Sunday, February 28, 2010

Datuk Kalakau Untol Pahlawan yang Berani - Anwar






Laporan Halik Zaman

Bertempat di Garden of Hope (28-2-2010) di Topokon, Tuaran, Datuk Kalakau Untol telah dengan rasminya mengumumkan penyertaan beliau ke dalam PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Majlis yang di hadiri hampir 2,500 orang pengikut Datuk Kalakau dan penyokong PKR berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni. Majlis turut di warnai dengan kehadiran YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di majlis itu juga ramai ahli -ahli baru menyerahkan borang kepada Ketua Umum PKR kemasukan mereka sebagai ahli PKR yang baru.

Datuk Kalakau yang juga mantan Timbalan Menteri Persekutuan dalam ucapannya memaklumkan hasrat murni beliau untuk merakyatkan perjuangan PKR khasnya dan PR amnya. Beliau telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN kerana menurut beliau telah terlalu banyak kepincangan dan kecacatan sepanjang pentadbiran UMNO/BN di Sabah ini termasuk rasa terkilan dihati kami, tempat suci kami dibakar. Malah, beliau telah merancang beberapa siri road-show ke serata Sabah untuk menjalankan misi-misi penerangan khas dan mendekati rakyat untuk lebih faham akan perjuangan sebenar PKR serta menjelaskan isu-isu berbangkit seperti isu fitnah ke-2 Dato’ Seri Anwar.

Datuk Kalakau juga telah merangka suatu program khas pada bulan April nanti dengan mengundang YB Tengku Razaleigh Hamzah untuk memberikan penerangan kepada isu-isu berkaitan Petronas. -Datuk Kalakau menegaskan ini bukan lagi ‘honey-moon’ time, ini masa untuk kita semua, inilah masanya untuk kita bangun nak melaksanakan agenda perjuangan PKR."Rakyat mahu berubah yang selama ini UMNO/BN tidak pernah berubah".
Mengakhiri ucapan beliau, Datuk Kalakau dalam nada bergurau berkata beliau telah bersedia untuk menghadapi beberapa kemungkinan atau saman dari pihak-pihak tertentu ekoran tindakan beliau meninggalkan BN dan malah beliau telah minta jasa baik Hj Ansari seandainya berlaku apa-apa perkara. Kata-kata beliau di sambut dengan gelak ketawa para hadirin dan sorakan reformasi. “Kita telah mendengar isu gereja di bakar di Semenanjung dan isu masjid dan surau di letakkan kepala khinzir, biarpun berlaku di Semenanjung, tapi kita turut merasa tempiasnya. Kita rakyat Sabah turut merasa bahangnya. Maka kerana itulah kita harus bangun, kita tumbangkan Kerajaan UMNO/BN yang selama ini hanya berbakti untuk diri sendiri dan bukannya untuk rakyat” Ujar Datuk Kalakau tegas.

Terdahulu, Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah telah membuka tirai program malam itu dengan ucapan yang begitu memberangsangkan hadirin. Haji Ansari telah menyentuh beberapa isu nasional yang hangat di perkatakan pada masa ini. Haji Ansari juga telah meluahkan rasa gembira dengan penyertaan Datuk Kalakau ke dalam PKR dan berharap penyertaan Datuk Kalakau akan membuka mata mana-mana pihak yang masih samar-samar tentang perjuangan PKR.

Langkah Datuk Kalakau setiap hari akan menjadi contoh kepada ahli ahli UPKO, PBS, PBRS dan UMNO. Apa guna tunggu lagi kapal yang bocor dan menanti tenggelan tidak lama lagi. Ketua Cabang PKR Tuaran juga kagum dengan kesungguhan penyokong-penyokong PKR di Tuaran untuk menukar pentadbiran Kerajaan berikutan sokongan yang begitu hebat di berikan di kedua-dua program yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan Dato’ Seri Anwar di majlis berkenaan, beliau kagum dengan semangat juang yang di tunjukkan oleh Datuk Kalakau dan penyokong-penyokong beliau. Beliau berharap dengan penyertaan Datuk Kalakau akan menyuntikkan lebih lagi semangat penyokong-penyokong PKR. Beliau juga bangga dengan kesanggupan Datuk Kalakau untuk bekerja sama dengan lebih erat serta turut sama turun padang demi memperkasakan PKR dan Pakatan Rakyat.

Rata-rata hadirin yang hadir berpuashati dapat mendengar amanat-amanat dari kepimpinan PKR serta dapat bersua-muka dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi idola mereka selama ini. Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan alu aluannya kemasukan Datuk Kalakau Untol dengan rakan rakan ke PKR menganggap bahawa Datuk Kalakau Untol adalah seorang Pahlawan Dusun yang berani menentang arus. Beliau adalah Presiden Dusun Sabah Bersatu ringkasnya USDA seorang yang berpendirian tegas berani dan beliau juga selama ini banyak bersabar melihat kepimpinan songsang Barisan Nasional. " Datuk Kalakau seorang pemimpin Dusun Sabah yang disegani dan dihormati dan seorang yang bijak dapat membezakan 'intan dan kaca" lalu memilih PKR sebagai wadah tempat beliau berjuang. Syabas Datuk." Puji Anwar.

Jelas Anwar Ibrahim, " Mahkamah Malaysia hari ini adalah dikuasai oleh Kerajaan sepenuhnya, naik pangkat dari Kerajaan, gaji bulanan dari Kerajaan, naik gaji dari Kerajaan. Pakatan Rakyat menang PRU akan datang, kita akan ubah semua ini, agar mahkamah benar benar bersifat berkecuali, maka baru lah keadilan dapat ditegakkan betul." "Lihat penderitaan orang kampung, penderitaan pengundi pengundi, terutama sekali rakyat Sabah, kos hidup rakyat melambung tinggi. Bisa Datuk Musa Aman menyuarakan kesusahan rakyat? Dapat Datuk Musa Aman menyelesaikan masalah kenaikkan kos hidup rakyat?

Kalau beliau tidak dapat menolong mengatasi masalah rakyat, PRU13 jangan undi calon BN dan jangan undi Musa Aman biar dia menangis tidak berair mata." Nasihat Dato' Seri Anwar kepada orang kampung. Anwar beri jaminan, "Kalau PRU13 Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Pusat, dalam tempoh 2 hari Pakatan Rakyat akan berikan 20% hasil royalti minyak petrol kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan, Pakatan Rakyat tolong rakyat dari hasil bumi mereka sendiri, bukan untuk diri sendiri dengan cara buat projek mega dapat komisen mewah".

Ceramah Dato' Seri Anwar Mempersonakan di SM Kian Kok, Kota Kinabalu







Laporan Halik Zaman:

SETIBANYA Ketua Umum PKR Dato’' Seri Anwar Ibrahim diperkarangan SM Kian Kok Likas untuk acara Rumah Terbuka Pakatan Rakyat, beliau disambut dengan ribuan manusia berbagai fahaman agama dan bangsa rakyat Sabah. Di perkarangan SM Kian Kok penuh sesak dengan manusia, pekikan reformasi berkumandang. Tepuk sorak gema gempita jeritan rakyat marhaen "Hidup Anwar" tidak putus putus bagai menyambut seorang Wira Negara ke persada bonda yang dianggap oleh rakyat Sabah sebagai " Penegak Demokrasi Negara Malaysia.

Dalam Dewan Kian Kok juga, ribuan manusia yang telah menantikan ketibaan Dato’ Seri Anwar sambil bertepuk tangan menyambut kehadiran pemimpin yang dikagumi oleh rakyat Sabah, teriakan rakyat terus memecah kesunyian "Kami mahu perubahan, kami benci fitnah dan kezaliman BN".

Pengerusi DAP Negeri Sabah Dr. Hiew King Chew yang juga merupakan Pengerusi Bersama Pernganjur 'Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Tahun Baru Cina' memaklumklan kepada orang ramai bahawa, PRU13 akan datang ini Komponen Pakatan Rakyat Sabah akan mencabar Barisan Nasional Sabah dengan "Satu Lawan Satu" disetiap kawasan PRU di seluruh Negeri Sabah. Memperjuangkan hak rakyat Sabah dibandar dan luar bandar".

Kata Dr. Hiew, "DAP Sabah mampu berbuat demikian kerana DAP yakin dengan semangat kerjasama dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat Sabah yakin hanya dengan bersatu padu tenaga antara PKR, DAP dan PAS sahaja lah yang boleh menumbangkan dengan mudah Barisan Nasional Sabah yang lebih bijak bercakap propadanda bohong hakikatnya BN cuma memperjuangkan hak kroni dan memperkayakan diri para pemimpin itu sendiri."

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah Ustaz Hishamuddin turut berucap menyatakan dalam perhimpunan raksasa di Kian Kok itu memberi tahu bahawa PAS senantiasa terbuka untuk berkerjasama dengan PKR dan DAP demi untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah, PAS juga berharap PRU13 nanti Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan BN "Satu Lawan Satu".

