuangan Keadilan dan mereka juga dari golongan orang orang yang tidak mahu menghormati kepercayaan rakyat terhadap diri mereka untuk mewakili Parti Keadilan. Maka anggap lah ketiadaan mereka dalam PKR sebagai satu hikmah kepada semua ahli ahli PKR yang setia.

"Pada kami di Selangor, Penang dan Kedah, untuk menukar Kerajaan dari UMNO kepada Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang sudah diduga, ia bagi kami adalah suatu yang luar biasa, diluar jangkaan tetapi kerana rakyat di negeri negeri tersebut sudah muak dengan Kerajaan UMNO/BN maka perubahan pun dilakukan oleh rakyat sendiri dalam PRU12 yang lalu". Tegas Nurul.

Katanya, kami belajar dari rakyat sabah, rakyat Sabah mempunyai pengalaman luas untuk menukar Kerajaan daripada Kerajaan USNO/BN kepada Kerajaan BERJAYA/BN dan PBS kini UMNO/BN dan tidak ada sebab mengapa tidak boleh Kerajaan UMNO/BN ditukar kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Sabah kerana UMNO/BN di Semenanjung dan Sabah sama sahaja jenamanya?" Sindir Nurul sambil senyum.

Nurul menjelaskan, "Dalam UMNO/BN kini berantakan sama sendiri, mereka sudah saling tidak percaya, wibawa Najib juga sering dipertikaikan oleh ahli ahli UMNO itu sendiri sebab pimpinannya yang tidak dianamik, ekonomi negara menjunam terus, subsidi untuk rakyat bakal dihapuskan, bahananya rakyat akan rasa dalam beberapa bulan lagi. Ketika itu rakyat akan tanya diri sendiri pada siapa yang perlu diundi kalau bukan Pakatan Rakyat?"

DR. JEFFREY: PAKATAN RAKYAT AKAN PERJUANGKAN 20 PERKARA


Oleh Halik Zaman

Majlis makan malam anjuran PKR Cabang Putatan yang juga dihadiri oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR Malaysia dan Ahmad Tamrin Jaini selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah turut sama hadir untuk meraikan YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi Ahmad. Dalam ucapan suaikenal Datuk Dr. Jeffrey menyatakan bahawa lawatan ini boleh merapatkan tali persaudaraan antara PKR Sabah dan PKR Kuala Lumpur.


Datuk Seri Dr Jeffrey menyatakan bahawa hanya PKR dan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu menyelesaikan tuntutan 20 perkara yang selama ini menjadi impian rakyat Sabah. Beliau juga menyatakan bahawa selama ini UMNO/BN banyak memperalatkan rakyat Sabah kerana bagi mereka, rakyat Sabah senang ‘di beli’. Rakyat Sabah tidak cerewet, hanya dengan ‘huluran’ RM100-200 di akhir musim kempen pilihanraya, maka sudah pasti undi rakyat Sabah akan terarah kepada Barisan Nasional.

"Begitu murahnya harga ‘undi rakyat’ Sabah di mata pandangan UMNO/BN dan kerana itulah mereka menggelarkan rakyat Sabah & Sarawak sebagai fixed deposit bagi Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Maka kerana itulah rakyat Sabah harus bangkit dan sedar bahawa janganlah selamanya mahu diri di peralatkan oleh Kerajaan UMNO/BN" tegas Dr. Jeffrey.

Katanya "Rakyat mesti belajar dari kesilapan yang sudah sudah dan jangan ulangi kesilapan itu lagi, marilah kita bersatu dalam Pakatan Rakyat, setiap rakyat jika tidak mahu fikiran mereka dijajah oleh UMNO/BN kita bersatu menolaknya. Rakyat harus sedar UMNO/BN gunakan taktik British "divide and Rule", jika rakyat berpecahbelah maka senanglah UMNO/BN menjajah fikiran rakyat dengan mengikut fahaman mereka dan Sabah dan Sarawak tentunya benar menjadi 'fixed deposit' mereka."

Menyusul ucapan Ahmad Tamrin Pengerusi MPN Sabah. Bagi Ahmad Tamrin, kejayaan tidak di duga di PRK Sibu harus di jadikan satu anjakan semangat kepada rakyat Sabah untuk terus melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Sabah sejak dari dahulu berani melakukan perubahan dengan menukar Kerajaan beberapa kali dan beliau berharap pada PRU13 kali ini, rakyat Sabah juga tidak lagi teragak-agak untuk melakarkan kembali sejarah penukaran Kerajaan." Terang Ahmad Tamrin.

"Anda jangan dengar suara dari 'parti parti serpihan' yang ada diNegeri Sabah ini yang selalu dikatakan mereka adalah 'parti tempatan', jika parti serpihan itu menangpun satu dua kerusi, mereka tidak boleh merubah apa apa wakaupun mereka menang di Negeri Sabah ini, mereka juga tidak dapat berbuat apa apa selain ikut langkah PBS menyertai Barisan Nasional dan rakyat seperti 'Tipah tertipu' lagi". Gurau Tamrin.

Kata Ahmad Tamrin lagi, "Rakyat Sabah sudah puas di peralatkan dan mahukan suatu perubahan di mana kebajikan rakyat harus di berikan keutamaan dan bukannya kepentingan dan kepuasan diri pemimpin itu sendiri seperti para pemimpin UMNO/BN. Kita tolak Kerajaan UMNO/BN dalam PRU13 nanti dan kita bersatu memberikan mandate kepada Pakatan Rakyat. Kalau rakyat mahu berubah, kita rubah dari bawah sampai kepuncaknya. Rakyat Sabah tidak mahu merubah alang alang, rakyat Sabah mahu merubah hingga kePutrajaya."

Monday, May 24, 2010

SABAH BUKAN 1 DARI 13 NEGERI NEGERI MERDEKA DALAM MALAYSIA


Oleh Halik Zaman

Baru-baru ini telah berlangsung satu convention di Sabah, di mana penceramah yang di jemput seorang professor, Prof. Ramjit Singh. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh kedudukan Sabah dalam Malaysia di mana beliau menyatakan bahawa Sabah berada dalam salah satu NEGERI dalam 13 Negeri dalam Semenanjung MALAYA yang kini dikenali sebagai 1MALAYSIA slogan ciptaan Najib.

Beliau tidak pernah tahu sejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Apakah seorang yang punya level pendidikan yang tinggi seperti Prof Ramjit Singh memberikan ceramah tanpa mengkaji kekukuhan fakta atau kerana title “Professor” di pangkal namanya dia berhak untuk memberikan ulasan tanpa perlu merujuk fakta sebenar ?

Dalam ulasan beliau, Prof Ramjit Singh telah menyama-ratakan kedudukan Sabah seperti NEGERI NEGERI dalam MALAYA .Beliau telah menyelaraskan kedudukan Sabah sama-duduk seperti Perlis yang besarnya lebih kurang Kota Belud itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang arif tentang sejarah pembentukan Malaysia, amat mengesali dengan ulasan yang di buat oleh Prof Ramjit. Beliau seolah-olah ingin menguburkan fakta sebenar pembentukan kemerdekaan Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu @ Malaya. 3 Negara bersatu merdeka membentuk Malaysia.

