Thursday, February 25, 2010

SAIDATUL BAD, BERLAGAK "MACAM ADA PENGALAMAN?"


Dari Kacamata Halik Zaman

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan. Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.

Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami. ( Utusan Malaysia tajuk "Insaflah Wan Azizah--Saidatul Badru 26-2-2010).

Kita menjadi musykil di hati, yang Saidatul ini beria-ia dan jadi tukang sibuk, minta Dato' Seri Dr. Wan Azizah berbuat demikian itu kenapa ? Apakah ada 'imbuhan lumayan' menanti di atas kesungguhan beliau untuk merendahkan maruah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarga ?Saidatul mengasak pemikiran Dato' Seri Dr.Wan Azizah supaya bercakap bohong. Alangkah berdosanya beliau kalau tuduhan itu cuma sebuah fitnah yang 'berbau politik'. Apa motif Saidatul?

Saidatul sedar atau tidak bahawa penyokong PKR di Sabah sejak dari dahulu telah mencurigai keikhlasan dirinya menyertai PKR? Mana tidaknya, suami beliau adalah rakan baik Najib. Masuk akalkah suami baik dengan Najib, isteri sokong PKR ? Dari sana dah terserlah 'sumbangnya' penglibatan beliau dalam PKR.

Kita nak tanya, siapa yang berlakon Saidatul atau Kak Wan ? Sekurang-kurangnya perjuangan Kak Wan suci dan murni, perjuangan Saidatul ? Hanya lakonan semata-mata. Kita sarankan kepada Nalakarupan, anugerah Pelakon Wanita 2010 yang dia nak sarankan kepada Rais Yatim, bagus bagi sahaja kepada Saidatul. Dia lebih berhak mendapatkannya.

Apa bakti dan jasa Saidatul kepada PKR ? ZERO. Malah sepanjang dia memegang PKR Sabah, terlalu banyak kepincangan dan anasir-anasir memecah-belahkan perpaduan parti. PKR bagaikan hidup segan mati tak mahu ketika itu. Penyokong-penyokong PKR sedar dan maklum hal ini tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebijakkan Saidatul membodek Kak Wan ketika itu. Penyokong PKR hanya lihat pakai mata sahaja. Sebab itulah di zaman Saidatul tidak ramai rakyat Sabah berminat untuk menyertai PKR kerana putar belit Saidatul demi menyelamatkan UMNO Sabah.

Saidatul barangkali 'tak senang duduk' melihat perkembangan agresif kepercayaan rakyat Sabah kepada PKR. Itulah sebabnya dia menggunakan kesempatan berdasarkan 'kedudukan beliau dalam PKR sebelum ini' untuk 'cuba' menggoncang kepercayaan rakyat kepada PKR. Beliau sangka rakyat dan penyokong PKR akan mempercayainya berdasarkan dia pernah 'duduk semeja' dengan PKR. Saidatul silap baca kad, semakin hari semakin rakyat Sabah pintar dan bukan buta IT.

Info bukan hanya dapat di perolehi dari satu sumber, banyak sumber boleh di jana. Rakyat Sabah bukan 'paloi' untuk adaptasi segala info yang di berikan oleh media massa yang di 'genggam erat' oleh UMNO dan BN. Perlu di ingatkan, rakyat bukan lagi 'paloi dan telengong' seperti yang anda semua sangkakan.

Kenapa tidak minta 'suami orang itu' minta isterinya bertaubat dari melakukan kezaliman ? Sanggup buang adik dan anak kandung sendiri demi kepentingan peribadi? Suruhlah 'orang-orang baik' itu berhenti jadikan orang lain kambing hitam kerana nafsu serakah sendiri ?

Kepada Saidatul, taubatlah, berhentilah berlagak baik walhal di sebaliknya kamu tidak ubah seperti kuncu-kuncu C4 yang senantiasa menantikan detik Anwar dan PKR di jatuhkan. Mimpilah kamu semua !

Saidatul bercakap macam Ustazah, tapi salahnya beliau memberi nasihat perkara yang beliau sendiri tidak tahu kesahihannya atau mungkin memberi nasihat seperti "sendiri ada pengalaman" dan kini sudah bertaubat? (Maaf kalau kita tersalah sangka).

Kita masih ingat tahun 80an, kisah trajis Mokhtar Hashim. Undang undang mengatakan beliau bersalah membunuh Speaker DUN Negeri Sembilan. Supreme Court memutuskan beliau dihukum gantung sampai mati. Mokhtar Hashim mendapat keampunan dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuang Agung cuma penjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan dari Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung untuk dibebaskan.

Mokhtar Hashim sudah lama dibebaskan. Sila tanya dengan beliau sekarang ini atau pada isterinya 'benarkah Mokhtar membunuh?' Walau pun Mokhtar Hashim sudah bebas dari hukuman. Jawapannya adalah TIDAK. Isterinya dari perbicaraan pertama hingga keakhir 10 tahun suaminya dalam penjara, isterinya tidak pernah akui bahawa suaminya seorang pembunuh bila ada wartawan bertanya kepadanya. Begitu juga Mokhtar Hashim.