Penasihat Nasional DAP , YB Lim Kit Siang turut menyatakan dalam perhimpunan tersebut bahawa "Para pemimpin UMNO tersilap membuat perhitungan kepada DAP dalam Pakatan Rakyat DAP kononnya tidak boleh berkerjasama dengann PAS dan PKR, kerana DAP mempunyai ideology yang berlainan, UMNO meramalkan usia ikatan perpaduan dalam Pakatan Rakyat paling lama 6 bulan sahaja ia akan punah, ranap, hancur dan musnah dilanda pergeseran ideology."
"Berlainan ideology itu bukan penghalang menuju kepuncak kejayaan. Sudah kami kikiskan perasaan perkauman dalam DAP demi Pakatan Rakyat, kami buang pergeseran ideologi itu kelautan China Selatan. Kami bersatu demi Negara Malaysia. Kami bersatu hasil dari muzakarah. Kami bersatu kerana didorong dari rasa keinsafan, bila Pakatan Rakyat berpecah belah, selama lamanya DAP, PKR dan PAS jadi pembangkang, tidak seperti sekarang bahawa Pakatan Rakyat kuat hingga boleh menumbangkan BN di 5 buah Negeri dalam Malaysia." Kata Lim Kit Siang dengan penuh yakin.

Dato’ Seri Anwar menyusul selepas YB Lim Kit Siang dalam memberikan amanat kepada penyokong Pakatan Rakyat. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan dalam ucaptamanya, bahawa hanya dengan penyatuan sejati PKR, DAP dan PAS sahajalah yang dapat menumbangkan BN. Ini adalah kerana hatta pada ketika ini, BN sedang mengalami detik-detik ‘ngeri’ dengan kebangkitan semangat reformasi di kalangan rakyat Malaysia.

BN sebenarnya pada dasarnya amat gentar dengan situasi yang melanda Malaysia kini. Mereka gusar dan bimbang dengan kedudukan mereka yang sudah goyah dan ibarat retak menanti belah. Demi untuk mengawal scenario ini agar jangan berlarutan parah, maka timbullah agenda-agenda ‘buas’ mereka dengan ‘misi menjatuhkan’ kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kerana begitu beria-ia ingin melihat PR musnah, maka terbitlah konspirasi fitnah ke-2 Anwar Ibrahim, orang yang paling mereka geruni. UMNO sangka dengan ‘mengulang-tayang’ drama 1998, rakyat akan kembali kepangkuan UMNO. UMNO mengandaikan ‘cerita-cerita dongeng’ ciptaan mereka ini bisa memudarkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Ternyata UMNO silap sama sekali.

UMNO sibuk dengan misi membinasakan Pakatan Rakyat, sehingga kepincangan pentadbiran yang selama ini mereka genggam erat terlepas dari tangan. Kes kehilangan enjin jet tentera, dalam sibuk-sibuk isu ini di perbualkan, Menteri Pertahanan dengan selambanya menyatakan enjin jet yang hilang itu tidak mahal harganya cuma RM300,000 sahaja. Perkara kecil. Semudah itu jawapan beliau untuk menutup ‘kebusukan’ yang berlaku dalam kawalan UMNO ? Mereka fikir rakyat akan menerima bulat-bulat jawapan ‘ringkas’ ini, tanpa memilkirkan logiknya. Enjin sebuah lori barangkali boleh di dapati dengan harga RM300,.000 tapi kita sekarang sedang membicarakan kos enjin sebuah jet ! Enjin sebuah jet dalam lingkungan jutaan ringgit !! Mana munasabahnya alasan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan ini ? Suatu alasan bodoh dan songsang.

Apa cerita dengan kes kapal selam yang tidak dapat menyelam ? Mengapa tidak dapat tenggelam ? Yang tenggelam hanyalah insan-insan yang ‘lemas’ dengan jumlah komisen yang begitu lumayan – RM500 juta. Tujuh keturunan pun tidak habis makan.

Kes kematian misteri Teoh Beng Hock, alasan yang mereka berikan, mendiang Teoh bermain-main di tepi jendela dan terjatuh. Logikkah ? Anwar sendiri semasa lebam mata kes 98, alasan mereka, Anwar mencederakan dirinya sendiri. Masuk akalkah tuduhan itu ? Kalau yang ini mereka sanggup berbohong tidak mustahil kes fitnag-2 juga mereka buat cerita fitnah.

Sedikit masa dahulu Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa ada kes rahsia tentera yang di cerobohi dan ke esok harinya pula keluar lagi kenyataan, kes TUTUP dan di anggap SELESAI. Ini cerita apa ? Begitu enteng mereka mengambil kira rahsia ketenteraan Negara kita ? Apakah ianya benar-benar telah selesai atau sekadar satu lagi ‘agenda membodohkan rakyat?

Terbaru, 20 orang antara yang terkaya di Malaysia. Siapa ? Anak bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mokhzani dan adik Perdana Menteri sekarang, Nazir Tun Razak. Banggakah kita ? Banggakah kita dengan pencapaian mereka atau timbulnya persoalan di benak minda kita, dari mana mereka mampu membeli puluhan juta nilai saham ? Penobatan sebagai antara yang terkaya di Malaysia berdasarkan jumlah nilai saham yang mereka beli, belum lagi di hitung kira harta-harta mereka yang dari sumber-sumber lain. Barangkali Anandakrisnan pun angkat tangan, surrender !

UMNO/BN mempersoalkan kenapa Dato' Seri Anwar menyokong kepimpinan YAB Lim Guan Eng hanya kerana beliau seorang berbangsa Cina. Satu lagi persoalan ‘bodoh dan karut’ ciptaan UMNO/BN. Apakah UMNO/BN sudah terlalu nyanyuk sehingga mereka lupa Ketua-Ketua Menteri BN yang memerintah Pulau Pinang sebelum ini juga berbangsa CIna? Kita amat maklum Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama bernama Tun Lim Chong Eu dan bukannya “AHMAD LIM CHONG? ” dan Tan Sri Koh Tsu Koon dan bukannya “MOHAMAD BUAH KESUKUN?”. Mereka ini juga berbangsa Cina dan kenapa UMNO/BN menyokong kepimpinan mereka terdahuku ? Cakap tidak serupa bikin!

UMNO/BN menganggap segala alasan yang mereka berikan untuk menutupi kesalahan ini dapat di terima bulat-bulat oleh rakyat. UMNO/BN sangka rakyat adalah terlalu senang untuk di kaburi hati dan fikirannya. UMNO/BN anggap orang-orang kampung ini begitu senang untuk ditipu dan ditindas. UMNO/BN barangkali sudah lupa, rakyat sudah tidak berminat untuk menerima maklumat yang di berikan oleh media-media massa di dalam genggaman UMNO/BN. Rakyat telah bijak untuk mencari alternatif lain dalam mencari maklumat tentang isu-isu semasa. Percayalah, bahtera UMNO/BN dah semakin banyak keretakannya, hanya tunggu masa untuk ‘karam’ sahaja. Sementara itu, kejarlah dan koreklah sebanyak mana harta rakyat untuk di buat bekalan hari ‘depan’ yang gelap !

Kehadiran ditaksirkan secara kasar lebuh kurang 7,000 orang.

Maulidur-Rasul, Amalkan Setiap Hari Dan Sepanjang Tahun

Maulidur-Rasul, Amalkan Setiap Hari Dan Sepanjang Tahun

Firman Allah SWT:

“...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”

(Surah al-Hasyr 59:7)

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Seterusnya diberikan pula kesempatan untuk menyambut Maulidur-Rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.

Allah SWT mengutus para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada-Nya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak.

Di atas dasar itulah, para nabi termasuklah Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah SWT. Lantaran itu, kebangkitan Rasulullah saw adalah untuk memastikan umat manusia hidup di dalam dakapan hidayah berpaksikan kepada keimanan dan ketakwaan.

Sehubungan dengan itu, sambutan Maulidur-Rasul tidak boleh hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata, ia tidak boleh terhenti setakat perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja. Lebih jauh lagi, ia perlu diiringi dengan kehendak untuk mematuhi sunnah Rasulullah saw.

Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu untuk terus hidup setiap hari dan sepanjang tahun.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan menepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, di bawah dasar Membangun Bersama Islam, kami akan terus komited dengan usaha dan hasrat melaksanakan syariat Islam di dalam pentadbiran.

Dalam hal ini, Rasulullah saw yang juga sebagai seorang pemimpin akan dijadikan sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus tadbir negeri.

Itulah misi kerajaan negeri Kelantan di dalam mentadbir amanah yang diberikan oleh rakyat dengan izin Allah SWT ini.

Semoga Allah SWT memberikan kita ganjaran di atas segala amalan kebaikan yang kita lakukan. Salam Maulidur-Rasul 1431H.

Penyerahan Memorandum Kes Norizan Salleh kepada KDN

Penyerahan Memorandum Kes Norizan Salleh kepada KDN

Wanita Keadilan akan megiringi Norizan Salleh ke Putrajaya menemui Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dalam usaha utk mendapatkan pembelaan kerana telah ditembak tanpa hak oleh anggota PDRM.

Norizan telah pertama kalinya mengadu kpd Biro pengaduan MCA tetapi aduannya tidak diambil serius dan terhenti apabila laporan polisnya tidak diambil tindakan.

Diatas nasihat yang diterima, Norizan telah ke kediaman DSAI yang kemudiannya merujuk kes beliau kepada Latheefah Koya supaya Norizan mendapat pembelaan yg sewajarnya.