Perlu di peringatkan kembali kepada Prof Ramjit Singh, bahawa dalam permuafakatan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia yang di Pengerusikan oleh Donald Stephens pada ketika itu, bahawa satu persetujuan telah di capai untuk Sabah merdeka bersama Malaysia di mana ianya merupakan gabungan lima buah Negara pada persetujuan awal. Negara-negara tersebut adalah Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Namun begitu, dua dari lima Negara ini menarik diri iaitu Negara Brunei dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan yang kekal tidak berganjak dari persetujuan yang di capai adalah Malaya, Sabah dan Sarawak. Menurut persetujuan dalam Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Negara Malaysia ini, Sabah dan Sarawak tidak pernah di sebut akan menjadi sebahagian dari NEGERI dalam Malaysia, ianya sepatutnya kekal sebagai gabungan tiga Negara. Dengan gabungan tiga buah Negara inilah maka terbentuknya Malaysia, sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat.

Bila Prof Ramjit mengatakan Sabah merupakan salah satu dari 13 buah negeri di Malaysia, ini bererti Sabah telah kehilangan hak sebenarnya dalam pembentukan Malaysia. Dalam pembahagian keuntungan ekonomi juga, jika menurut teori Prof Ramjit, segala pembahagian ekonomi akan di bahagikan 1/13 dan bukan 1/3 seperti yang sepatutnya persetujuan asal.

Malah, PM 1Malaysia kita juga seakan ingin rakyat Sabah melenyapkan sejarah persetujuan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia dengan mewujudkan slogan 1Malaysia. PM kita mahu rakyat Sabah lalai dalam kepastian sebenar hak dan kedudukan Sabah dalam pembentukan Malaysia . Maka kerana itulah Kerajaan hari ini mewar-warkan semangat 1Malaysia secara meluas ke segenap pelusuk Negara supaya rakyat Sabah khasnya akan terus kabur dengan sejarah pembentukan Malaysia dan keuntungan pasti berada di pihak Barisan Nasional.

UMNO Sabah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman terus membisu bila berdepan dengan hak rakyat Sabah. Kenapa?

Wednesday, May 5, 2010

AHMAD TAMRIN SELAR NAJIB DAN ZIONISME APCO

Laporan Halik Zaman

KOTA KINABALU-Tanah tanah adat yang sedang diduduki oleh orang orang kampung diseluruh daerah di Sabah hendak lah dihormati oleh Kerajaan BN dan tidak sewenang wenangnya dihalau oleh Kerajaan tanpa mengkaji latar belakang orang orang kampung Bumiputera Sabah yang sudah menduduki tanah tanah adat tersebut yang sudah berpuluh tahun lama.

Ahmad Tamrin Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah memberi tahu dalam sidang bulanannya hari ini di Kota Kinabalu kepada semua Ketua Ketua Cabang PKR Negeri Sabah.

"Semua Ketua Ketua Cabang PKR Sabah hendaklah turun padang untuk menyiasat permasalahan tanah tanah adat didaerah masing masing jika ada permasahan sedemikian hendaklah merujuk kepada peguam peguam PKR Sabah untuk tindakan selanjutnya." Terang Ahmad Tamrin.

Sebelum itu Ahmad Tamrin telah mengucapkan tahniah kepada Gonsibin Yasundang Ketua Cabang PKR Tenom kerana telah bejaya mendapatkan ahli ahli baru disekitar daerah Tenom, semoga usaha beliau untuk mendapatkan ahli ahli baru PKR akan dicontohi oleh semua Cabarng Cabang PKR diseluruh Sabah. Tahniah.

Ahmad Tamrin juga mengajak kepada semua Ketua Ketua Cabang PKR Sabah agar bersatu padu bersama pucuk kepimpinan PKR Pusat mengutuk dengan sekeras kerasnya tindakan Kerajaan UMNO/BN pimpinan Dato' Seri Najib yang membayar wang rakyat kepada firma Zionisme APCO untuk membantu Kerajaan UMNO/BN dalam apa jua urusan hal-ehwal perkhidmatan untuk negara Malaysia".

"Sikap Kerajaan UMNO/BN yang sanggup dikuasai oleh Amerika Syarikat menyekat penjualan minyak ke Negara Iran yang banyak membantu perjuangan rakyat Palestin suatu sikap yang dikutuk oleh seluruh umat Islam termasuk PKR". Tegas Tamrim.

"Agama Islam melarang untuk berkerjasama dengan Yahudi dan para ulamak Islam memutuskan bahawa berkerjasama dengan kezaliman regim Yahudi-Zionisme adalah haram dan kalangan parti yang turut berbuat demikian semestinya ditolak oleh rakyat Malaysia". Tegur Ahmad Tamrin dengan serius.

Thursday, April 29, 2010

AHMAD TAMRIN: UNDI BN MENUNJUKKAN PRESTASI BURUK DI HULU SELANGOR

Oleh Halik Zaman

Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Negeri Ahmad Tamrin menyatakan bahawa keputusan PRK Hulu Selangor yang baru lalu tidak menggambarkan PKR kehilangan sokongan dari rakyat Hulu Selangor malah sokongan rakyat nampak bertambah walaupun dikawasan Hulu Selangor ketiga tiga DUN adalah milik Barisan Nasional.

Ahmad Tamrin mengatakan demikian dalam 'perbincangan. dialog dan analisa politik' kepada 200 orang tenaga pekerja PKR daerah Tuaran yang dianjurkan oleh Datuk Kalakau Untol bertempat diperkarangan rumahnya di Kampung Roun Topokan Tuaran.


"Seluruh tenaga UMNO/BN termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri Menteri penuh dan Timbalan Timbalan Menteri, seluruh Menteri Besar dan Ketua Menteri, semua Presiden Presiden parti komponan, disokong pula oleh beratus juta RM projek dan rasuah secara terang terangan, namun kemenangan tipis yang tidak berbaloi berpihak kepada Barisan Nasional. Sepatutnya majoriti yang BN dapat tidak kurang dari 10 ribu undi keatas." Tegas Tamrin meyakinkan.

"TV1 TV2 TV3 dan Astro Awani memainkan peranan terus mengutuk Pakatan Rakyat berhabis habisan serta pula buat 'coverage calon BN' sehingga Kamalamathan buat roti canai, makan dan minum pun ditayangkan dalam TV. suatu kempen yang tidak bermaruah. Hasilnya suatu kemenangan yang memalukan." Tekan Tamrin.

"Semua rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat. Sekurang kurangnya BN walaupun menang tapi MALU BESAR cuma mendapat 'majoriti 1000 lebih sikit' padahal atas tiket parti yang memerintah Kerajaan kononnya 1Malaysia". Perli Tamrin.

Ahmad Tamrin menyeru kepada semua kakitangan tenaga pekerja Pakatan Rakyat seluruh Sabah, kita mesti gandakan kerjakuat kita, kerana kita sudah tahu setakat mana kekuatan UMNO/BN ? Cuma itu sahaja yang boleh mereka dapat yang cuma majoriti '1000 lebih sikit' dalam PRK Hulu Selangor. Kalau UMNO/BN kuat dan mendapat kepercayaan pengundi, tentu UMNO/BN mendapat majoriti 10 ribu undi keatas.

