Wednesday, March 31, 2010

PEMIMPIN UMNO BUDAYAKAN ARAK DAN JUDI ?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

MENDENGAR kekecohan pendedahan eksklusif Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution, mengenai beberapa tokoh pemimpin UMNO yang bukan sahaja tokoh rebut kuasa, malah KETOKOHAN mereka dalam pelbagai aktiviti negatif, seperti tunggang arak, tokoh judi, tokoh tackle artis muda dan sebagainya.

Ketokohan mereka dalam menunggang arak bukan suatu perkara baru. Perkara ini telah lama diperkatakan dari dahulu, namun ianya tidak menjadi apa-apa kesan kepada orang Islam yang taksub kepada UMNO kerana apa sahaja pemimpin UMNO yang membuat kejahilan baik dari segi perundangan manusia mahu perundangan agama Islam kerana segalanya akan tetap di pandang MULIA bagi para penyokong UMNO.

Kalau pemimpin UMNO ini melanggar perundangan manusia, itu kita tidak hairan kerana memang sudah lumrah manusia yang senantiasa lupa akan peraturan yang mereka sendiri gariskan. Yang menjadi kesalan di hati kita ialah sanggup seorang pemimpin yang beragama Islam turun temurun melanggar perundangan yang di tetapkan oleh Allah swt.

Apakah mereka lupa atau sengaja melupakan apa yang dilarang dan terlarang dalam perundangan agama Islam kita? Adakah mereka tidak teringat atau sengaja enggan mengingati bahawa ARAK itu adalah HARAM bagi mereka yang beragama Islam? Tidak pula di ketahui adakah botol arak yang bercap tanda HALAL?

Cerita ini bukan suatu isu baru, sebenarnya isu lapuk. Dahulu, seorang pemimpin ‘utama’ UMNO dan isterinya telah didedahkan gambar mereka dalam keadaan agak mabuk dengan tin minuman keras di tangan. Apa yang berlaku? Di sebalik menjatuhkan pemimpin sebegini yang tidak mengamalkan unsur-unsur Islam dalam kehidupan mereka, pemimpin ini sebaliknya beliau diangkat menjadi salah satu PEMIMPIN UTAMA Negara ini. Hebat bukan? Beginilah kehebatan kepimpinan UMNO.

Hikayat terbaru, ada pemimpin UMNO yang menyimpan STOK minuman keras di pejabatnya, tidak cukup dengan itu dalam satu majlis sambutan ulangtahun perkahwinan salah seorang pemimpin muda UMNO, dihidangkan deretan minuman arak yang berjenama mahal untuk disajikan kepada hadirin. Molekkah itu? Persoalan ini saya serahkan kepada anda yang membaca untuk menilainya.

Apakah mereka alpa atau sengaja mengalpakan bahawa tugas mereka sebenarnya menjaga kepentingan rakyat yang mengundi mereka dan bukannya menjaga mesin-mesin slot judi sampaikan kerana terlalu sayangkan mesin slot judi ini sehinggakan mereka tertidur di pusat perjudian tersebut?

Tertawa seketika melihat ‘sesetengah’ ahli-ahli Parlimen UMNO yang terlompat-lompat macam cacing kepanasan bila mendengarkan ‘cerita’ dari ahli Parlimen Machang itu. Kenapa agaknya? Sudah tentunya, ‘siapa makan cili, dia terasa pedasnya?’

Perlu diingatkan kepada YB-YB UMNO, bukan semua sahabat handai dan saudara-mara kita taksub kepada anda kerana perkara-perkara mungkar yang terdedah ini TIADA mustahilnya datang dari sahabat-handai atau saudara-mara anda sendiri. Maka beringatlah.

Satu lagi budaya UMNO yang kian hangat diperkatakan di kampung-kampung, kononnya tidak sah menjadi ahli UMNO kalau ahli itu lupa mengamalkan budaya 'cium tangan'.