Sidang media pertama mengenai kes beliau telah diadakan di Ibu Pejabat PKR , Tropicana. Ia disusuli dengan Memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada 4 Feb 2010 dan selepas itu ke SUHAKAM pada 11 Feb.

Permohonan kepada SUHAKAM akan mengambil masa utk diketahui jawapan agar suruhanjaya bebas menyiasat kes Norizan Salleh, dan memohon Menteri Wanita mengambil tanggungjawab memelihara kebajikan Norizan Salleh yg mengalami kecederaan kekal sehingga tangan kanannya belum diketahui akan pulih semula, disamping kecederaan lain yang berterusan membuat beliau, seorang ibu tunggal, tidak mungkin diberi pekerjaan untuk menyara diri dan anaknya.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,antaranya ialah Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin telah juga menggesa agar IPCMC ditubuhkan dan kes-kes seumpamanya disiasat juga.

Friday, February 26, 2010

ANWAR IBRAHIM BERJUMPA ANDA PADA 28-2-2010 JAM 11.30 PAGI


RUMAH TERBUKA PAKATAN RAKYAT UNTUK TAHUN BARU CINA !!

Anda semua mahu tahu apa agenda UMNO di Sabah? Anwar Ibrahim akan bongkar pada 28-2-2010 di SM Kian Kok jam 11.30 pagi, di batu 3 limpas sikit Govt. Printing ditepi jalan Likas ke Tuaran. Anda mahu dengar Lim Kit Siang ceramah? Datang lah tempat yang sama waktu yang sama.

Jam 6.30 petang di Garden Of Hope jalan Tuaran/ Topokon di halaman rumah Datuk Kalakau Untol.

Kalau anda mahu selesa tempat parking kereta, datang awal dikedua dua tempat, dijangka penuh sesak.

Sila beri tahu kawan kawan, dari mulut kemulut atau SMS.

Thursday, February 25, 2010

SAIDATUL BAD, BERLAGAK "MACAM ADA PENGALAMAN?"


Dari Kacamata Halik Zaman

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan. Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.

Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami. ( Utusan Malaysia tajuk "Insaflah Wan Azizah--Saidatul Badru 26-2-2010).

Kita menjadi musykil di hati, yang Saidatul ini beria-ia dan jadi tukang sibuk, minta Dato' Seri Dr. Wan Azizah berbuat demikian itu kenapa ? Apakah ada 'imbuhan lumayan' menanti di atas kesungguhan beliau untuk merendahkan maruah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarga ?Saidatul mengasak pemikiran Dato' Seri Dr.Wan Azizah supaya bercakap bohong. Alangkah berdosanya beliau kalau tuduhan itu cuma sebuah fitnah yang 'berbau politik'. Apa motif Saidatul?

Saidatul sedar atau tidak bahawa penyokong PKR di Sabah sejak dari dahulu telah mencurigai keikhlasan dirinya menyertai PKR? Mana tidaknya, suami beliau adalah rakan baik Najib. Masuk akalkah suami baik dengan Najib, isteri sokong PKR ? Dari sana dah terserlah 'sumbangnya' penglibatan beliau dalam PKR.

Kita nak tanya, siapa yang berlakon Saidatul atau Kak Wan ? Sekurang-kurangnya perjuangan Kak Wan suci dan murni, perjuangan Saidatul ? Hanya lakonan semata-mata. Kita sarankan kepada Nalakarupan, anugerah Pelakon Wanita 2010 yang dia nak sarankan kepada Rais Yatim, bagus bagi sahaja kepada Saidatul. Dia lebih berhak mendapatkannya.

Apa bakti dan jasa Saidatul kepada PKR ? ZERO. Malah sepanjang dia memegang PKR Sabah, terlalu banyak kepincangan dan anasir-anasir memecah-belahkan perpaduan parti. PKR bagaikan hidup segan mati tak mahu ketika itu. Penyokong-penyokong PKR sedar dan maklum hal ini tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebijakkan Saidatul membodek Kak Wan ketika itu. Penyokong PKR hanya lihat pakai mata sahaja. Sebab itulah di zaman Saidatul tidak ramai rakyat Sabah berminat untuk menyertai PKR kerana putar belit Saidatul demi menyelamatkan UMNO Sabah.

Saidatul barangkali 'tak senang duduk' melihat perkembangan agresif kepercayaan rakyat Sabah kepada PKR. Itulah sebabnya dia menggunakan kesempatan berdasarkan 'kedudukan beliau dalam PKR sebelum ini' untuk 'cuba' menggoncang kepercayaan rakyat kepada PKR. Beliau sangka rakyat dan penyokong PKR akan mempercayainya berdasarkan dia pernah 'duduk semeja' dengan PKR. Saidatul silap baca kad, semakin hari semakin rakyat Sabah pintar dan bukan buta IT.

Info bukan hanya dapat di perolehi dari satu sumber, banyak sumber boleh di jana. Rakyat Sabah bukan 'paloi' untuk adaptasi segala info yang di berikan oleh media massa yang di 'genggam erat' oleh UMNO dan BN. Perlu di ingatkan, rakyat bukan lagi 'paloi dan telengong' seperti yang anda semua sangkakan.

Kenapa tidak minta 'suami orang itu' minta isterinya bertaubat dari melakukan kezaliman ? Sanggup buang adik dan anak kandung sendiri demi kepentingan peribadi? Suruhlah 'orang-orang baik' itu berhenti jadikan orang lain kambing hitam kerana nafsu serakah sendiri ?

Kepada Saidatul, taubatlah, berhentilah berlagak baik walhal di sebaliknya kamu tidak ubah seperti kuncu-kuncu C4 yang senantiasa menantikan detik Anwar dan PKR di jatuhkan. Mimpilah kamu semua !

Saidatul bercakap macam Ustazah, tapi salahnya beliau memberi nasihat perkara yang beliau sendiri tidak tahu kesahihannya atau mungkin memberi nasihat seperti "sendiri ada pengalaman" dan kini sudah bertaubat? (Maaf kalau kita tersalah sangka).

Kita masih ingat tahun 80an, kisah trajis Mokhtar Hashim. Undang undang mengatakan beliau bersalah membunuh Speaker DUN Negeri Sembilan. Supreme Court memutuskan beliau dihukum gantung sampai mati. Mokhtar Hashim mendapat keampunan dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuang Agung cuma penjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan dari Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung untuk dibebaskan.

Mokhtar Hashim sudah lama dibebaskan. Sila tanya dengan beliau sekarang ini atau pada isterinya 'benarkah Mokhtar membunuh?' Walau pun Mokhtar Hashim sudah bebas dari hukuman. Jawapannya adalah TIDAK. Isterinya dari perbicaraan pertama hingga keakhir 10 tahun suaminya dalam penjara, isterinya tidak pernah akui bahawa suaminya seorang pembunuh bila ada wartawan bertanya kepadanya. Begitu juga Mokhtar Hashim.

Konklusinya Mokhtar Hashim dihukum kerana jadi mangsa dari perundangan. Undang undang mengatakan ada "coroboration" walaupun beliau bukan pelakunya. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh isterinya sehingga sekarang ini. Kalau Saidatul mahu jadi isteri mithali, belajar lah dari isteri Mokhtar Hashim. Tapi kita fikir Saidatul BUKAN !

Monday, February 22, 2010

Anasir-Anasir Tidak Bermoral "Arahan Pihak-Pihak Tertentu" Tidak Mendapat Respon.






Pada perjumpaan Bertemu Rakyat bersama Presiden PKR, YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang berlangsung pada 21 Februari 2010 dan bertempat di Star City Convention Center, Kota Kinabalu, terdapat juga anasir-anasir negative yang cuba untuk menggagalkan program berkenaan.

Antaranya di kereta-kereta di sisipkan gambar-gambar Ketua Umum, YB Dato’ Seri Anwar dengan pelbagai bentuk teknik ‘super-impose’. Risikan kami mendapati anasir-anasir ini telah di dalangi oleh “pihak-pihak tertinggi dari Karamunsing, Kota Kinabalu dan Kepayan.

Mereka telah mengupah anak-anak pendatang tanpa izin berbangsa Filipina untuk menyisipkan risalah-risalah di kereta-kereta mereka yang hadir. Tidak cukup dengan itu, ada pihak tertentu yang sabotaj di dalam dewan perhimpunan. Ada tangan-tangan yang telah ‘dibeli’ sanggup menjalankan kerja-kerja terkeji dengan memotong wayar penghawa dingin di dalam dewan, akibatnya hadirin di dewan kepanasan.

Walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang ‘orang-orang tertentu’ lakukan, namun semangat kental para hadirin untuk mendengar amanat dan penjelasan kepimpinan PKR terus segar. Apakah orang-orang ini mengandaikan kepercayaan ahli-ahli PKR akan pudar setelah melihatkan risalah-risalah tidak bermoral ini ? Atau adakah orang-orang ini menganggap ahli-ahli PKR akan berkeluaran meninggalkan dewan kerana kepanasan ekoran tindakan mereka mensabotaj penghawa dingin di dewan ? Sebaliknya tiada seorang pun yang mengeluh !