Mustaffah Mohd Hassan
Mustaffah Mohd Hassan

Dalam kontek ini Halik mahu tunjukkan diri sekali lagi politik sabah melalui PKr,cakaplah yang penting sekarang bukan fikir selangor tapi sabah.apa fikir semua rakyat sabah bodoh dan terpengaruh dengan pandangan halik serta pkr.porrroh bor

Hairi Zam
Hairi Zam

Terpeulang pada bro lah...sy pun tak kisah nak kutuk2 sape2..yg penting lawan tetap lawan bro..sy anak muda...berpandangan jauh..bkn mcm org yg masih di takuk lama dan tak boleh trima kenyataan...sori yer bro...sape pun tak kata org sabah bodoh..bro je yg ckp...heheheh

Mustaffah Mohd Hassan
Mustaffah Mohd Hassan

Yaa bro jangan takbur bro rasa umur u pegangkah inilah pandangan yang salah mana tahu besok boleh ....sori

Hairi Zam
Hairi Zam

Mungkin lah...tapi klu kita terlalu berkarat pun tak guna jgk...yerlah sy ni bkn ader ape2 kepentingan pun...mungkin kerana dah tgk mcm2 yg tek betul kebelakangan ni,so sy tak leh nak terima n sokong org2 yg gila kuasa....

Mustaffah Mohd Hassan
Mustaffah Mohd Hassan

Nah itukan gentelmen bro,kita jumpa PRU13 untuk sabah,kita sama-sama ada pegangan politik,raqmai pepmimpin PKR saba adalah Rejet dari usno ke berjaya ada masuk PBS kemudian akar,dan dalam UMNo rejet na masuk PKRlah ini orang bukan pejuang rakyat tapi diri sendiri.

Hairi Zam
Hairi Zam

Sy bkn reject mane2 bro..sy ader pegangan sy sendiri..dan sy takkan tergugat ngan kata2 bro punyer..
sy pun tak mau dgr bro punyer penjelasan..sebab bro pun ader pendirian bro..sy ader pendirian sy..pru 13 yakin ke boleh majoriti lg??hahahahh

Halik Zaman
Halik Zaman

Musataffah....Amaran terakhir. Kalau anda serang peribadi saya dan Tamrim, saya akan blok anda dalam facebook saya.

Saya akan siarkan semua copy chat anda yang pertama itu. Ada saya save. Baru saya block anda.
Kerana anda sudah melampaui batas serang peribadi.

Anda boleh serang tulisan saya. Bukan personal.

Zulkifli Bin Ismail
Zulkifli Bin Ismail

Takpe dato.. orang yang selalu makan gula2 selalu rasa manis jer n tak pernah msam tapi tak sedar kadang2 gula2 ada jugak yang masam... majoriti rakyat malaysia mahukan perubahan dengan menyokong pakatan tapi bn tak masih masam lagi walaupun di luar namapak manis sahaja..

Zulkifli Bin Ismail
Zulkifli Bin Ismail

PR walaupun kalah tapi dari segi moral kita dah menang dan bn kalah dari segi moral walaupun nampak menang..

DR. JEFFREY : DIALOG DAN ANALISA KEPUTUSAN PRK HULU SELANGOR


Oleh Halik Zaman

Bertempat di kediaman Datuk Kalakau Untol di Kg, Roun, Topokon Tuaran, telah berlangsung satu dialog dan analisa mengenai PRK Hulu Selangor. Beberapa kepimpinan MPN Sabah turut hadir, antaranya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, sdr Ahmad Tamrin Jaini, Hj Awang Tengah Amin, Awang Ahmad, Richard Jayasuria serta beberapa orang lagi kepimpinan Cabang Tuaran. Ketua Cabang Tuaran, Tn Hj Ansari Abdullah tidak dapat hadir berikutan ada beberapa masalah yang perlu di tangani. Majlis bagaimanapun berjalan dengan lancar dan teratur.

Memulakan acara,, Datuk Kalakau membicarakan pengalaman beliau semasa mengikuti rombongan kempen di Hulu Selangor. Beliau juga menyatakan mungkin factor kelewatan memberikan tanah dan bantuan kepada golongan yang memohon salah satu pemangkin kekalahan kecil di Hulu Selangor.


Namun yang pasti menurut beliau lagi, factor utama kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor ialah gelombang “bantuan” wang ringgit kepada masyarakat tempatan oleh Barisan Nasional. Di anggarkan BN telah menabur sebegitu besar jumlah peruntukan semata-mata untuk menyebabkan rakyat merasa terhutang budi dan memaksa mereka untuk membalas budi dengan memangkah undi kepada calon BN.

Datuk Dr Jeffrey dalam ucapannya menyatakan, BN telah memainkan strategi kotor secara besar-besaran. Mana tidaknya, sebelum penamaan calon, BN telah menempatkan anggota sayap Wanitanya di kampung-kampung untuk di jadikan anak angkat dan seterusnya menghulurkan “bantuan” kepada penduduk kampung.

Anggota sayap Wanita ini telah di latih untuk memperlihatkan keperihatinan mereka terhadap kebajikan penduduk kampung. Bagi penduduk kampung pula mereka tidak dapat menghidu tujuan sebenar wanita-wanita ini “berlakon” sedemikian. Penduduk kampung ini merasakan mereka ini ikhlas tanpa mahu apa-apa tujuan politik.

Namun hakikiatnya menurut Dr Jeffrey lagi, BN terpaksa melakukan pengorbanan sebesar-besarnya semata-mata untuk memenangi PRK Hulu Selangor. Timbalan PM menyatakan dengan bangganya, BN akan memperolehi majority sekurang-kurang 6,000 undi. Akan tetapi ramalan beliau ternyata tinggal ramalan.

Jika di lihat secara logical, memang agak mendukacitakan setelah pengorbanan di lakukan sebegitu besar oleh BN, majority yang di perolehi hanyalah sebanyak 1,725 sahaja. Ini menandakan bukan semua rakyat Malaysia mahu “dibeli”. Ini juga secara terang menunjukkan rakyat sudah muak dengan ‘drama sebabak’ BN yang hanya akan “menghulur” hanya apabila terdesak !

Turut memberi analisa ialah Ahmad Tamrin Jaini, Pengerusi MPN Sabah, Awang Ahmad Sah, Ketua Cabang Putatan. Hadirin di anggarkan seramai 200 orang.

Tuesday, April 20, 2010

YB. DATUK RADEN MUKHTAR DIHADAP KEMAHKAMAH SYARIAH


YB. Datuk Bung Raden Muhtar Ahli Parlimen Kinabatangan Sabah dihadapkan kemahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa pengatahuan isteri pertama. Datuk Raden Mukhtar YB. BN.

Isteri keduanya bintang filem Zizie juga dimahkamah. Walaupun perkara berkahwin dua itu satu perkara biasa, walaupun bini pertama itu orang kampung Kinabatangan orang "biasa biasa" sahaja, namun kenapa boleh sampai kemahkamah? Tentu tiada restu bini tua?

Ini mesti kes "chori chori cupke chupke" lah ni. Ini kes cari TRIMUT ni mesti belajar dari Chacha Musa lah ni he he he syabas mera prajee. Bilkul achahe.

Masalahnya sebagai Ahli Parlimen, mesti mahu selalu turun padang jumpa rakyat, tolong rakyat, banyak lagi rakyat Kinabatangan yang miskin tegar perlu bantuan.