Kalau ada ahli UMNO yang 'mencium tangan' para pemimpin UMNO, dia dianggap oleh para pemimpin UMNO sebagai ahli UMNO yang setia kepada parti. Cium tangan itu juga dianggap oleh setengah ahli UMNO sebagai pelincir permohonan projek!.

Monday, March 29, 2010

NAJIB PUNYA GANDINGAN SEORANG PELAKON PORNO, CHUA SOI LEK - ITU NAMANYA UMNO.

Dari Kacamata Halik Zaman:



BEGITU para pemimpin UMNO sedaya upaya mengaibkan dan menjatuhkan imej PKR dan Pakatan Rakyat khasnya, begitu jugalah Allah swt membiarkan keaiban terpalit pekat kepada para pemimpin UMNO lantaran anak kandungannya "BN" yang dianggap sebagai anak 'sumpahan' sebagai pembawa SIAL BESAR kepada UMNO.

Di manakah letaknya kredibiliti para pemimpin UMNO dalam kes pemimpin MCA yang baru ini ? Haruskah para pemimpin UMNO berbangga kerana mendapat seorang rakan baik NAJIB yang tergelar HERO filem porno dalam gandingan Najib kearah kepimpinan 1Malaysia? Percaya kah orang orang Islam kepada BN bersama pelakon The Blue Filem handalan itu? Tidakkah para pemimpin UMNO sedar, bahawa imej MCA dalam BN sudah terpalit dengan ‘kekotoran personaliti’ yang secara terang dan nyata walau pun tanpa melalui proses mahkamah kerana si pelakon filem porno itu sendiri telah membuat pengakuan terbuka?

Kita akur beliau menerima kemaafan daripada isterinya, atas kesalahan ‘kotor’ yang di lakukannya. Akan tetapi bagaiman persepsi rakyat khasnya ahli-ahli MCA ? Mampukah mereka menerima seorang pelakon filem porno sebagai pemimpin mereka ? Sekiranya ada, itu hanyalah segelintir ahli-ahli yang merupakan ‘die-hard fan’ kepada beliau. Yang lain ?Jika di bandingkan undi mereka, seandainya di gabungkan kedua-dua undi pemimpin lain, sudah pasti ‘si pemenang’ ini tumbang, apa boleh buat berlakunya percaturan calon tiga penjuru di sini maka perpecahan undi berlaku. Mahu atau tidak MCA sekarang ini berhadapan dengan krisis imej SEKS ! Mesti di ingat, kerana nila setitik, pasti rosak susu sebelanga. Suka atau tidak, imej MCA kini telah hancur di mata masyarakat Cina khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan bagaimana pandangan orang orang Islam dalam UMNO pula?

Kes ini tidak ubah seperti kes rasuah Khairy Jamaludin dan Ali Rostam. Walau ternyata mereka di dapati bersalah, namun kedudukan mereka dalam parti dan kerajaan tetap terpelihara, malah di angkat ke satu kedudukan yang lebih baik dan selesa. Apa nak di hairankan kerana segala dalam UMNO/BN walau ianya SALAH DAN HINA, tetap di pandang MULIA. Ini lah budaya UMNO yang harus dikeji.

Terkini, Ibrahim Ali dan mahagurunya, Dr Mahathir memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk memartabatkan rakyat Malaysia sebagai Melayu, namun usaha gigih mereka kini terserlah kelihatan menuju jalan buntu. Sindir menyindir berlaku kerana Sultan Selangor enggan merasmikannya. Ibrahim Ali lupa sindiriannya itu boleh dianggap derhaka juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia.Kepada Tun Mahathir, "sudah sudah lah tu" bawa bertenang. Jantung yang penat itu bawa berehat, nanti melarat teruk pula. Cukup lah peninggalan mu kepada bangsa Melayu dua butir 'Menara Berkembar' yang jadi kebanggaan mu, silap langkah akan dilupa oleh orang Melayu. Kerana Melayu UMNO cepat lupa akan jasa mu.