Malangnya segala usaha jahat pihak-pihak ini tidak mendapat perhatian ahli-ahli PKR bahkan harus kita maklumkan bahawa 70% hadirin yang hadir di perjumpaan berkenaan kebanyakannya orang-orang UMNO yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Dato’ Seri Anwar.

Kerana itulah mereka hadir beramai-ramai bagi mendengar sendiri dan bersua muka dengan wanita yang selama ini merupakan tulang belakang kepada Ketua Umum PKR. Pada hari itulah mereka dapat melihat sendiri betapa kuatnya tekad ahli-ahli PKR di Sabah yang tidak gentar dengan apa sahaja halangan yang mereka lakukan demi kasihnya mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

WAN AZIZAH :-LAWAN TETAP LAWAN ITU SUATU "PERJUANGAN HAKIKI" RAKYAT



Oleh Halik Zaman

Presiden PKR semasa ucap taklimatnya di pejabat MPN PKR Negeri Sabah telah menyeru kepada kesemua saf kepimpinan PKR Sabah agar lebih mengutamakan kerjasama dan persefahaman yang lebih erat sesama sendiri. Bukan sahaja di peringkat kepimpinan, malah sehingga ke akar umbi.

Ini kerana menurut Presiden, tanpa perpaduan dan kerjasama yang baik dari setiap pemimpin dan ahli-ahli akan menyebabkan kelonggaran pentadbiran dan sekaligus menyukarkan lagi untuk kita mengapai kemenangan di PRU13 yang akan datang.

“Kita harus menjernihkan segala kekeruhan sebelum ini, ketepikanlah segala salah-faham, semaikan toleransi dan setiakawan sesama kita demi suatu kemenangan yang abadi bukan sahaja kepada PKR tetapi khasnya untuk setiap rakyat yang menyokong perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.” Ujar Dato’ Seri Dr Wan Azizah.

“PKR memerlukan kepimpinan yang lebih telus dan ikhlas kerana sejarah telah mengajar kita tidak semua yang berkilau itu berlian dan kerana itulah kita akan lebih berhati-hati dalam memilih kepimpinan dan calon-calon pada PRU13 yang akan datang diseluruh Malaysia.“ Tambah beliau lagi.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah juga mahukan suatu perjuangan telus yang terbitnya dari hati yang ikhlas dan jujur. Beliau mahukan setiap jurang yang terlihat akan segera di rapatkan dan setiap renggang yang ternampak akan segera di dekatkan supaya hasil kerja akan terlihat lebih berdinamik dan berdaya maju.
Begitulah pesanan Presiden PKR semasa memberikan taklimat di Pejabat MPN PKR Negeri Sabah baru-baru ini yang dihadiri oleh semua Ketua Ketua Cabang PKR Negeri Sabah.

"Saya bersyukur keazrat Allah swt bahawa PKR Sabah kini sedang menuju kepuncak kepercayaan rakyat, kita bersama sama menanamkan benih kepercayaan rakyat, Insya-Allah benih itu akan segar tumbuh dijiwa rakyat Sabah dan Pakatan Rakyat , Insya-Allah kita akan menang dalam PRU13 nanti. Terus berjuang--Lawan Tetap Lawan!!" . Seru Dato Seri Wan Azizah Presiden PKR itu

AHMAD TAMRIN BERI TAKLIMAT KEPADA PRESIDEN WAN AZIZAH

Oleh Halik Zaman:

Dato' Seri Dr.Wan Azizah diberi taklimat baru baru ini bertempat dipejabat PKR Negeri Jalan Bundusan oleh Ahmad Tamrin tentang kegiatan PKR Negeri dalam usaha mendekati rakyat antara lain beliau berkata :

Agenda kotor yang terancang ini di susun – atur sebaik-baiknya oleh UMNO/BN supaya lebih terlihat ‘lebih teratur’. Namun langkah UMNO ini seakan semakin kehilangan ‘magic’nya apabila kini telah terserlah beberapa fakta yang tidak logic kedengaran di sepanjang perbicaraan kes liwat berkenaan.

Sunday, February 21, 2010

Sepetang Bersama Presiden PKR


Oleh Halik Zaman

KOTA KINABALU – Majlis bertemu rakyat bersama Presiden PKR, YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail di Star City Convention Center, Kota Kinabalu berjalan dengan begitu sempurna. Majlis berkenaan anjuran bersama AMK Negeri dan Wanita Negeri Berjaya menghimpunkan seramai 700 orang ahli PKR di Sabah. Ada yang sanggup datang dari Semporna, Lahad Datu semata-mata ingin bersua muka dengan wanita srikandi PKR, YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Turut berucap mewarnai majlis petang itu ialah ucapan dari YB William Leong, Bendahari Agung PKR. Di awal ucapan beliau menarik perhatian dengan ungkapan ‘Bismillah’nya. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyentuh sedikit tentang pentingnya penjelasan menyeluruh ke seluruh akar umbi tentang perjalanan kes fitnah liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
YB William Leong juga menyatakan, sebagai rakyat Malaysia, kita harus bijak mengimbangi sesuatu maklumat yang diterima kerana ada pihak tertentu ingin benar melihat Anwar Ibrahim ‘jatuh dan tak bangun-bangun lagi.’

Turut berucap ialah Puan Faekah Hussin seorang peguam dan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR. Puan Faekah telah memperjelaskan dengan sejelasnya duduk-perkara kes fitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada hadirin.

Beliau juga telah menyentuh, bagaimana perjalanan perbicaraan yang agak ‘senget’ sebelah dan beberapa kenyataan Saiful yang tidak berasas dan logic. Beliau juga membicarakan tentang konsipirasi yang ingin melihat kejatuhan Anwar dan perpecahan perpaduan diantara pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Di akhir ucapan beliau, beliau menyeru ahli-ahli PKR untuk bersatu hati dan tidak mempercayai dakyah-dakyah ciptaan BN yang hanya mempunyai satu matlamat yakni menjatuhkan Anwar sekaligus mencerai-beraikan ikatan erat kita dikalangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Mengakhiri siri ucapan pada petang itu adalah ucapan dari Presiden PKR. Beliau menyatakan sebagai insan biasa, sedikit sebanyak apa yang di perlakukan kepada suaminya, Anwar Ibrahim terusik juga emosinya, di mana menurut beliau, kehidupan mereka sekeluarga banyak di habiskan di penjara dan mahkahmah.

"Sebagai isteri, sebagai anak anak dan sebagai bapa anak anak, kami begitu diaibkan dimata masyarakat, mereka sanggup menabur fitnah demi sebuah kuasa politik, kerana suami saya dianggap oleh para pemimpin UMNO insan yang boleh menggugat kedudukan mereka yang penuh kemewahan maka suami saya mereka jadikan 'kambing hitam' demi mengekalkan sebuah kuasa politik UMNO yang rakus". Jelas Wan Azizah dengan penuh emosi kesayuan dan syahduan. Dewan sunyi senyap. Sekali sekala terdengar esakan dari seorang wanita yang tidak diketahui siapa namanaya.

"Hati ini dihiris luka pedih dan para, bila keluarga kami diaibkan, bila suami saya seorang Islam yang tahu hukum hakam Islam yang tahu halal dan haramnya, dia dihina diabkan, muka suami saya diconteng najis lantaran sebuah kuasa politik "kill or to be killed". Kalau BN itu kuat, kenapa suami saya dijadikan mangsa rakus politik fitnah mereka? Kenapa kita tidak jumpa dimedan politik sahaja? Kenapa main kotor?". Dalam Wan Azizah tersenyum, jelas air matanya bertitik satu demi satu.

Namun demi PKR dan keluarganya, beliau bangkit dari segala kelemahan dan berjaya mengharungi segala dugaan yang mendatang. Oleh yang demikian, beliau ingin ahli-ahli PKR juga harus lebih kuat dan bekerja keras demi memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

Dato’ Presiden juga menyentuh isu-isu kalimah Allah, isu-isu kepala khinzir. Dato’ Presiden juga menyatakan terdapat pelbagai keraguan dalam isu kepala khinzir yang di letakkan di perkarangan masjid. Menurut beliau, seandainya perkara ini di lakukan oleh orang bukan Islam, mengapa dan kenapa kepala khinzir berkenaan dibalut dengan rapi dan di ikat dengan plastic dan kayu ? Ini bermakna kerja-kerja ini di lakukan oleh sekumpulan ‘misi rahsia’ yang tentunya orang Melayu sebab sudah pastilah ‘orang suruhan’ itu tidak mahu terpegang kepala khinzir berkenaan makanya kepala itu di ikat dan di bungkus dengan rapi.

Di akhir ucapan beliau, beliau meminta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PKR akan bekerja lebih kuat lagi demi menghadapi PRU yang akan datang.

Friday, February 19, 2010

Presiden PKR Tiba di KK Jam 5.45 PM ini (20-2-2010)


Ketibaan Dato' Seri Presiden PKR petang ini jam 5.45 diLapangan Terbang Tanjung Aru KK. Ahli ahli PKR yang hendak menyambut Presiden datanglah pada jam 5.00 petang ini ke Lapangan Terbang Tanjung Aru.