Berbini tidak salah. Tapi mesti pandai cari masalah rakyat untuk diatasi. Jangan sampai rakyat kata YB cuma pandai cari bini sahaja, he he he jangan marah nanti cepat tua. Kini masih muda lagi "rambut pun belum putih lagi".

Semua orang nampak rambut Bung Raden sudah hitam, bagus lah tu.He he he. Lain kali mesti kasi tahu bini tua dulu, kalau ada persetujuan baru kahwin muda. Kalau bini tua tidak setuju, pujuk baik baik, tidak setuju juga? Buat pura pura kapisan.


ORANG MELAYU KESAL SIKAP NAJIB SOKONG AMERIKA TEKAN IRAN

Oleh Halik Zaman

Seperti satu tradisi turun-temurun satu phobia bagi kita rakyat Malaysia yang beragama Islam, seandainya terdapat pemimpin-pemimpin Islam kita yang memberikan sokongan kepada Negara-Negara Barat yang menggunakan kuasa veto mereka untuk memberikan penindasan kepada mana-mana Negara Islam yang tidak sehaluan.



Inilah yang sedang dilihat oleh rakyat Malaysia dari seorang Perdana Menteri 1Malaysia Dato' Seri Najib yang mana dengan secara terang-terang memberikan sokongan padu kepada tindakan kuasa besar Amerika Syarikat yang akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Negara Iran. Sebuah Negara rakan Malaysia di rantau ini.

Amerika akan mengenakan sekatan ekonomi kepada Iran berikutan Negara tersebut menggunakan tenaga nuclear untuk kegunaan kemudahan asas Negara itu. Tenaga nuclear di gunakan untuk kegunaan dan kepentingan rakyat Iran itu sendiri dan bukannya di gunakan sebagai senjata untuk menyerang Negara luar. Tenaga nuclear di utilisasikan untuk kemudahan tenaga elektrik Negara itu. Apakah ianya satu kesalahan ?

Apakah ketika Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan beliau terhadap sekatan ekonomi terhadap Negara Iran baru baru ini beliau telah memikirkan sedalam-dalamnya akan risiko yang akan diterima kelak ? Risiko paling utama ialah rakyat Malaysia yang tidak berdosa akan turut terhukum dek kebencian rakyat Iran kerana ‘kepintaran’ PM 1Malaysia yang kurang tepat ?

Kita begitu terkejut sekali tindakan drastik Negara China secara terang terangan tidak menyokong tindakan sekatan ekonomi Amerika Syarikat keatas Negara Iran tetapi malangnya Negara Malaysia pula yang beria ia menyokong tindakan sekatan ekonomi keatas Negara Iran, apa sudah jadi dengan Najib ini?

Tidakkah beliau terfikir Malaysia akan di benci gara-gara ‘sokongan beli jiwa’ itu ? Hebat bukan? Malaysia sebuah Negara berkecuali turut memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Negara Barat walaupun beliau teramat sedar bahawa sokongan itu bakal memberikan impak kepada Malaysia dan Iran yang juga sebuah Negara sahabat ikrab seperti Malaysia ?

Najib dengan gahnya menafikan wujudnya penjualan gas ke Iran dari Malaysia tetapi tidak menafikan pendirian Malaysia menyokong keputusan Amerika untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran ? Sebab apa ? Sebab ingin meraih sokongan dari Amerika kerana rakyat Malaysia sendiri sudah mulai muak dan jelak dengan pentadbiran UMNO/BN.

Dato' Seri Najib juga telah menampakkan sikap dictator dalam dirinya bilamana beliau telah menegaskan pendiriannya dengan menyatakan kerusi Hulu Selangor calonnya akan di berikan kepada calon MIC padahal kawasan berkenaan majoritinya adalah pengundi orang Melayu.

Mungkin orang Melayu boleh terima secara terpaksa walaupun terluka, alasan Najib bahawa MIC adalah rakan UMNO dalam Barisan Nasional tetapi yang pelik Najib menolak pula calon saranan dari Presiden MIC tanpa sebab. Seolah olah Samy Vellu diselekehkan.

Presiden MIC telah mengumumkan untuk meletakkan G.Palanivel sebagai calon di Hulu Selangor. Begitu hebatnya kuasa Dato' Seri Najib dengan berani menangkisnya. Beliau betah mengenepikan cadangan bersama rakan pakatan kepimpinan Barisan Nasional lalu memilih P.Kamalanathan walaupun dari MIC tetapi lebih diibaratkan sebagai ‘PM’s favourite’ bukan kehendak Jawatankuasa Pusat MIC dan beliau bukan pilihan popular MIC.

Kalau di kenang kembali semasa Dato Seri Najib baru memegang tampuk pemerintahan Negara Malaysia ini, kita sering mendengar janji-janji beliau kepada rakyat akar umbi bahawa beliau mahu menjenamakan semula UMNO kearah satu perubaahan drastik mengikut citarasa akar umbi.

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat melihat dan tidak mungkin terlihat perubahan yang di war-warkan dahulu. Apa yang terlihat hanyalah organisasi UMNO yang sama , budaya UMNO yang sama, tradisi UMNO yang sama. Cuma ketuanya sahaja yang berbeza. Tidak dapat di nafikan UMNO kelihatan lebih teruk dalam genggaman PM 1Malaysia dan Kak Mahnya.

MESYUARAT AGUNG BIASA PKR TENOM 1-5-2010


18-4-2010 jam 12.30 sampai ke Kinarut. Terima kasih kepada Haji Wahab Timpai, Mail Mathew Ambrose kerana sudi berbincang bersama sama saya. Saya menghargai pendapat Haji Wahab Timpai dan Mail Mahtew, mereka benar benar cintakan perpaduan dan bersemangat waja. Mereka berfikir untuk orang ramai, bukan kepentingan sendiri. Mereka mahukan perpaduan wujud diantara semua pemimpin.

Mesyuarat Agung Biasa (bukan pemilihan) akan diadakan pada 1-5-2010 jam 10.00 pagi bertempat diHotel Perkasa Tenom untuk memilih perwakilan keMesyuarat Agung Biasa Pusat.

Saya telah mengarahkan Gonsibin Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom agar menjemput semua pihak yang bertelaga hadir kemesyuarat tersebut. Mesyuarat Agung tersebut akan dirasmikan oleh Mursalim Tanjul Setiausaha Perhubungan Kepimpinan PKR Negeri Sabah.

Kepada Haji Wahab Timpai,
Maaf juga dipinta, kerana saya salah tulis menyusun bahasa Murut Timugon. Maklum lah sudah lama saya tidak berapa ingat lagi. Maksud saya "kroni BN" bukan ulun ulun. Saya tidak ingat macam mana nak tulis "KRONI BN". Harap dimaaflah kesilapan saya itu. Saya tidak sengaja tapi sebenarnya "sudah lupa" semenjak 50 tahun yang lalu.

Kali ini saya hati hati bah. Harap dimaafkan.

UMNO TIDAK KUAT DI TENOM TAPI PKR MASIH LEMAH


Oleh Halik Zaman-Tenom

Jika di lihat scenario politik di Tenom Sabah, dapat di lihat dengan sejelas-jelasnya bahawa kedudukan UMNO dan BN agak goyah dan rapuh di sini. Terlalu banyak kelemahan yang tidak mampu di atasi oleh kepimpinan UMNO di kawasan pedalaman ini. Walaupun UMNO/BN di lihat tidak kuat, tetapi PKR juga lemah kurang bermaya.