Ibrahim Ali amat maklum akan masa hadapannya yang akan menghadapi jalan sukar untuk menggunakan label PAS mahupun Barisan Nasional untuk bertanding di PRU 13 kelak. Oleh yang demikian, beliau memberikan sepenuh komitmennya untuk memperkasakan Pertubuhan PERKASA. Dengan harapan PERKASA mampu popular dan beliau mungkin akan berdiri sebagai calon BEBAS dengan berpanjikan PERKASA. Buat Ibrahim Ali PRU13 sayonara kepada politik Malaysia.

Begitu juga dengan 4 orang pengkhianat PKR yang sekarang telah bergelar wakil rakyat 'KEBAS'. Mereka sebenarnya mungkin telah memasuki alam ‘senile’. Mereka lupa mereka telah di hadiahkan undi atas dasar PKR. Kita tidak percaya mereka mampu meraih apa yang mereka nikmati sekarang ini seandainya mereka bertanding atas landasan BEBAS, jauh sekali BN kerana quality politik mereka tidak stabil. Maka wajarlah rakyat menggelarkan diri mereka sebagai wakil rakyat 'KEBAS'. Tak kanlah mereka tidak KEBAS sebelum terima jadi penghianat PKR?Rakyat telah memberikan mereka undi kerana kefahaman dalam PAKATAN RAKYAT dan bukan kerana individu itu sendiri. Benarlah seperti kata bidalan, seperti kacang lupakan kulit. Mereka terus menjadi BUTA HATI apabila di layangkan $$$$$$$$$$ di hadapan mereka dan kerana $$$$$$$$$$ itu jugalah mereka sanggup menjadi ‘pembunuh’ kepada karier politik mereka itu sendiri.

AHMAD TAMRIN: 500 AHLI AHLI UMNO BUKIT GARAM SERTAI PKR

Laporan Halik Zaman:

Pengerusi MPN Negeri Sabah Ahmad Tamrin hari ini telah di maklumkan bahawa Cabang PKR Kinabatangan telah menerima penyertaan masuk seramai 500 orang ahli ahli baru terdiri dari ahli ahli dari Cawangan Cawangan UMNO disekitar Kinabatangan. Penyertaan beramai-ramai ini ekoran rasa tidak puas hati masyarakat setempat dengan Wakil Rakyat UMNO yang mewakili kawasan berkenaan tidak mahu turun padang membantu mengatasi masalah kemiskinan kami.

Menurut mereka yang telah menemui Encik Ahmad Tamrin semasa beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kinabatangan di Bukit Garam, bahawa "UMNO/BN telah pun memerintah negeri Sabah hampir 16 tahun, namun mereka tidak nampak apa-apa keberhasilan yang memihak kepada rakyat pedalaman selain keberhasilan yang lebih terarah kepada poket dan kepentingan para pemimpin UMNO itu sendiri."

Kata salah seorang kuat Cawangan UMNO disini, "Banyak perkara yang tidak menyenangkan hati rakyat Kinabatangan Rakyat Sabah di ibaratkan mengemis hak mereka sendiri. Beberapa kepimpinan terdahulu selain dari UMNO ada juga memperuntukkan pembahagian tanah kepada rakyat Kinabatangan, namun apabila UMNO/BN mengambil alih tampuk pemerintahan, kemudahan ini tidak lagi mereka nikmati. Banyak lagi permasalahan yang tidak di tangani di Kinabatangan yang telah di kenal-pasti."

"Penduduk setempat berhasrat perkara-perkara sebegini dapat di atasi seandainya Pakatan Rakyat mampu menumbangkan dynasti para pemimpin UMNO di bumi Sabah ini. Kelelahan menantikan pembaharuan yang sering di canangkan oleh para pemimpin UMNO sebenarnya hanyalah omong kosong. Rakyat pedalaman terus-menerus sengsara, manakala para pemimpin UMNO megah mempamerkan kekayaan dan 'dua tiga isteri-isteri jelita' mereka, kami dibuat bagai jambatan bila lalu tongkat dibuang." Merungut seorang ibu kesal.