MAJLIS DATO SERI DR. WAN AZIZAH BERTEMU ANDA DI STAR CITY CONVENTION CENTER, KK. SUDILAH PANJANGKAN KEPADA SAHABAT HANDAI, KAWAN KAWAN DAN JIRAN JIRAN ANDA (dengan menggunakan FACEBOOK, SMS DAN E-MAil anda)

Program "BERTEMU ANDA" Bersama YBhg Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden PKRDi jemput hadir kepada semua ahli-ahli PKR, PAS DAN DAP (Pakatan Rakyat di Sabah) ATAU sesiapa yang sudi menyertai dalam program "bertemu anda" bersama Presiden PKR, YBhg Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 21 Februari 2010 (pada hari Ahad)

Masa : 1.00 pm

Tempat : Star City Convention Center, Kota Kinabalu

Anda semua adalah di jemput hadir di program "bertemu anda" ini. Harap maklum. Sila panjangkan makluman ini kepada sahabat handai anda, kawan kawan dan jiran jiran anda menerusi FACEBOOK, SMS atau E-MAIL anda.


Ahmad Tambrin Haji Jaini
Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah

Negara Luar Perlu Jaga Hak Asasi Anwar Ibrahim


Dari Kacamata Halik Zaman:

SEMUA pemimpin dunia faham perundangan negara masing masing. Semua negara menghormati perundangan Malaysia. Ia tidak perlu diyakini lagi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin, Anifah Aman dan Rais Yatim tentang perundangan yang di amalkan di Malaysia. Semua pemimpin UMNO boleh bilang "serah kepada mahkamah". Tapi rakyat bimbang wibawa mahkamah mungkin ikut telunjuk jejari ghaib?

Kes liwat Anwar, bukan sahaja rakyat Malaysia 'bilang' tetapi negara luar juga turut bilang ada ' politikal motif '. Kes liwat Anwar bukan bermulanya dari hospital ke balai polis dan ke mahkamah tetapi ia bermula dari pejabat Timbalan Perdana Menteri sewaktu Dato' Najib menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama kononnya Saiful datang berjumpa Timbalan Perdana Menteri untuk minta biasiswa Kerajaan, "masa yang sama dan tempat memohon biasiswa yang salah". Orang yang kurang waras sahaja dapat menerima alasan dari seorang yang gagal tidak cukup CGPA boleh mendapatkan biasiswa Kerajaan ditempat yang salah di Jabatan Timbalan Perdana Menteri di Putra Jaya. Bukan di Kementerian Pengajian Tinggi Putra Jaya?

Yang membuat keraguan wibawa perundangan Malaysia dimana document yang mensabitkan kes liwat Anwar tidak diserahkan kepada peguambela Anwar terlebih dahulu sebelum perbicaraan dimulakan. Cara demikian mungkin boleh menimbulkan keraguan rakyat terhadap perundangan Malaysia yang 'satu satu' masa boleh digunakan kuasa "executive" kalau memihak Kerajaan dan menolak kuasa "legislative" kalau tidak memihak Kerajaan seperti berlaku di Perak. Mungkin cara ini betul, tapi boleh membingungkan. Mungkin ia boleh meragukan?

Baru baru ini "Juara Lompat Malaysia' Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan di Kedutaan Australia, kita tidak dengar Perdana Menteri Najib mengutuknya? Kita juga tidak tahu perhimpunan dan tunjuk perasaan itu ada permit polis atau tidak? Seolah-olah perhimpunan itu mendapat 'restu dan mandat' dari pimpinan tertinggi Negara ini ?

Tetapi kalau Pakatan Rakyat yang menganjurkan perhimpunan aman, siap dengan tangkapan, berdiri berderet-deret FRU, siap dengan gas pemedih mata atau siraman air longkang untuk leraikan perhimpunan. Tragisnya. penuh lokap. Inilah perundangan Malaysia yang diragui oleh dunia.

Negara-Negara Luar bukan mencampuri perundangan Malaysia, tapi cuma Negara-Negara Luar mahu "hak asasi kemanusiaan" atau 'human right' mesti diberikan kepada Anwar Ibrahim. Malaysia perlu menghormati pandangan dari Negara Luar. Jangan sampai mereka tersinggung dengan tindakan "Wira Lompat Negara' Ibrahim Ali itu yang boleh menjejaskan hubungan perdagangan Malaysia tergugat kerana 'kita baru mulai belajar buat panadol sahaja' . Belum lagi boleh berdiri diatas kaki sendiri. Segala galanya mengharapkan bantuan dagangan Luar Negara.
Jangan nanti kerana 'aksi mau tunjuk lagak kuat seseorang', Negara dan rakyat yang menerima bahananya. Fikirkanlah sebaiknya

Thursday, February 18, 2010

PKR Sabah & PKR Penampang Chinese New Year Walkaround in Pekan Donggongan, Penampang






PKR Sabah & PKR Penampang Chinese New Year Walkaround in Pekan Donggongon, Penampang

PKR Sabah led by representative Dr. Roland Chia (State Treasurer) and entourage of more than 18 leaders did their Chinese new year walkaround in Pekan Donggongon.

The entourage were well received by the both the traders and also the consumers in both the shop houses and the weekly TAMU ground. Many of the traders in the TAMU ground complained of no sugar despite of assurance from the government that there is ample of sugar. One of the traders shouted the following “ SOMEONE MUST BE LYING OR CALLING IT BLUFF in Malay” - Bagaimana untuk cari makan & buat kuih untuk jual , jikalau gula pun tidak ada??

Also Present were Pakatan Sabah Youth Deputy Secretary– Patrick Chia, Penampang Youth Chief Ronny Ahanggai, Committee members – Brett Chua, Henry Liew, Ricky Hee, Felix Salayab, Bandu Simon and Stanlinius. Veteran politicians included Francis Lee, Smith Kodot, Mickey Jingki, Joseph Alex Chang, Joe Sulaiman.

Cabang PKR Tuaran Ke Tenghilan Buat Kebajikan




Laporan : Halik Zaman

TENGHILAN, 18 Februari 2010 – Cabang PKR Tuaran hari ini telah meneruskan lagi misi pemeriksaan kesihatan secara percuma yang di adakan di Tamu Pekan Tenghilan. Program yang bermula tepat jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung Tenghilan dan dikampung kampung yang berdekatan setempat.

Dua doctor yang bertugas, Dr Mervin George Mathew dan Dr Natassa Muhamad telah memberikan khidmat yang terbaik bagi memeriksa kesihatan penduduk kampung serta membekalkan ubat-ubatan untuk penyakit yang ringan.

Seorang penduduk kampung yang di temui berkata, beliau dan penduduk kampung amat berpuashati dan berterima kasih kepada kepimpinan Cabang PKR Tuaran di bawah kepimpinan Hj Ansari Abdullah dan krew Biro Khidmat Masyarakat PKR Tuaran kerana begitu perihatin dan mengutamakan kebajikan penduduk kampung.
“Kami berharap akan ada lagi program-program sebegini untuk orang-orang kampung. Terima kasihlah kepada PKR Tuaran.” Ujar Arshad, penduduk kampung Tenghilan yang tidak ketinggalan mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma disini.

Syabas juga di berikan kepada Penyelaras Biro Khidmat Masyarakat PKR Tuaran, iaitu sdr Mohammad Ezral Ansari yang Berjaya melaksanakan program ini dengan baik yang diselaraskan oleh AMK Cabang Tuaran.

James Lim dari AMK Cabang Tuaran memberi tahu pemberita bahawa semua kos ubat ubatan adalah disumbangkan oleh Cabang PKR Tuaran untuk sumbangan kepada para pesakit orang orang kampung disekitar Tenghilan dengan cara percuma.

Kata James Lim, Cabang PKR Tuaran membantu pesakit pesakit Tenghilan bukan bertujuan politik akan tetapi Cabang PKR Tuaran prihatin kepada kesusahan rakyat, begitu juga kata Dr. Natassa Muhammad kami buat kebajikan untuk rakyat apa yang terdaya oleh kami.

Wednesday, February 17, 2010

Datuk Kalakau Letak Keanggotaan UPKO, Tidak Setuju Dengan Dasar Barisan Nasional






Laporan Halik Zaman

TAMPARULI, 18 Februari 2010 – Mantan Timbalan Menteri Buruh Persekutuan, Datuk Kalakau Untol telah mengadakan sidang akhbar di Kelab Tamparuli, Sabah untuk mengumumkan perletakan jawatan dan keanggotaannya dalam parti UPKO dan Barisan Nasional berkuatkuasa hari ini.

Dalam sidang akhbar itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah di Sabah Economic Development Corporation (SEDCO).

“Saya percaya dengan kewujudan kerjasama para pemimpin parti-parti politik di luar Barisan Nasional iaitu Pakatan Rakyat akan melakarkan dan mewujudkan satu trend dan system dwi-parti dalam masa yang terdekat di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.” Ujar beliau.

Beliau menambah, “dengan kewujudan system dan trend politik sedemikian akan melakarkan trend politik yang lebih baik, ia akan memberi suatu pilihan yang jelas, pilihan yang lebih objektif kepada rakyat Malaysia. Saya percaya dengan perubahan itu, Negara akan lebih mendapat manfaat untuk menentukan suatu dasar yang lebih sesuai yang memberi manfaat kepada rakyat dan Negara.”