Namun PKR di Tenom tidak seberapa gah dari segi pentadbiran, strategi, berlakunya ketidak-sefahaman sesama sendiri serta perebutan kuasa yang memangkin factor PKR di lihat sebagai sebuah parti yang lemah. Perspektif inilah yang harus kita lupuskan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Tenom ini.

Beberapa aspek kelemahan UMNO seperti factor kemunduran ekonomi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dari Kerajaan UMNO/BN. Masih banyak dapat di lihat penduduk – penduduk kampung yang miskin tegar yang hidup berlandaskan system kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Kepimpinan UMNO/BN di Tenom khususnya hanya sibuk menjaga kepentingan dan privilej diri dan kroni-kroni sendiri dari memikirkan strategi terbaik untuk bantu menaik-tarafkan ekonomi orang orang kampung. Naik tarafkan jalan raya selalu dibuat kerana itu satu keberuntungan diri Ketua Ketua Bahagian, Wanita dan Puteri UMNO.

Masing-masing sibuk mengejar tender, itupun negotiate tender (main kasi sahaja) .Bukannya tender terbuka, tau-tau sudah dapat tender, kerana Ketua Ketua ada cable orang atas. Hebat bukan !! Kebajikan rakyat bukan masalah buat mereka, masalah mereka siapa cepat, siapa ada cable orang atas dia dapat !!

Melalui beberapa survey yang di jalankan, rakyat Tenom walau apa pun fahaman ideology politik mereka, semuanya ketandusan bimbingan dari kepimpinan. Segala permasalahan mereka tidak di ambil peduli oleh para 'Firaun kecil projek' dalam UMNO diTenom.

Kepimpinan PKR di Majlis Pimpinan Negeri harus melaksanakan satu inisiatif dengan sentiasa para pemimpin dari MPN turun padang ke daerah-daerah pedalaman seperti Tenom. Kerana kehadiran para kepimpinan Negeri mampu menyuntik satu anjakan paradigma dan semangat supaya mereka lebih bersatu – padu dan sedar bahawa kelemahan UMNO/BN di Tenom merupakan satu lonjakan bonus buat kepimpinan PKR di Tenom menawan daerah ini.

Monday, April 12, 2010

TAN SRI MUSA HASSAN MACAM MENTERI POLIS NEGARA ?

Oleh: HALIK ZAMAN

PALING lucu sekali bila kita baca dalam akhbar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan nampak 'menggelabah' lantas mencabar Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan tuduhannya dalam Parlimen bahawa ada ejen Israel menyusup masuk ke dalam pucuk pimpinan tertinggi polis di Bukit Aman.



Lantas tanpa fikir panjang kedudukannya sebagai Pegawai Tinggi Kerajaan lalu mencabar Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan tuduhannya dalam Parlimen. Ini membuktikan Musa Hassan tidak mempercayai Menterinya, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein.

Boss polis itu fikir ‘semua perkara, polis boleh campur tangan’ walaupun perkara perkara yang timbul dalam Parlimen. Publik pun tahu setakat mana kuasa Ketua Polis Negara? Sebagai seorang Pegawai Tinggi Kerajaan tidak mungkin beliau tidak tahu apa tanggung jawabnya?

Beliau suka main 'serkap jarang' main hentam kromo sahaja suka hati, mahu campur hal ehwal perkara yang timbul dalam Parlimen. Dia tidak tahu yang dia Pegawai Kerajaan. Beliau suka hati bertindak mungkin menganggap dirinya sebagai 'Menteri Polis Negara?'

Seolah-olah Musa Hassan tiada hormat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn atau menganggap Hishamuddin bagai PATUNG duduk di Parlimen tidak tahu memberi jawapan apa-apa sehingga Musa Hassan terpaksa bersuara dari luar gelanggang mencabar Ketua Pembangkang membuktikan tuduhannya. Mungkin Musa Hassan tidak arif dengan peraturan Parlimen pada hal suatu hari dulu dia memberi tahu bahawa dirinya berkelulusan peguam?

Ada peruntukan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 18 (2) perkara itu boleh dibahaskan dalam Parlimen menerusi notis yang diberikan. Hishamuddin pun boleh memberi arahan kepada pihak polis, SPRM dan Majlis Keselamatan Negara untuk menyiasat tuduhan tersebut tanpa Ketua Polis Negara menyibuk campur tangan hal ehwal Parlimen. Jaga jenayah bukan jaga politik, Boss!.

Walaupun rakyat mungkin kurang begitu percaya bahawa peranan penyiasatan polis dan SPRM yang dianggap kurang berkecuali dalam siasatan mereka melakukan tugas secara bebas dan berintegriti berpandukan siasatan kematian misteri saksinya dan bekas pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock manakala Majlis Keselamatan Negara pula dikuasai polis dan pegawai Kementerian Dalam Negeri yang kredibilitinya dicurigai. Lain kali fikir-fikirlah dulu baru buat kenyataan. Jangan gelojoh!.

Saturday, April 10, 2010

DR. JEFFREY :- LUPAKAN SENGKETA, KITA MESTI BERSATU UNTUK MENANG



Oleh Halik Zaman

Datuk Dr Jeffrey Kitingan Naib Presiden PKR, telah menasihatkan semua Ketua Ketua Cabang PKR yang hadir dimesyuarat Kepimpinan PKR Negeri pagi tadi untuk tidak mengamalkan sikap perkauman dalam diri dan dalam pertubuhan PKR kerana kita berada dalam PKR adalah dalam satu keluarga yang di panggil Parti Keadilan Rakyat yang mengamalkan system multi-racial party.


"Sebagai penyokong parti politik yang berlandaskan prinsip berbilang suku bangsa bahawa diri kita mewakili semua kaum, kita tidak seharusnya membudayakan attitude yang mewakili kaum atau suku bangsa sendiri. Sebagai pemimpin sejati yang berada dalam lingkungan parti multi-racial, kita seharusnya meletakkan diri kita sebagai seorang pemimpin yang mewakili semua kaum baik di Sabah mahupun di Malaysia." Nasihat Dr.Jeffrey selaku Naib Presiden PKR Malaysia.

Menurut Dr Jeffrey lagi, "Sebagai salah satu penggerak sebuah organisasi yang besar seperti PKR dan Pakatan Rakyat, penyatuan dalam parti dan perpaduan erat di antara saf kepimpinan dan barisan keahlian harus di berikan penerapan yang utama untuk diperketatkan fahaman multiracial".