Mereka juga menyimpan penuh pengharapan yang amat tinggi terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membaik-pulih scenario ekonomi dan melaksanakan kemajuan untuk penduduk pedalaman yang saban hari mendambakan pembelaan dari kepimpinan yang telah mereka undi namun penantian mereka senantiasa berakhir dengan kehampaan.

Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sdra Ahmad Tamrin dalam ucaptamanya bersama rakyat Kinabatangan mengatakan, " PKR senantiasa menghulurkan tangan terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai perjuangan PKR, matlamat PKR untuk memperbaiki keadaan hidup rakyat yang selama ini dilupakan dan membina masa depan rakyat menuju kearah suatu destinasi perubahan hidup rakyat yang cemerlang."

"Rakyat semua harus membuka minda menuju kearah masa depan yang lebih ceria daripada kepompong sempit dibawah ketiak para pemimpin UMNO dan kroni kroninya yang membolot segala projek demi diri demi kroni dan khadam khadam para pemimpinnya, kalau dalam PKR tidak ada kroni, tidak ada khadam dan para pemimpin PKR berkhidmat untuk rakyat." Bidas Tamrin dengan penuh semangat.

Ahmad Tamrin mengucapkan tahniah kepada Cabang PKR Bukit Garam Kinabatangan yang berkerja kuat dan mengucapkan tahniah kepada 500 orang ahli ahli UMNO yang menyertai PKR kerana kesedaran mereka.

Sunday, March 28, 2010

LAWATAN AHMAD TAMRIN KEPANTAI TIMUR GUGAT KESTABILAN UMNO



Laporan Halik Zaman

Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah, Encik Ahmad Tamrin Hj Jaini, telah merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Tawau di bawah kepimpinan Datuk Kong Hong Ming.

Pada sebelah malamnya, telah diadakan satu pejumpaan ceramah politik bersama rakyat di Balong, Tawau. Perjumpaan ini telah berjaya menghimpunkan ramai hadirin terdiri dari orang orang muda yang berminat untuk mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa dan halatuju PKR dari kepimpinan PKR Sabah.

Di perjumpaan ini , masyarakat Balong telah di perjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai susu-galur sebenarnya segala isu-isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat memandangkan UMNO/BN telah banyak menaburkan fitnah dan propaganda yang negative terhadap Pakatan Rakyat, maka perjumpaan sebegini dapat memberikan kefahaman sebenarnya kepada rakyat.

Dalam ucaptama Pengerusi Pimpinan Negeri Encik Ahmad Tamrin mengucap syabas kepada Cabang Tawau kerana keberhasilan perjumpaan ini yang begitu mendapat sambutan hebat dan cemerlang dari rakyat Balong dan daerah Tawau.

Satu perjumpaan bertemu rakyat telah di adakan di Silam Lahad Datu dalam usaha mendekati rakyat Silam. Perjumpaan ini telah berjaya menarik ribuan rakyat Silam dan juga beberapa orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO juga telah di kenal-pasti turut hadir mendengarkan ceramah dari kepimpinan PKR Sabah. Ketua Cabang Silam. Sdr Johani Abd Halim telah mengambil satu inisiatif bernas dengan menganjurkan perjumpaan berkenaan.

Lebih kurang 10 orang Ketua Ketua Cawangan UMNO yang turut hadir "yang tidak mahu nama mereka tersiar" disini turut memuji halatuju PKR begitu mengkagumkan dimana selama ini mereka digambarkan oleh para pemimpin UMNO Sabah bahawa PKR adalah sebuah parti yang merugikan kaum Bumiputera tapi sebaliknya kalau kita dengar dan perhatikan betul betul bahawa sebenarnya pemimpin kamilah dalam UMNO cuma menolong dan mengayakan kroni mereka sendiri sahaja. Betul lah tuduhan para pemimpin PKR selama ini. Ini adalah kenyataan dari Ketua Ketua Cawangan UMNO Silam.