Datuk Kalakau juga menyatakan bahawa semua pemimpin dari Sabah sejak penubuhan Negara Malaysia iaitu 46 tahun yang lalu telah melakukan yang terbaik dan termampu untuk mempertahankan hak-hak Negeri Sabah dan memajukan Negeri Sabah, cumanya seperkara yang agak mendukacitakan dirinya ialah seperti yang diketahui umum bahawasanya pucuk pimpinan Negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan sejak dahulu lagi tidak begitu serius dan tidak komited dengan saranan-saranan serta tuntutan-tuntutan para wakil-wakil Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan pihak Kerajaan Negeri Sabah sendiri.

Beliau penuh yakin dengan kesepakatan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama saya hadiri yang telah diadakan pada 2009, di mana dalam konvensyen berkenaan telah memutuskan diantaranya bersetuju untuk menyemak semula kepentingan-kepentingan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak. Beliau sesungguhnya yakin agenda ini hanya dapat diselesaikan dengan pembentukan sebuah Kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Dengan berbekalkan keyakinan inilah, Datuk Kalakau Untol mengambil kata putus dan berhasrat menyertai Pakatan Rakyat demi merakyatkan dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang menyeimbangkan kepentingan rakyat Malaysia.

Menjawab satu pertanyaan dari wartawan kenapa beliau memilih PKR tidak memilih SAPP menjadi ahlinya, Datuk Kelakau berkata, " Masa kini saya belum menjadi ahli mana mana parti politik, tapi saya tertarik dengan halatuju Pakatan Rakyat untuk merakyatkan ekonomi negara, merakyatkan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat kalau Pakatan Rakyat memerintah kelak."

"Saya tidak ada apa apa masalah dengan parti UPKO tapi saya tidak setuju dengan dasar dan halatuju Barisan Nasional yang dikongkong oleh para pemimpin UMNO, maka itu salah satu sebab mengapa saya lepaskan keanggotaan saya dalam UPKO" Kata Datuk Kalakau menjawab soalan pemberita.

Bila diasak pertanyaan oleh para pemberita Kalakau menjawab, " Saya sangat yakin kepimpinan Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan kebanjiran PTI di Sabah jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat memerintah Kerajaan Pusat PRU13 nanti".

Datuk Kalakau Untol menafikan bahawa beliau meninggalkan UPKO kerana dipengaruhi oleh siapa siapa yang jelas katanya bahawa beliau tidak yakin dengan prinsip perjuangan Barisan Nasional, kata beliau setakat ini beliau belum bersedia menyertai mana mana parti politik. Beliau masih lagi "tunggu dan lihat".

Bercakap mengenai kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum sidang akhbar bermula, Datuk Kalakau berkata, "Semua orang tahu kes liwat Anwar telah dijadikan bahan mainan politik Barisan Nasional. Ini tuduhan yang kedua setelah mereka gagal dalam tuduhan pertama".

Turut hadir di sidang akhbar ini, Haji Ansari Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran. Mengakhiri sidang akhbar ini, beliau menjemput para wartawan dan hadirin yang hadir untuk suatu acara kemuncak bersama kepimpinan Pakatan Rakyat yang mana antara yang di jangka hadir, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Datuk Seri Hj Hadi Awang pada 28 Februari di Golden Hope, Tuaran.

Program Pemeriksaan Kesihatan Rakyat Anjuran Cabang PKR Tuaran




Dr Natassa sedang memeriksa penduduk setempat.

Laporan: Halik Zaman

Cabang PKR Tuaran baru-baru ini telah mengadakan satu program kemasyarakatan di mana Cabang PKR Tuaran telah menjayakan satu program pemeriksaan kesihatan secara percuma. Kempen kesihatan ini telah di jayakan bersama Dr. Natassa.

Menurut Ketua Cabang PKR Tuaran merangkap Ahli Majlis Kepimpinan PKR Pusat , Hj Ansari Abdullah, kempen ini bertujuan untuk memberikan khidmat kemasyarakatan di samping meyakinkan rakyat Tuaran, Tamparuli dan Kiulu bahawa tanpa PKR memegang tampuk pemerintahan, PKR juga mampu menyediakan khidmat kebajikan masyarakat secara percuma.

Program ini telah di adakan di Batu 24, bersempadan di DUN Kiulu dan Kundasang. Jika di lihat secara geografinya, kedudukan kawasan ini terletak agak jauh untuk penduduk setempat bagi mendapatkan rawatan kesihatan ke hospital Ranau dan begitu juga agak jauh sekiranya mereka ingin mendapatkan rawatan kesihatan ke Pusat Lesihatan di Tuaran.

Maka kerana itulah Cabang PKR Tuaran telah mengambil langkah inisiatif untuk menubuhkan biro kesihatan demi kebajikan penduduk di bawah naungan Parlimen Tuaran. Biro Kesihatan ini telah bergerak memulakan operasi kesihatan mereka dengan mengadakan program pemeriksaan kesihatan secara percuma dan memberikan ubat kepada rawatan sakit yang ringan.

Ramai penduduk yang hadir berpuashati dengan program kemasyarakatan ini dan berharap akan lebih banyak lagi program-program sebegini diadakan. Maka kerana inilah Cabang Tuaran akan memperluaskan skop program pemeriksaan kesihatan ini keseluruh kawasan di daerah Tuaran.

Menurut Ketua Cabang PKR Tuaran, memandangkan pihak Kerajaan jarang mengambil tahu hal-hal sebegini kepada penduduk dikampung kampung setempat, maka Cabang Tuaran bergerak mengadakan program-program sebegini demi untuk kepentingan penduduk setempat.

Demikian di maklumkan oleh Ketua Cabang Tuaran kepada krew Info & Komunikasi PKR Sabah.

Tuesday, February 16, 2010

KITA TIDAK MENJANJIKAN IMBUHAN DALAM PKR---ANWAR



Saya mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). KeADILan sejak mula adalah sebuah wadah kepada mereka yang berhasrat mendukung prinsip-prinsip perjuangan demi membawa Perubahan untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang kelompok terdesak yang sedar hegemoni mereka kini goyah dilanda kesedaran Rakyat. Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama KeADILan. Perjuangan ini menuntut kesediaan serta kesanggupan mengharungi tekanan dan cabaran.

Pada permulaannya antara cabaran yang kita hadapi adalah masalah kewangan. Kita tidak punyai banyak pilihan. Alhamdulillah pada PRU 2008 lalu kita tetap berjaya menampilkan calon-calon berwibawa dan berkelayakan.

Walaubagaimanapun sudah tentu ada di antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan KeADILan sekaligus mengecewakan hasrat Rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

Namun saya yakin kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha tidak mengulangi kesilapan sebegini di masa hadapan.

Kepimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan bahkan terdiri dari mereka yang tahan diuji serta setia kepada perjuangan ini.

ANWAR IBRAHIM

Program Bertemu Rakyat Bersama Presiden PKR


Semua Ketua Ketua Cabang PKR Negeri dan Ahli- Ahli MPN adalah dikehendaki hadir kemesyuarat Perhubungan Pimpinan PKR Negeri yang akan diadakan pada 21hb.Feb.2010 jam 10 pagi bertempat dipejabat Perhubungan Pimpinan PKR Negeri Jalan Bundusan Penampang. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Presiden PKR YBhg. Dato' Seri Dr.Wan Azizah.

Di maklumkan kepada semua ahli-ahli PKR dan Pakatan Rakyat di Sabah, satu program bertemu rakyat bersama Presiden PKR, YBhg Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 21 Februari 2010 (bersamaan pada hari Ahad)
Masa : 1.00 pm
Tempat : Star City Convention Center, Kota Kinabalu

Anda semua adalah di jemput hadir di program bertemu rakyat ini. Harap maklum. Sila panjangkan makluman ini kepada sahabat handai anda.


Ahmad Tambrin Haji Jaini
Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah

Monday, February 15, 2010

THAMBRIN:- BAIK KELUAR DARI JADI MUSUH DALAM SELIMUT

|
Oleh Halik Zaman

PAKATAN RAKYAT pasti memerintah Sabah seandainya kerjasama dan perpaduan lebih kukuh terjalin diantara para pemimpin dan ahli-ahli gabongan Pakatan Rakyat Sabah. Ahmad Tamrin menegaskan demikian di salah satu rumah terbuka Tahun Baru Cina hari ini. Beliau di minta mengulas tentang beberapa orang kepimpinan PKR yang keluar dari keahlian PKR baru-baru ini.

Ahmad Tamrin menegaskan bahawa 'perpindahan' keluar beberapa orang wakil rakyat dari PKR sebenarnya adalah suatu bonus kepada PKR kerana ianya terjadi sebelum PRU13, dan mereka yang tidak 'ikhlas' dalam perjuangan telah menampakkan 'belang'. Sekurang-kurangnya kepimpinan pusat PKR akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon yang akan datang. Thambrin menyindir "daripada mereka menjadi duri dalam daging, lebih baik mereka keluar sebelum bernanah".

"Kita ibaratkan mereka keluar dari PKR sebagai suatu proses 'pemutihan' dalaman PKR. Alhamdulillah, Allah swt tidak mahu mereka yang tidak ikhlas ini untuk terus bernaung di bawah perjuangan suci PKR dan Pakatan Rakyat sebagai musuh dalam selimut." Ujar Ahmad Tamrin lagi.