Konklusinya Mokhtar Hashim dihukum kerana jadi mangsa dari perundangan. Undang undang mengatakan ada "coroboration" walaupun beliau bukan pelakunya. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh isterinya sehingga sekarang ini. Kalau Saidatul mahu jadi isteri mithali, belajar lah dari isteri Mokhtar Hashim. Tapi kita fikir Saidatul BUKAN !

16 comments:

  1. Astaga, kami duluan bah tau itu saidatul indak pandai butol itu urang. gia sukung sama pkr, tapi laki gia siuk-siuk sana main golf sama najib bah. macam kamirang indak tau. tukuiii...

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  2. "Ustazah Saidatul", sebelum menegur orang lain, cermin dahulu diri anda terlebih dahulu. Apakah anda tidak punya kekurangan ? Apakah anda tidak pernah berbohong semasa dalam PKR dahulu ? Tanyalah soalan ini pada diri sendiri sebelum suka-suka hati saja mahu dakwah orang lain untuk insaf.

    Spongebob SQUAREPANT Female

    ReplyDelete
  3. Adakalanya saya tertanya, silap siapa kerana terlalu mempercayai Saidatul sebelum ini ? Kak Wan, please next time, pilih yang betul-betul kak, jangan nanti terpilih kaca-kaca jalanan lagi seperti sebelum ini.

    TTL.KK.S

    ReplyDelete
  4. Another sarcastic species !! Well, what can we say, this is actually a statement from a loser !!

    Vivien Ng

    ReplyDelete
  5. Barangkali Saidatul nak bodek The Pig Mama untuk dapat project, dia tulis lah dalam utusan meloya macam macam.

    Pemberita Utusan Maloya kalau dapat RM50 dari Saitan-tul lah, mesti keluar punya walau tidak benar. Namanya wartawan cari makan luar tidak cukup gaji.

    Wartawani, Tanjung Karang Selangor

    ReplyDelete
  6. Saidatul,

    Engko mana dapat cerita ini? Engko berapa duit kasi sama itu wartawan?

    Kalu India sana, engko mulut cili juga taruh.

    Rajo, Kajang

    ReplyDelete
  7. Senario politik 2013 nanti, bukan senario politik tahun 91 lagi. Anwar luar atau dalam jail pun Pakatan Rakyat akan menang.

    BN sudah terlalu dibenci oleh rakyat. Propaganda Najib orangramai jadikan jenaka. Ini satu petunjuk yang BN akan kalah PRU13 nanti.

    SK Kuala Abai Kota Belud

    ReplyDelete
  8. Saya lihat rata rata orang mahu tukar Kerajaan. Cerita kedai kupi akan jadi kenyataan, tengok lah.

    Penuntut K.Penyu
    (Tingkatan 5)

    ReplyDelete
  9. Tamat sekolah tingkatan 6 pun tidak guna, bukan boleh dapat kerja. Bagus tukar kerajaan.

    Putera UMNO
    Kg. Gudon, Menggatal

    ReplyDelete
  10. Hari hari orang cakap Kerajaan BN tidak guna, pemimpin tolong anak beranak saja.

    Kami diberi unifom percuma jadi PUTRI UMNO, selain itu apa ada? Malas saya masuk Putri UMNO, banyak janji janji saja. Jadi alat pemimpin UMNO saja.

    ReplyDelete
  11. Sdr Moderator

    Puan Saidatul ini macam ada sort sikit. Barang kali orang lain buat berita itu dan dia main sain buta saja. Dia bukan guna otak.

    Aryani, Mesapol Sipitang

    ReplyDelete
  12. Shocking revelation...PKR renegades in Sabah,still holding important
    position in the party,while sitting as Supreme Council members in PARTI
    CINTA SABAH as well.Brother Anwar why have thou forsaken us..The people
    are beginning to be disillusioned,sack these traitors or PKR will be
    history come GE13.Read more in my blog
    http://advocateviews.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Kalaulah benar seperti apa yang dikatakan oleh Datin Saidatul bagaimana ? Tidakkah kamu semua turut malu ? Tiada mustahilnya kebenaran kenyataan Datin Saidatul ini , sebab mereka berkawan rapat. Fikir-fikirkanlah wahai penyokong PKR !!

    Yussof Amran/Taman Semperlang, Sabah

    ReplyDelete
  14. Agak-agaknya skrip si saidatul ni boleh rangkul Grammy Award tak ? Agak-agaknya apa dia boleh ganti ketua menteri sabah tak kerana keberanian dia membuat satu lagi cerita fitnah ?

    Lailamajnun

    ReplyDelete
  15. Entah sampai bila cerita-cerita karut sebegini akan berhenti ? Rekalah dan ciptalah sebanyak mana yang kamu mampu, kami tetap berdiri bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  16. mereka ini geng geng kaya raya hidup mewah hasil dari rasuah, projek , kayu balak, tanah yg di miliki semasa bapa dan saudara mara mereka berkuasa, harta bertimbun sampai dunia kamat pun tak habis.

    ReplyDelete