Kehadiran yang amat menggalakkan merupakan satu tanda aras akan bertambahnya minat rakyat Sabah amnya dan rakyat Silam khasnya terhadap perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa tafsiran pemimpin UMNO/BN terhadap Pakatan Rakyat ternyata sama sekali meleset. Kehadiran yang begitu membangkitkan semangat jelas membuktikan segala andaian UMNO/BN hanya tinggal andaian sahaja. Syabas Cabang Silam kerana berjaya menganjurkan perhimpunan yang sangat berjaya.

Pada pagi Isnin, jam 10.30 am, Pengerusi MPN Sabah dan rombongan berangkat ke Bukit Garam, Kinabatangan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Cabangan Kinabatangan.

Pada jam 2.00 pm, Pengerusi MPN akan merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Batu Sapi dan seterusnya satu perjumpaan bersama rakyat akan di adakan di Batu Sapi. Semua ahli-ahli PKR dan rakyat Batu Sapi adalah di jemput hadir.

Thursday, March 25, 2010

PATUT KAH AL-QUR'AN itu TEMPAT BERSUMPAH?


Halik Zaman
Islam UMNO sangat GHAIRAH ajak bersumpah Al-Qur'an kepada Anwar Ibrahim bahawa dia TIDAK meliwat. Masalahnya ada kah JAMINAN mahkamah kalau Anwar Ibrahim BERSUMPAH Al-Qur'an bahawa kes-nya itu mahkamah akan tarik kembali? Kalau kes liwat itu TIDAK ditarik juga oleh mahkamah, ini bererti SUMPAH Al-Qur'an itu hanya jadi... mainan politik sahaja. (Al-Qur'an bukan untuk tempat bersumpah seperti yang dibuat oleh Ibrahim Ali Pendek dalam Parliment baru baru ini).

Adzman Hedra
Adzman Hedra

tujuan quran diturunkan untuk dibaca dan dihayati... bukan untuk dibuat bersumpah... sumpah guna kitab ni budaya nasrani...

Shathish Irwan
Shathish Irwan

saya amat setuju bahawa AL-QUR'AN telah menjadi bahan mainan di Malaysia bagi pemimpin -pemimpin politik.

Mohd Zakaria Mandalam
Mohd Zakaria Mandalam

Masuk mahkahmah bagi statement pun kita pakai Al-Quran

Sidu Edin
Sidu Edin

Ulama dunia kasi nasihat DSAI agar jangan main sumpah-sumpah. Nanti dalam kubur dihimpit tanah dan didatangi cacing sebesar batang kelapa.

Ansari Abdullah
Ansari Abdullah

Kalau semua sanggup bersumpah~hakim dan peguam menggangur ditepi jalan kerana mahkamah dan pejabat kena tutup...penjara pun kosong bila semua banduan berani bersumpah yang mereka tidak bersalah...baik juga cadangan braim ali tu.

Halik Zaman
Halik Zaman

Mohd......Itu zaman dulu, zaman sekarang cuma angkat tangan sahaja. "Aku bersumpah apa yang saya cakap semua betul, tiada yang tidak betul, melainkan betul".

EgAponi Anis
EgAponi Anis

kah kah kah..alamtnya ezam,berahim katak,zul bapok,zaharin gemok akan jadi org yg paling gembira sebab dgn bersumpah mampu menyelamatkan leher ketuanan melayau.....najib akan jadi kepala sumpah....sumpah dalam masjid lagi berbaloi sebab di kira sabagai bena

Halik Zaman
Halik Zaman

Mula mula mahu jadi calon "Mereka" ini puji menggunung dengan DSAI, bia menang jadi YB, jika permintaan mereka tidak ditunai "Mereka" maki melangit dengan DSAI.
Manusia seperti ini lah dikatakan tidak bermoral tidak bermaruah. Anjing lagi baik.

Ansari Abdullah
Ansari Abdullah

Presiden PERKASA ingat AlQuran diturunkan untuk diguna pakai semasa bersumpah...bukan sebagai rahmat dan panduan kepada SEMUA insan.Semasa pilihanraya kecil bertanding sebagai calon bebas hilang deposit!!!Lepas itu pura-pura sokong PAS supaya boleh jadi MP~sekarang hentam PR...ini "nang butinang kui butukui" punya YB.