"Perlu di ingatkan bahawa kerana system keutamaan penyatuan dan perpaduanlah maka Pakatan Rakyat berjaya menggoyah beberapa negeri yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Kerana penyatuan dan perpaduan yang di amalkan oleh seluruh keahlian dan kepimpinan Pakatan Rakyatlah, maka beberapa orang pemimpin-pemimpin ‘gergasi’ UMNO dan Barisan Nasional tumbang di tangan pemimpin-pemimpin yang UMNO/BN anggapkan sebagai kerdil dan tidak bermaya. Begitu besarnya kuasa penyatuan dan perpaduan. Maka untuk mengulangi kegemilangan ini di PRU13 kelak, maka system ini harus di teruskan dari masa ke semasa." Tegas Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Dr Jeffrey juga menyeru semua Ketua-Ketua Cabang PKR di Sabah untuk memberikan 'sokongan kenyataan' untuk mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan APCO di Malaysia kerana APCO mempunyai hubung-kait dengan Israel seperti yang kita semua baca dalam pendedahan akhbar ahkbar. Sebagai pendokong parti, kita harus memberikan sepenuh sokongan padu kepada Dato’ Seri Anwar yang telah membongkar penglibatan APCO dalam system pentadbiran Kerajaan UMNO/BN.

Selain daripada itu, sebagai tunjang kepimpinan PKR di Sabah, kita juga harus memberikan dokongan tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Seri Anwar dan keluarganya dalam perjalanan perbicaraan kes fitnah ke-2 beliau. Ianya memang secara terang dan nyata satu lagi epilogue cerita fitnah berdasarkan pemeriksaan awal 3 orang doctor yang telah mengesahkan secara bertulis bahawa Saiful tidak ada kesan di liwat.

Melihatkan bukti ini, kita dapat melihat betapa pemimpin utama kita di berikan tekanan yang amat hebat dan sebagai pendokong setia PKR, kita seharusnya senantiasa berdiri teguh di belakang beliau dan keluarganya.

KETUA PKR BELURAN NAFI AHLINYA 300 SERTAI UPKO


Laporan Halik Zaman

Ketua Cabang PKR Beluran, Encik Sipin Bin Kadandi @ Ambrose hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan dan propaganda yang di canangkan oleh parti UPKO Beluran bahawa seramai 300 orang ahli PKR telah keluar beramai-ramai dan menyertai Barisan Nasional. UPKO sengaja berbuat demikian demi untuk melemahkan semangat perjuangan ahli – ahli PKR dan juga memandangkan semakin melebar kepercayaan rakyat kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Menurut Sipin, hanya 20 orang sahaja yang berbuat demikian malah sebaliknya Cabang PKR Beluran telah nenerima masuk 400 orang ahli-ahli UMNO menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini. Beliau menyatakan demikian apabila di minta mengulas oleh BIRO Info & Kom. PKR Negeri mengenai dakwaan yang di buat oleh parti UPKO.

Sipin menyatakan dengan tegas bahawa cabang PKR Beluran telah sedaya upaya mengadakan beberapa siri penerangan dan pendekatan kepada penduduk setempat dan menerangkan dengan lebih terperinci hala-tuju dan focus utama perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Maka kerana itulah kebanyakan ahli-ahli UMNO telah berpatah arang dengan kepimpinan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau juga menambah, rata-rata ahli UMNO yang keluar itu telah menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kepentingan diri dan kroni-kroni masing-masing dari mendahulukan keperluan dan kepentingan rakyat jelata.

Maka kerana itulah juga mereka bertekad untuk berjuang di bawah panji-panji Pakatan Rakyat dan akan meneruskan ikrar setia demi perjuangan murni Pakatan Rakyat.

Menjawab satu pertanyaan, Sipin yang juga Ketua Cabang PKR Beluran berkata, " Kini PKR telah begitu mendapat sembutan dari penduduk penduduk Beluran terutama sekali generasi muda yang sangat berminat menyertai PKR Cabang Beluran, dan AMK kini sedang giat berusaha mendapatkan seberapa banyak generasi muda menyertai PKR."

GOSIBIN INSAF, KEMBALI KEPANGKUAN PKR TENOM


Laporan: HALIK ZAMAN

“Saya merasa tersangat dukacita apa yang telah saya lafazkan antara ‘sedar dengan tidak sedar' berhubung dengan perletakan jawatan saya sebagai Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom dan dengan ini saya menarik balik perletakan jawatan saya serta memohon maaf kepada semua Badan Pimpinan PKR Negeri Sabah,” demikian luah Gosibin@ Benard Yosundang yang pada suatu ketika dulu membuat kenyataan yang tersiar di Sabahkini dan di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini.

"Saya berjanji akan memimpin Cabang PKR Tenom ke arah destinasi perjuangan PKR untuk merubah kehidupan rakyat sejajar dengan halatuju Pakatan Rakyat dan saya meminta semua ahli PKR Tenom berkerjasama berganding bahu bersama-sama saya membawa PKR Cabang Tenom ke arah satu matlamat untuk membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan," jelas Gosibin dalam mesyuarat di hadapan semua Ahli Ahli Badan Kepimpinan PKR Negeri Sabah.

Jelas Gosibin lagi, "tanpa kerjasama semua pihak, PKR tidak dapat merubah keadaan penghidupan rakyat yang miskin dan akan terus menerus tertekan dengan sara hidup yang melambung tinggi."

Mesyuarat bulanan Kepimpinan PKR Negeri Sabah menerima dengan suara majoriti Gosibin kembali memangku sebagai Pemangku Ketua PKR Cabang Tenom dengan memandang beberapa faktor bahawa perpaduan mestilah diwujudkan di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PKR bukan sahaja di daerah Tenom tetapi di seluruh Sabah

TAMRIN:- PKR DISERU GEMBLING TENAGA TAWAN SABAH DALAM PRU13

Oleh Halik Zaman

Mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah bertempat di Pejabat PKR Negeri telah diadakan pagi tadi, dalam mesyuarat itu encik Ahmad Tamrin, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah telah menyeru semua Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah lebih memberikan tumpuan dan focus serta komited untuk memperlipat-gandakan jumlah keahlian di setiap cabang-cabang yang mereka terajui.
"Kemenangan mutlak dalam PRU13 adalah bergantung kepada kekuatan ahli-ahli di setiap cabang dan negeri dan setiap cabang adalah di wajibkan untuk menggerakkan setiap jentera AJK dan sayap Wanita/ Angkatan Muda/Srikandi untuk menghasilkan program-prgoram penggalakan kemasukkan ahli-ahli terutamanya ahli-ahli terdiri dari generasi muda". Tegas Tamrin.

Beliau juga berharap kesemua Ketua-Ketua Cabang berusaha dengan gigih dengan mengutilisasikan sepenuhnya fungsi setiap AJK dan sayap kepimpinan Wanita/AMK/Srikandi untuk membantu mendaftarkan setiap generasi muda sebagai pengundi yang sah. Satu gerakan kerja harus di pertanggungjawabkan untuk mencari dan membantu anak-anak muda ini dalam urusan pendaftaran sebagai pengundi.