Ahmad Tamrin juga menyentuh kenyataan akhbatr Tan Sri Zetty Ahtar, Governor Bank Negara yang menyatakan Malaysia akan kehabisan wang simpanan negara. Menurut Ahmad Tamrin, banyak kemungkinan yang memangkin punca kita kehabisan wang simpanan negara kerana pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang membazirkan wang negara dengan tidak terancang perancangan kewangan terlebih dahulu.

"Bukan menuduh tetapi mungkin, tidak mustahil sekiranya kepimpinan UMNO dan BN menggunakan wang tersebut untuk 'membeli' pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat kerana BN akan berusaha sedaya-upaya untuk melihat Pakatan Rakyat berkubur" Tegas Ahmad Tamrin lagi.

Jika dilihat secara logikal, belum pernah terjadi kes kehabisan wang simpanan negara sebelum ini. Mengapa dan bagaimana ianya terjadi, hakikatnya hanya "mereka dan kuncu-kuncunya' sahaja yang mengetaui.

Menurut Ahmad Tamrin lagi, terlalu banyak pembaziran yang telah di lakukan oleh Kerajaan UMNO/BN. Banyak program-program yang hanya memberikan faedah kepada sebelah pihak dan ia sama sekali tidak menguntungkan rakyat. Banyak 'khabar-khabar angin' yang bertiup kesana-sini mengenai pemborosan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

"Kalau dah sekali main golf diluar Negara, berjuta ringgit di habiskan, jangan cakaplah bila bab membeli-belah. Seandainya benar, mengapa kita hanya melihat begitu sahaja wang rakyat Malaysia di belanjakan demi kepentingan seseorang ?" Sindir Ahmad Tamrin lagi,.

Hakikat kini, rakyat terpaksa menanggung beban ekoran pemborosan yang di lakukan oleh Kerajaan UMNO//BN. Adakah mereka sedar rakyat sedang menderita dek kenaikan harga barangan asas dan PM sendiri telah mengumumkan bahawa segala subsidi akan di tarik balik. Tidakkah perkara sebegini akan menambah beban dan sengsara rakyat Malaysia ?

"Seandainya benar akan dilaksanakan kenaikan harga petrol pada Mei nanti, di mana RON 95 akan di naikkan sebanyak RM3.70 dan RON 97 akan di naikkan sebanyak RM3.90, bukankah ini menjerat leher pengundi pengundi semua? Para pemimpin UMNO yang berjawatan memang tidak akan terasa apa-apa kerana Kerajaan tanggung mengisi minyak kereta mereka sepenuh-penuhnya. Yang menjadi mangsa adalah pengundi pengundi, rakyat yang menanggung segala mala-petaka yang UMNO ciptakan," Tegas Ahmad Tamrin lagi.

Ahmad Tamrin tidak menolak segala kemungkinan bahawa kenaikan kos sara hidup akan meningkat lebih tinggi lagi. Bagaimana rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka seandainya ini terjadi ? Bagaimana rakyat pedalaman dapat hidup dalam kesempurnaan sedangkan mereka terjerat dalam kenaikan harga barangan asas makanan ?

"Sebagai rakyat, kita harus bijak dalam memberi undi di PRU yang akan datang, Seandainya kita mahu anak cucu kita hidup dalam kesengsaraan, maka undilah BN, tapi jika kita inginkan kehidupan yang lebih baik dan terjamin maka barisan Pakatan Rakyat bersedia untuk merubah segalanya seandainya diberikan peluang dan ruang mentadbir Kerajaan Sabah khasnya dan Kerajaan pusat amnya." Ujar Ahmad Tamrin.

Jelas Thambrin, Pakatan Rakyat tidak expose formula meninggikan ekonomi rakyat yang dirancangkan oleh Pakatan Rakyat kerana akan tiba masanya Pakatan Rakyat beri tahu rakyat dalam manifesto Pakatan Rakyat kepada pengundi pengundi. Tunggu dan lihat sahaja akan tiba masanya yang sesuai.

Sunday, February 14, 2010

ABDUL RAHMAN DAHLAN NAK JADI HERO BAGAI KATAK BAWAH TEMPURUNG



Dari Kacamata Halik Zaman:


NAIB Pengerusi, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata tindakan 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang biadap dan kurang ajar.

Sambil mengutuk tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu yang disifatkan satu lagi sentimen ‘mentaliti penjajah’ yang tidak boleh lagi ditoleransikan dalam zaman sekarang ini, Abdul Rahman menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi budak suruhan Australia.

Pandangan sempit dari otak yang lembab boleh menghasilkan idea yang kurang sihat jika kita anggap 50 orang Ahli Parlimen Austarlia yang menyuarakan "hak kemanusiaan Anwar Ibrahim" disifatkan oleh seorang budak kelmarin yang bergelar "Datuk" sebagai biadap dan kurang ajar kepada Ahli Ahli Parlimen Negara Australia itu.

Anwar Ibrahim yang kurang mendapat keadilan di negaranya dalam tuduhan 'terancang' dari sebuah negara Islam seperti Malaysia punya hak menyuarakan kepada dunia. "Walau siapa pun akan berbuat benda yang sama kalau leher mereka dijerat oleh neraca yang berat sebelah ia mesti minta diselamatkan oleh dunia".

Misalnya Ang Su Kyi dari Negara Junta Myanmar pun mendapat simpati dari Malaysia dan Negara Negara Luar kerana ketidakadilan negara itu membuat tuduhan melulu dengan menggunakan undang undang Myanmar yang bertentangan dengan hak kemanusiaan untuk mendapat keadilan.

Semasa Datuk Seri Hamid Albar menjadi Menteri Luar Malaysia pun pernah juga berkunjung ke Myanmar meminta Ang Su Kyi dibebaskan dari tahanan, perlu kah rakyat Myanmar menganggap Hamid Albar sebagai biadap dan kurang ajar?

Semua Negara didunia pun punya perundangan tersendiri, tapi adakala undang undang negara itu dijadikan alat politik ia boleh melanggar "hak kemanusiaan" dan Negara Negara Luar berhak menegurnya.

Sebagai seorang Islam di Negara Islam seperti Malaysia Anwar Ibrahim juga berhak mendapat hak untuk dibicarakan di mahkamah Syariah. Dalam mahkamah sivil terlalu banyak alibi yang punya "kemungkinan" terjadi bahawa simen Dato Seri Anwar yang di ambil oleh pihak berkuasa Malaysia pada tahun 1998 yang berada dalam simpanan itu boleh dimasukkan kedalam dubur yang menuduh kerana dalam pemeriksanaan doktor swata dan doktor hospital Kerajaan sebelumnya mendapati tidak ada kecederaan didubur tertuduh.

Disebabkan Anwar Ibrahim seorang yang paling berpengaruh dalam politik Malaysia dan ia boleh menggugatkan politik Kerajaan, ia tidak mustahil tuduhan itu boleh "meragukan" rakyat bahawa "simen Anwar 98" itu digunakan kembali dan dimasukkan kedubur yang menuduh dijadikan sebagai bahan bukti utama?

Teguran Negara Negara Luar, Abdul Rahman Dahlan dengan angkuh dan tidak mahu negara luar campur tangan. Harus di ingatkan kepada beliau bahawa ekonomi Malaysia 70% bergantung kepada Negara Negara Luar.

Sedangkan Malaysia bergantung import perubatan dan peralatan perubatan pun datangnya dari Negara Barat, bukan itu sahaja perbagai keperluan rakyat Malaysia masih lagi bergantung kepada Barat. Bayangkan seandainya negara negara Barat mengambil serius 'pandangan' Abdul Rahman, bukankah itu akan berlaku suatu hal yang diluar jangkaan ?

Abdul Rahman mesti berpandangan jauh dan keluar dari "tempurung" bahawa Negara Australia adalah rakan dalam Commonwealth Malaysia, sebanyak sedikit Malaysia punya hubungan dagang dengan mereka, tidak molek Abdul Rahman terlalu celupar mengeluarkan perkataan kesat yang boleh menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan Negara tersebut.

Kita bimbang kalau semua Negara Negara Barat bersatu, pasal kes Anwar Ibrahim yang tidak mendapat keadilan yang seadil adilnya dianggap oleh mereka, Malaysia boleh dikenakan 'economy resunction' kerana di Barat lebih menitik beratkan soal "hak kemanusiaan" yang dicabuli oleh kuasa politik.

Perlu diingat, jika Malaysia ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan malapetaka, Malaysia perlu bantuan kemanusiaan yang berbentuk kewangan dan kebendaan dari Negara Negara Barat, kerana itu pandangan mereka perlu diambil kira. Mereka bukan nak mengajar itik berenang tapi sekadar mereka 'menyediakan kolam tempat itik berenang' Malaysia masih diangggap serba serbi kekurangan, ada kapal selam pun ala recondition kata orang Sabah "ampai ampai" dipelabohan Sepanggar.

Ingat bidalan Melayu pernah berkata, "Kerana pulut santan binasa kerana mulut rakyat celaka". Kalau 'celaka' itu pergi kepada seseorang individu sahaja tidak mengapa, kita khuatir 'celaka' itu akan turut di tanggung sama oleh rakyat Malaysia.