AmbroseMail Mathew
AmbroseMail Mathew

Betul tu Haji..Ibraim Ali ni kena gelar kudatembaga bah..

Mohd Din M
Mohd Din M

Sangat setuju tu,jenis kaki lompat parti ni n istihar bebas ni patut di hukum.. n ajar teruk2...bagi harimau makan je tu hukuman masa zaman raja2 dulu biar dia sedar...dah lah kuar kutuk lak parti yang dia cari makan dulu tanggung anak bini. tak sedar ke dia.... siapa guna siapa jika dah ikhlas sgt n baik sgt kenapa tak dedah dari awal lagi bila dah keluar parti yang tak boleh bagi projek baru kutuk ,dulu semua elok... org macam ni pegi mampus dok parti mana2 pun tak senang.

Jojo Johani
Jojo Johani

Kawan2 jgn la dengar lagi kata2 Ibrahim Ali tu..dia tu siput omang2..kalau tk guna lambng PAS kempunan jadi YB...itu kalau zaman Nabi s.a.w. suda lama babau di potong lidah nya...atau kata lain dia tu MUNAFIK yg nyata...mana ada jalan org MUNAFIK sebut pasal Al Quran...kan?

Emma Wangi
Emma Wangi

Sudah2 le mengutuk sesama sendiri... yg rugi sendiri juga bkn org lain... kalau org islam membaiki sesama islam bukan kutuk mengutuk...

Merline Dwi Saputri
Merline Dwi Saputri

I m agree...buat UMNO sumpah hanya permainan, banyak dah contoh yg terjadi tak payah jauh2 saiful buat sumpah di masjid, ternyata semua set up, ustadz tu buat pengakuan trus kn buang keje....sbb bg tau tiada sebarang bukti liwat....doctor yg buat visum pn hilang...

Halik Zaman
Halik Zaman

Emma Wangi..... Pada kami you kata sudah sudah lah mengutuk itu. Seolah olah kami yang duluan mengutuk. Tiap malam si-penghianat parti PR itu mengutuk ngko tak marah pun.

Mereka guna tiket PKR dan PAS untuk menang, mereka keluar jadi bebas. Mereka ini adalah pengkhianat kepada pengundi atas tiket parti.


Tuesday, March 23, 2010

PENDAPAT DARI RAKYAT SABAH TENTANG UMNO

Adey Liun
Adey Liun

UMNO sudah kehilangan momentum dari isu kepala babi,bakar gerija dan sekarang masalah raja lah pula.Nampak gaya semua umpan mereka ini tidak mendapat reaksi dari rakyat malahan rakyat menyelahkan BN kepada semua perkara ini,senjata makan tuan.
Jangan hairan dengan Pak Ibrohim tu,berlagak ganas konon nak tarik hati PM supaya jadi calon UMGOK nak sambung talian hayat politiknya.

Hasmin Azroy Abdullah
Hasmin Azroy Abdullah

Tapi mungkin pendedahan Zahrain itu ada benarnya sama ada, ada hitam putih atau tidak. Mungkin boleh kita fikirkan sejenak betapa kemaruknya kuasa untuk memerintah sehingga menghalalkan segala cara...Waima membuat pembohongan demi meyakinkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku... Saya rasa, kata-kata Zahrain itu ada asasnya sekalipun tanpa bukti hitam putih.Lagi pun mereka ini kan kawan rapat
Halik Zaman
UMNO adalah sebuah Parti politik dinasti. Kalau Najib bersara yang ganti tentu Hishamuddin Tun Hussain, lepas itu Mukhriz ganti, lepas itu anak anak mereka pula akan ganti. Jadi, UMNO itu memang betul lah parti orang orang elit.
Bro Joemusa
Bro Joemusa

betul bah...yang lain tu terikut-ikut tanpa mengkaji sejarah tu bikin apa, generasi muda sudah dapat mengkaji tetapi generasi tua masih lagi, keluar saja dari UMNO dan BN beramai-ramai dan selamatkan Malaysia dari terus hancur demi Rakyat dan Negara.