Ahmad Tamrin mengingatkan kepada setiap saf kepimpinan Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah untuk meletak-tepi segala perkara yang remeh-temeh dan perselisihan faham dan pendapat. Semua jurang persefahaman antara kepimpinan dan ahli-ahli harus di rapatkan dengan sebaiknya. Perkara-perkara yang memangkin kepada perpecahan perpaduan dalam parti haruslah di hindari dan di pisahkan sama sekali dalam agenda perjuangan. "Objektif perjuangan haruslah di berikan 100 % kepada motif merakyatkan perjuangan Pakatan Rakyat. Dengan cara mengekalkan perpaduan atau menambah-baikkan kekukuhan parti, bisa memberikan pulangan yang lumayan dalam PRU13. Marilah kita gemblingkan seluruh tenaga PKR untuk tawan Negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya." Rayu Tamrim dengan bersemangat. Ahmad Tamrin memberikan peringatan yang sama kepada semua Biro-Biro Majlis Pimpinan PKR Negeri untuk bersama-sama menjayakan misi penerangan kepada setiap rakyat di Sabah. Biro-biro Majlis Pimpinan PKR Negeri harus memainkan peranan mereka mengikut portfolio masing-masing dalam memperluas dan memperkasakan skop penerangan kepada akar-umbi mengenai aspek halatuju perjuangan dan motif perjuangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

"Misi penerangan ini boleh di pelbagai bentuk saluran media sama ada IT atau cetak agar rakyat akan lebih memahami halatuju perjuangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mahukan rakyat faham hanya dengan memberikan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak sahajalah yang mampu membuktikan sesungguhnya perjuangan Pakatan Rakyat hanyalah untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia." Tambah Tamrin lagi. Ahmad Tamrin menjelaskan, "Kita mahu buktikan bahawa Pakatan Rakyat di wujudkan demi membela nasib rakyat Malaysia yang selama ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari Kerajaan UMNO/BN yang ada pada hari ini. Maka untuk melaksanakan visi ini, semua saf kepimpinan PKR di Sabah dan seluruh Malaysia haruslah mulai saat ini bekerja kuat untuk rakyat walaupun sementara ini masih lagi memakai tag pembangkang

Tuesday, April 6, 2010

TAJUK BERPINCANGAN BAGAIMANA PEMBAHAGIAN TANAH YS

Tanah Yayasan Sabah yang sudah tidak berkayu balak, kalau Pakatan Rakyat memerintah Negeri Sabah akan dibahagi bahagikan kepada rakyat Sabah untuk tanaman kelapa sawit bagi menjamin masa depan penghidupan rakyat Sabah.

Zulimran Nasution Abdullah Omar
Zulimran Nasution Abdullah Omar

Klu ada dokumen pengagihan atau yg seumpamanya lagi bagus dato'...

Mohd Zakaria Mandalam
Mohd Zakaria Mandalam

Saya rasa rakyat Sabah sekarang kurang berminat dengan pengagihan keuntungan ni kerana lama sudah kita dengar dalam kempen pilihanraya samada kerajaan atau sebaliknya. Bagus niat itu kalau harta itu diagihkan kepada mereka yang betul-betul memerlukannya seperti fakir dan miskin. Rakyat Sabah sekarang lebih percaya akan usaha diri sendiri untuk ... See Morememajukan diri mereka. Kalau mau bergantung terus-terusan kepada pemerintah sampai bila-bila pun diri kita akan terkongkong dengan budaya mengharap. Ini cuma pandangan saya sebab saya percaya dengan motto saya, tidak ada benda percuma dalam dunia ni, kalau mau berusahalah.

Halik Zaman
Halik Zaman

Fakir miskin andaian saya manusia yang sudah tidak mampu berusaha tiada dayaupaya. Orang orang muda ia bukan lah fakir miskin, ia dikategori sebagai orang muda 'orang pemalas' kalau tidak mahu berusaha.

2. Maksud saya tanah yang kosong yang dimiliki oleh Yayasan Sabah, dibahagikan kepada rakyat Sabah yang mampu berusaha untuk tanaman kalapa sawit.

3. Beri kemudahan pinjaman Bank.... See More

4. Jadikan ia satu scheme kelompak "Scheme Kelapa Sawit Rakyat" yang ditadbirkan oleh Kerajaan.

5. Setiap individu punya 20 ekar tanaman kelapa sawit

6. Scheme ini berbeza dengan peraturan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah.

Francis Daniel
Francis Daniel

janji2 politik ini kebanyakan kosong, senang dibuat semasa belum duduk didalam bilek mewah, tetapi bila dah berjaya terlalu banyak pula alasan untuk mengotakan janji. Paling2 ygng boleh dibuat ialah menukar kerusi tempat duduk pemimpin lama kepada kerusi baru cuma dgn alasan kerusi empuk lama itu membawa malang. Akhirnya pemimpin baru kaya sampai ... See Moreduit disimpan dalam tin milo. Kalau senerio macam ini berterusan rakyat yg akan menderita dan bertambah papa kedana. Saya ingin bertanya apakah assurance bahawa tanah yg dibahagi kpd rakyat akan berkekalan kepada rakyat atau hanya sementara sahaja, kalau tak ada perancangan lebeh baik YS saja yg develop tanah itu dan hasilnya diagih kpd rakyat menerusi amanah yayasan sabah. PR harus melihat lebeh jauh kehadapan dan berperancangan lebeh baik dan teratur drpd BN kalau mahu menang dlm PRU akan datang, jng bercakap sj tapi bila bertanding lawan pula sesama sendiri. Apa wawasan sdra Halik masa kini sebenarnya..terangkan kerana kita kenal betul Halik musim BERJAYA...

Halik Zaman
Halik Zaman

Wawasan saya untuk memberi peluang kepada orang muda rakyat Sabah berdikari berdiri diatas kaki sendiri.

Halik Zaman
Halik Zaman

TAMBAHAN..... Beri mereka tanah, beri kemudahan pinjaman Bank.

Arianna Datuk Abdul Ghanie
Arianna Datuk Abdul Ghanie

Oleh kerana itulah kita seharusnya berani membuat perubahan, malangnya setiap agenda dan misi Pakatan Rakyat sering disala-ertikan oleh "mereka" yang telah kenyang dengan projek dan habuan dari UMNO. Hanya golongan ini sahajalah yang berusaha sedaya upaya menghalang Pakatan Rakyat dari terus maju kerana bimbangkan 'periuk nasi' mereka tercemar.

P/S - sometimes terfikir mampkah gaji seorang state minister @ ahli kongsi UMNO membina mahligai serba mewah di persisiran pantai ?

Baharien Agues
Baharien Agues

Kita menyokong sepenuhnya wawasan Datuk. Rakyat telah lama menunggu peluang sebegini untuk kemajuan diri dan negeri. tetapi malangya pemimpin-UMNO yang ada hari ini lebih mementingkan PENCAPAIAN hari ini dari keutamaan rakyat.

Hasmin Azroy Abdullah
Hasmin Azroy Abdullah

Lagi 1 retorik basi... Setakat tanah sekangkang kera itu, kerajaan skg telah byk beri yg lebih baik dan berwawasan... Yg ptg kta brusaha... Wahai pembaca, jangan yg dikejar x dpt, yg dikendong brciciran... org lama sudah brpesan...

Francis Daniel
Francis Daniel

Kalau nak memimpin haruslah mempunyai visi dan misi, jng terlalu bepandangan untuk menjadi YB saja. Memperkayakan diri itu adalah semestinya, bukan dlm BN sj. DSAI pun kaya krna klu dia miskin bagaimana dia boleh memimpin. Tolong jawab.. Darimana dan bagaimana DSAI jadi kaya? adakah DSAI tinggal dalam pondok usang?