Kalau UMNO merasakan mereka di tempat yang benar, dan mempunyai segala eviden yang cukup kuat untuk menghukum Anwar, kenapa mesti mereka takut dengan pandangan negara luar ? Melainkan mereka hanya mempunyai 'bukti yang terancang' maka mereka punya segala hak untuk berasa takut, takut akan kebenaran yang akan terserlah. Hope it's not, but if it does, just think about the impact that UMNO may face !

Friday, February 12, 2010

DATUK JOHN GHANI SAMBUT ULANG TAHUN 60 PENUH EMOSI

Laporan Halik Zaman

KUALA PENYU - Datuk John Ghani Naib Pengerusi Pimpinan PKR Negeri baru-baru ini telah mengadakan suatu majlis non-politik, sempena sambutan majlis hari jadinya yang ke-60 bertempat dirumahnya diKuala Penyu. Di anggarkan seramai 1,000 orang yang hadir ke majlis berkenaan.

Menurut Datuk John, jemputan beliau merangkumi semua peringkat umur dan fahaman ideologi politik. Ramai pemimpin dari berbagai parti politik hadir di majlis tersebut termasuk Pegawai Daerah, pegawai pegawai Kerajaan Negeri dan Ketua Ketua jabatan Persekutuan.

Dalam majlis berkenaan, Datuk John telah mengingatkan setiap anak anak dan remaja agar lebih menghargai pengorbanan ibu dan bapa semasa hayat mereka masih ada. Beliau memberi nasihat kepada anak anak agr selalu tekun belajar demi masa depan mereka.

"Ibu dan bapa adalah suatu anugerah Tuhan yang amat berharga pada kita semua. Tanpa ibu dan bapa, kita tidak mungkin wujud di dunia ini. Oleh yang demikian, hargai dan sayangilah mereka semasa mereka masih ada. Kerana apabila mereka telah tiada, kita akan merasa suatu kehilangan yang amat berharga dalam hidup kita." Ujar Datuk John kepada hadirin yang hadir.

Beliau juga menyatakan rasa sedih beliau kerana ada terdapat anak-anak muda yang tidak pandai menghargai ibu bapa dan warga tua. Bagi mereka, zaman mereka yang lebih tua telah berlalu, kini zaman orang-orang muda. Maka kerana itulah terwujudnya rumah kenangan orang-orang tua kita.

Beliau juga menzahirkan rasa kesedihannya bila mengingatkan setiap warga emas yang menghabiskan usia mereka di rumah kenangan orang-orang tua. Padahal mereka ini mempunyai keluarga namun mereka mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kedua orang tua mereka. Mereka lupa segala jasa-jasa dan pengorbanan kedua orangtua mereka dalam membesarkan dan mendidik mereka.

Datuk John juga berharap, lapisan generasi muda yang akan datang akan lebih menitik-beratkan kasih sayang terhadap orang tua dan keluarga.

"Sayangi orang tua dan keluarga kita, kerana merekalah harta yang paling amat berharga bagi setiap insan." Ujar Datuk John mengakhiri ucapannya pada petang itu dengan penuh rasa emosi kerana beliau juga tergolong daripada orang yang sudah kehilangan orang tuanya.,

Thursday, February 11, 2010

THAMBRIN :-MUJUR LALU HARAM MELANGKAH KALAU MELINTANG BIAR PATAH

Laporan: Halik Zaman

KOTA KINABALU- Seluruh ahli ahli PKR diseluruh Sabah tidak akan merasa 'lemah semangat' dengan apa sahaja bentuk fitnah direka oleh musuh musuh politik Parti Keadilan dengan mengaibkan Ketua Umum PKR Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim, walau apa cara sekalipun seluruh warga PKR Sabah akan terus mengutuk dan menganggap ia sebagai satu cara 'musuh Keadilan' menabur fitnah semata mata mereka takut akan kalah dalam PRU13 yang akan datang.

Kenyataan medea yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Encik Ahmad Thamrin menyifatkan taktik kotor UMNO demi menggapai cita cita kotor mereka untuk mentadbir Kerajaan Malaysia sebagai 'hak milik' mereka selama lamanya, mereka sanggup buat apa sahaja untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Adalah salah kalau para pemimpin UMNO menganggap dengan mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim, isteri dan anak anaknya maka Parti Keadilan akan lemah malah perbuatan sedemikian akan menjurus lebih banyak simpati bukan sahaja dikalangan ahli ahli PKR malah keseluruhan rakyat Malaysia termasuk ahli ahli UMNO sendiri". Jelas Thambrin.

Kata Ahmad Thambrin lagi, " Walau apa sahaja bentuk keputusan Hakim Mahkamah yang membenarkan keaiban keatas Dato' Seri Anwar Ibrahim, ia dianggap bukan suatu keputusan muktamad, keputusan muktamad adalah simpati rakyat Malaysia yang akan tersurat dalam PRU13 yang akan datang".

Tambah Thambrin, "Keaiban lantaran fitnah yang dilemparkan dan di terima oleh Anwar dan seluruh keluarganya, paling jijik, paling hina yang datangnya dari manusia manusia 'riak kuasa' sehingga sanggup menjadikan Anwar sebagai korban fitnah demi mengekalkan sebuah kuasa maha zalim, sekalipun ia bertentangan dengan hukum Allah swt."

Sambung Thambrin lagi, " Fitnah, menjatuhkan maruah seseorang itu, dari manusia yang kotor akhlak, ia pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad saw lagi, maka tidak hairanlah kalau fitnah itu berlaku keatas Dato' Seri Anwar Ibrahim demi merebut sebuah kuasa. itu adalah mainan dari orang orang zalim yang kotor otak pemikirannya."

Kata Pengerusi PKR Negeri itu lagi, seluruh Cabang Cabang PKR dan ahli ahli PKR Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan fitnah musuh musuh politik Anwar Ibrahim dan seluruh ahli ahli PKR bersatu berdiri teguh, jatuh bangun bersama Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat. "Mujur lalu haram melangkah kalau melintang biar patah!! Itu lah azam dan semangat 'setia berkorban' ahli ahli PKR dan Pakatan Rakyat Sabah."

AHMAD THAMBRIN TEGUR SPR TIDAK MENGIKUT PERIDARAN ZAMAN



--Oleh Halik Zaman--

KOTA KINABALU-- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mengkaji semula peruntukan yang sedia ada yang sudah tidak 'relevan dan lapuk' masih lagi menguat -kuasakan umur remaja 21 tahun baru berhak untuk mendaftar nama sebagai pengundi yang sah.

Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah Ahmad Thambrin Haji Jaini menyatakan demikian dalam sidang media petang tadi menyatakan rasa tidak puas hati PKR Sabah bahawa SPR memandang sepi dengan permintaan Pakatan Rakyat agar remaja remaja yang berusia 18 tahun diberi hak untuk mendaftarkan nama dan mereka sebagai pengundi dalam PRU13 yang akan datang.

Kata Ahmad Thambrin, " Seperti di Indonesia, Thailand dan negara negara Barat remaja remaja yang berusia 18 tahun, mereka diberi hak untuk mendaftarkan nama sebagai pengundi, lain pula di Malaysia mesti berusia 21 tahun, ini sangat merugikan remaja remaja Malaysia jika PRU Malaysia diadakan setelah usia remaja remaja tersebut menjelang 20 tahun kurang atau lebih".

Bercakap mengenai Kerajaan UMNO/BN yang mahukan semua subsidi rakyat dimansuhkan pada bulan Mac tahun ini, Ahmad Thambrin berkata, " Kalau maksud yang tersirat diteruskan ia satu pukulan hebat kepada orang kampung, jangankan semua subsidi dimansuhkan, kalau subsidi minyak petrol sahaja pun dimansuhkan rakyat akan tanggung semua kenaikkan kos hidup rakyat yang kini pun menjadi bebanan orang kampung" . Jelas Ahmad Thambrin

"Kita tidak bertujuan untuk menjadikan masyarakat Sabah ini sebagai masyarakat subsidi, tapi kerana rakyat Sabah masih lagi ditahap miskin adalah tidak bijak untuk kerajaan mencari keuntungan atas keringat orang orang kampung yang mata pencarian mereka bergantung kepada hasil pertanian, nelayan dan peniagaan jualan sayuran kampungan cara kecil kecilan yang di ibaratkan kais pagi makan petang". Jelas Thambrin.

Tegas Thambrin lagi, " Kalau petrol, beras, gula dan semua permakanan harian rakyat di mansuhkan subsidinya seperti yang dilaporkan, kita pasti rakyat Sabah akan lebih teruk lagi dari rakyat Semenanjung, kerana pengangkutan ke Sabah adalah menggunakan pengangkutan laut dan udara, kosnya berganda ganda mahal'.

"Pilihan yang terbaik bagi rakyat seluruh Malaysia ialah menggantikan Kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat boleh mengatasi masalah kos hidup rakyat yang melambung tinggi dengan menggunakan hasil mahsul Negara untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dengan tidak menyalahgunakan wang Negara dengan tidak membuat jambatan bengkok, rasuah dan buat koridor yang tidak menguntungkan orang kampung". Janji Ahmad Thambrin