EgAponi Anis
EgAponi Anis

itu kalau dia memerintah lagi...kah kah kah....kalau pakatan memerintah baru lah masalah elitis ni kita boleh kawal..bukan tak boleh pewaris mewarisi kepimpinan tapi kalau waris pada hisham handbag,apa barang tuan.

Nurhidayat Nuruslan Parman Noyodikromo
Nurhidayat Nuruslan Parman Noyodikromo
Sayangnya USNO telah tiada.

Hasfizal Hj Guldam
Hasfizal Hj Guldam

DULU KINI DAN SELAMANYA tu Tuan, tu pasal kesian dengan MP-MP BN yang lain diorang berhabisan berjuang dalam UMNO tapi DULU KINI DAN SELAMANYA dalam BN jadi MP saja Terutamanya MP Sabah & Sarawak jangan Beranganlah Mahu Jadi Walau TPM HAHAHA ,,, KASIANNN!!!! Kata P Ramlee.

Anak Sheikh
Anak Sheikh

Di Sabah pun udah ada udah budaya ni..bapa ketua bahagian..anak ketua pemuda..kalau ndak silap la..hee3

Abd Karim Abd Rashid
Abd Karim Abd Rashid

Ta ada peluanglah ni kalau gitu..

Halik Zaman
Halik Zaman
Biasanya Ketua AMK Cabang menang bertanding. Kalau anak Ketua Bahagian bertanding menang dan mahu berkerja bagus juga tapi daripada dilantik jawatan sanggup terima, buat kerja dia tak mahu. Apa macam? Bagus kah?

Zulkarnain Ibrahim
Zulkarnain Ibrahim

impian sya nak tenguk parti selain bn tmemerintah malysia.entah bila jadi kenyataan...dah 53 thn BN perintah malaysia xsiap2 lagi projek xkan itupun rakyat xnampak..

Ansari Abdullah
Ansari Abdullah

Di Sabah pun banyak dinasti politik, terutamanya dalam BN.

Sagid Mongulintad
Sagid Mongulintad

Memang betul.... mari kita tukar kerjaan yang baru PRU 13 Kerajaan Pakatan Rakyat


Apa kah orang muda masih mahu bergantung lagi kepada UMNO? Sedangkan UMNO bukan dari citarasa orang muda. Kerana UMNO sudah dianggap oleh orang muda sebagai sebuah parti yang sudah EXPIRED.
Jebat Pembela
Jebat Pembela

bukan sahaja EXPIRED,,,tetapi juga sudah ketingalan zaman,,,sudah tidak releven untuk anak muda bukan sahaja itu malah warga emas juga sudah muak dengan perangai pemimpin umno yang rakus tamak haloba.

Hasfizal Hj Guldam
Hasfizal Hj Guldam

Betul tu Tuan , UMNO tidak berapa pandang dengan Generasi Muda UMNO lebih suka Orang Lama Dulu Kini Dan Selama nya Diorang-diorang Ja kalau Boleh,, Ya dulu Org Kampung pedalaman boleh lah ikut saja apa BN kasi makan tapi Generasi muda yang Asal Dari Kampung nie sudah Pandai Menilai "AWAS!!!!! FOR UMNO" heheheh maaf tuan kalau salah tapi ini lah yang saya nampak dari ramai generasi Muda


ANWAR IBRAHIM digeruni oleh puak puak UMNO dalam Parlimen. NAJIB dan semua Wakil Rakyat UMNO memang tidak suka ANWAR IBRAHIM berada dalam Parlimen. Wakil Wakil Rakyat UMNO dan NAJIB suka TIDUR dalam Parlimen. NAJIB cari jalan gantung ANWAR maka Ibrahim Pendek Ali (3 1/2 kaki ) pun lompat lompat dalam Parlimen.