Mohd Zakaria Mandalam
Mohd Zakaria Mandalam

Kalau begitu bagus lagi buat tanah kerajaan milik rakyat. Macam ni, katakan kerajaan beri 10000 hektar tanah kepada sesuatu tanaman, jadikan ianya berjaya dan hasil keuntungan diagihkan. Sebagai rakyat mereka perlukan melabur (katakan RM100) untuk mengusahakan tanah tersebut walaupun kerajaan yang buat semuanya. Jadi sekurang2nya ada pelaburan rakyat dan hasilnya rakyat juga dapat.Tidak wujud sikap mengharap tanpa usaha.

Halik Zaman
Halik ZamaN

Pendapat ini pun bagus.

Halik Zaman

Halik Zaman

Saya puji pendapat Mohd. Zakaria, tidak lari dari tajuk yang dibincangkan secara profesional.

Mohd Zakaria Mandalam
Mohd Zakaria Mandalam

Terima kasih Datuk. Dengan melabur pada pemerintah (sesiapa pun jadi kerajaan), kita dapat membantu negeri Sabah sendiri juga. Disamping itu kita juga boleh menikmati hasilnya berterusan.

Anak Sheikh
Anak Sheikh

Datuk..sesetengah masyarakat kita..bila kt membincangkan sesuatu yg membawa kepada kebaikan..ada saja yg ndak kena..napa ya? apakah ni memang udah jd budaya masyarakat kt..cadangan yg baik dpd datuk pun udah disalahertikan..dan saya juga amat bersetuju dgn pendapat en zakaria..alangkah bagus klu cadangan tersebut dpt dilaksanakan..sekurang2nya
..masalah kemiskinan dapat diatasi serba sedikit..

Halik Zaman
Halik Zaman
He he he, saya mana mahu layan 'orang mabuk'. luar dari tajuk.

Sidu Edin
Sidu Edin
Peranan FELDA, LKTNS dan KPD adalah berkaitan dengan agenda yg dimaksudkan ini.

Jika kita ujudkan satu lagi agensi kerajaan untuk mengusahakan tanah rakyat bagi pihak kerajaan, apakah nama yg sesuai diberi kepada agensi berkenaan?

Halik Zaman
Halik Zaman

Nama tidak penting, yang penting hasilnya rakyat dapat.

Halik Zaman
Halik Zaman

Beri peluang kepada generasi muda berdikari, tapi kalau tidak diberikan tanah macam mana nak generasi muda dapat berdikari.

Musli Oli
Musli Oli

TAHNIAH kEPADA PKR...Jangan pulak kalau sudah menang, rakyat seperti kita mahu begitu, pemimpin yg memerintah mahu lain.....

Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah

mana ada lagi tanah yayasan sabah semua sudah diambil oleh felda,felcra,dan macam2 lagi skt gergasi dari semananjung yang datang untuk merebut dan mengambil tanah2 kita,nanti2 rumah kita pun diorang ambil.Tengok saja felda siapa punya?felcra siapa punya? semua semananjung yang punya bukan ada orang bumiputera yang punya.ingat ingat lah pilihanraya akan datang bagi keutamaan kepada parti pembangkang negeri ..........

Dap Sepanggar
Dap Sepanggar

Bagus tu. Tetapi keutamaan harus diberi kpd rakyat sabah yang tiada tanahlah..

Alex Onsu Muragang
Alex Onsu Muragang

Cadanganyang baik tapi apa dah jadi kepada tanah2 milik kerajaan negeri..KPD, SFI dan agency2 yang lain?

Gan Chee Chan
Gan Chee Chan
biar 3 ekar sekeluarga dapat yang penting semua rakyat dapat menikmatinya.........

Sunday, April 4, 2010

Najib Mula Main Wayang di Hulu Selangor

Oleh Halik Zaman


(Kelihatan gambar diatas PM sedang minum tea China)

DRAMA sebabak bermula lagi. Drama tradisi UMNO ini di ulang-tayang tatkala menjelangnya Pilihan Raya Kecil yang bakal di adakan pengujung April ini di Hulu Selangor. Drama ‘meruntun jiwa’ ini melihatkan keperihatinan Najib dan kuncu-kuncunya mengadakan siri lawatan ke kawasan Hulu Selangor untuk menggamit hati setiap pengundi.

Masa inilah Najib akan melebihkan ‘adegan beramah-mesra’ pada penduduk setempat. Adegan-adegan huluran bantuan dan projek binaan bangunan sekolah dan masjid pasti menduduki carta teratas dalam drama beli jiwa rakyat hasil mahakarya UMNO/BN ini.

Adegan – adegan sampingan seperti duduk makan bersama rakyat sessi peluk-memeluk, ganding-mengandingi orang kampung, bertanya khabar dan berbagai-bagai lagi bentuk keperihatinan yang mempunyai makna terselindung merupakan antara adegan-adegan favourite dalam drama sebabak pemimpin besar UMNO yang bergelar NAJIB.

TV3 juga turut menyibukan diri memainkan peranan penting mengatur acarakan "satu Melayu, satu India dan satu Cina" bercakap menurut skrip yang disusun oleh TV3 memuji muja NAJIB berjaya menjadi Perdana Menteri 12 purnama dalam 1Malaysia-nya.

PM penuh yakin akan menawan kembali kerusi Hulu Selangor. Keyakinan yang cuba di perkuatkan semangat biarpun UMNO sedar hakikat sebenarnya mereka amat goyah dan terlalu goyah. Ingin memperkasakan lagi slogan 1Malaysia maka ura-ura dapat di lihat dengan jelas mereka ingin meletakkan calon dari MIC dalam kawasan Melayu.

PM dan delegasinya di lawatan ke Hulu Selangor, cuba meraih simpati dan perhatian rakyat dengan mencanangkan kononnya pembangkang hanya pandai berjanji tapi tidak dapat mengotakan janjinya.

Apakah PM lupa, kemudahan yang pelbagai bentuk sedang di nikmati oleh rakyat Selangor yang telah di jayakan dengan cemerlangnya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang di terajui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengapa kemudahan yang berbagai itu tidak di laksanakan oleh kepimpinan UMNO/BN dahulu semasa mereka memerintah negeri Selangor ? Sekarang ini UMNO sedaya upaya mempelbagaikan propaganda memperselekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat demi untuk menarik perhatian rakyat Selangor untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Karenah UMNO/BN ini tidak ubah seperti orang yang gila talak. Dahulu semasa Selangor dalam genggaman mereka, rakyat Selangor di abaikan yang di utamakan hanyalah poket/akaun masing-masing. Apabila rakyat Selangor sudah bosan dengan telatah kepimpinan UMNO di Selangor, maka kuasa rakyat Selangor di pertaruhkan di PRU12 dan akhirnya membawa peralihan kuasa di negeri Selangor.

Apakah UMNO lupa mengapa scenario ini berlaku ? Tidakkah UMNO sedar-sedar lagi bahawa rakyat Selangor telah bosan/muak dengan system pentadbiran UMNO/BN yang matlamat utama mereka hanyalah kekayaan diri sendiri dan kroni-kroni kecuali kalau ada Pilihan Raya Kecil baru ada bantuan.

Apa pun, selamat mencuba nasib lagi di PRK Hulu Selangor, kita akan lihat betapa besarnya kuasa rakyat berbanding dengan kuasa yang ada ditangan Kerajaan UMNO disebalik tabir ditadbirkan oleh Jin yang diberi nama sebagai BIG MAMA.