Hasfizal Hj Guldam
Hasfizal Hj Guldam

Mungkin MP UMNO nie Otak Udang dan takut bila di Soal oleh MP PR,, Maklum lah Kalau MP UMNO nie Tidak "CHAS" @ charge dulu Sebelum melaku kan tugas mereka Ndak Ada Idea tu,, heheheh MINUM-MINUM dulu @ Main Dulu ka Baru Ada Idea kan,,,

KESIAN RAKYAT KOTA BELUD, TIADA ORANG MUDA YANG PANDAI JADI WAKIL RAKYAT. MUSA AMAN TERPAKSA IMPORT DARI TUARAN DATUK RAHMAN DAHLAN MEWAKILI AHLI PARLIMEN KOTA BELUD.

Albert Polinoh
Albert Polinoh

Dia asal usul KB juga tu, cuma kena kasi chance sepanggal berkhidmat disana, PRU13 dia nak try pula Sulaman kawasan yg pernah diwakili bapanya dzaman USNO, Mana tahu ada chance jadi KM.

Pak Faisal Ks
Pak Faisal Ks

He quoted the wrong parliamentary order?

Hasfizal Hj Guldam
Hasfizal Hj Guldam

Saya Tersangatlah setuju dengan komen diatas , .. tapi nex PRU dia mungkin nya'un sudah tu sebab kami pun kurang mengenali siapa dia ini Rahman Dahlan

Albert Polinoh
Albert Polinoh

PRU13 nanti Dtk Salleh mahu balik MP Kota Belud maka Dtk Rahman kena lah pindah ke Sulaman atau MP Tuaran
Zulimran Nasution Abdullah Omar
Zulimran Nasution Abdullah Omar

Sudah ada ke senarai calon utk bertanding di parlimen for Sabah? Harap2 penilaian dari masa ke semasa pastikan diorang jalankan tgjwb dgn amanah... Sabah akn bersama PP, Sgor, Kedah n Ktan dlm prya nnti, insya-Allah...

PENDAPAT RAKYAT SABAH TENTANG UMNO

Mana mungkin kami orang orang veteren BERDOSA kerana kami sudah beri tahu kepada orang-orang muda bahawa UMNO/BN perlu ditukar pemerintahannya dalam PRU13. Kalau orang-orang muda bersetuju sila daftar nama sebagai pengundi. Kamu tolak UMNO/BN yang sudah EXPIRED itu. KAMU adalah pemimpin masa depan Malaysia.

Md Hamzah Amat
Md Hamzah Amat

saya suka statement diatas.

Hasfizal Hj Guldam
Hasfizal Hj Guldam

Semestinya UMNO BE END ditolak.

Haji Wahab Timpai Baigon
Haji Wahab Timpai Baigon Macam mana di Ranau panas kah Umno, Upko, PBS? Ada PR ka?

tolong cerita sikit.

Halik Zaman

Haji Wahab....Dimana mana sahaja, saham UMNO/BN sudah jatuh keparas bawah sekali. Semua usaha UMNO/BN untuk memulihkan imej-nya gagal malah lebih bertambah busuk, buruk dan bernanah. Cuma kroni sahaja yang suka UMNO.

Abd Karim Abd Rashid
Abd Karim Abd Rashid

Waaaah dasyat tu.

Jeffrey Sipawon
Jeffrey Sipawon

hahaha sudah sampai tahap expired!!! kalau macam tu kasi free pun orang nda mo suda... alaa..laa.laaa cian betul oooo!!

Emma Wangi
Emma Wangi

kalau tengok cara2 org berpolitik yg suka menyalahkan, memburuk-burukkan antara satu sama lain... mcm malas nak daftar jadi pengundi....

Mohd Serman
Mohd Serman

Kalau kita semua malas berpolitik, alamatnya masa depan negara, negeri terutama masa depan kita Akan hancur.. Itu perumpamaan yg Be-End ini sdh rusak teruk.. Umpama kalau Luka sdh jadi cancer bukan lagi benanah..

Jeffrey Sipawon
Jeffrey Sipawon

alaa..laa..laaa... mo bediri pun pakai tongkat itu pun tongkat orang lain,mo jalan pun nda boleh bejalan pun pakai bahu orang juga oooo... cian Be-End.