Thursday, February 11, 2010

THAMBRIN :-MUJUR LALU HARAM MELANGKAH KALAU MELINTANG BIAR PATAH

Laporan: Halik Zaman

KOTA KINABALU- Seluruh ahli ahli PKR diseluruh Sabah tidak akan merasa 'lemah semangat' dengan apa sahaja bentuk fitnah direka oleh musuh musuh politik Parti Keadilan dengan mengaibkan Ketua Umum PKR Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim, walau apa cara sekalipun seluruh warga PKR Sabah akan terus mengutuk dan menganggap ia sebagai satu cara 'musuh Keadilan' menabur fitnah semata mata mereka takut akan kalah dalam PRU13 yang akan datang.

Kenyataan medea yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Encik Ahmad Thamrin menyifatkan taktik kotor UMNO demi menggapai cita cita kotor mereka untuk mentadbir Kerajaan Malaysia sebagai 'hak milik' mereka selama lamanya, mereka sanggup buat apa sahaja untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Adalah salah kalau para pemimpin UMNO menganggap dengan mengaibkan Dato Seri Anwar Ibrahim, isteri dan anak anaknya maka Parti Keadilan akan lemah malah perbuatan sedemikian akan menjurus lebih banyak simpati bukan sahaja dikalangan ahli ahli PKR malah keseluruhan rakyat Malaysia termasuk ahli ahli UMNO sendiri". Jelas Thambrin.

Kata Ahmad Thambrin lagi, " Walau apa sahaja bentuk keputusan Hakim Mahkamah yang membenarkan keaiban keatas Dato' Seri Anwar Ibrahim, ia dianggap bukan suatu keputusan muktamad, keputusan muktamad adalah simpati rakyat Malaysia yang akan tersurat dalam PRU13 yang akan datang".

Tambah Thambrin, "Keaiban lantaran fitnah yang dilemparkan dan di terima oleh Anwar dan seluruh keluarganya, paling jijik, paling hina yang datangnya dari manusia manusia 'riak kuasa' sehingga sanggup menjadikan Anwar sebagai korban fitnah demi mengekalkan sebuah kuasa maha zalim, sekalipun ia bertentangan dengan hukum Allah swt."

Sambung Thambrin lagi, " Fitnah, menjatuhkan maruah seseorang itu, dari manusia yang kotor akhlak, ia pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad saw lagi, maka tidak hairanlah kalau fitnah itu berlaku keatas Dato' Seri Anwar Ibrahim demi merebut sebuah kuasa. itu adalah mainan dari orang orang zalim yang kotor otak pemikirannya."

Kata Pengerusi PKR Negeri itu lagi, seluruh Cabang Cabang PKR dan ahli ahli PKR Sabah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan fitnah musuh musuh politik Anwar Ibrahim dan seluruh ahli ahli PKR bersatu berdiri teguh, jatuh bangun bersama Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat. "Mujur lalu haram melangkah kalau melintang biar patah!! Itu lah azam dan semangat 'setia berkorban' ahli ahli PKR dan Pakatan Rakyat Sabah."

10 comments:

  1. Kalau fitnah sudah menjalar, manusia hilang pertimbangan kerana tamak kuasa.

    Walau mahkamah putus bersalah, tiada orang percaya kerana semua orang tahu peranan mahkamah.

    Bukan saja mahkamah, tunggul pun kalau tuannya umno ia jadi umno juga.

    Harun Suhaili-Gum Gum Sandakan

    ReplyDelete
  2. Anonymous said...

    Ini lah namanya pemimpin. Berkata dengan bahasa cukup padat dan berwibawa.

    Syabas Thambrin "Mundur pantang, jika maju dihalang, sanggup melintang biar patah'.

    Kami seluruh warga PKR bersama mu "Lawan Tetap Lawan!!

    ReplyDelete
  3. Syabas Tambrin, Sabah boleh. Itulah kelimat seorang pemimpin

    Dzulkifflee Wong
    Beaufort

    ReplyDelete
  4. alaaa biasa lah itu, mahu jadi pemimpin terkenal mesti berani cakap bah.

    Ahli Taksub UMNO-Likas

    ReplyDelete
  5. Saya sokong Tambri 100%

    Aripin-Batu Sapi Sandakan

    ReplyDelete
  6. Support Thambrin with open heart !!

    Miss Fen-Sandakan

    ReplyDelete
  7. Bukan anwar yang jadi idola tapi rakyat suda tidak tahan lagi beli barang makan semua mahal.

    Pasal harga barang mahal maka kami suda benci umno atau pun bn jadi karajaan Sabah.

    Siapa jadi Ketua PKR Sabah, saya tidak pedulu, yang saya mau bn mesti jatuh hancur.

    Dagul Sikomol-Kota Marudu

    ReplyDelete
  8. Bulih tahan lah kita punya Pengerusi baru En.Tambrin. Kalu ini macam panarangan semua orang kampung pun paham.

    Dikampung kami tiada kami dapat panarangan yang cukup salama ini. Kami dangar dangar saja nama pkr ketapi semua kabar dari mulut orang saja.

    Terima kaseh sama Ketua PKR Sabah yang baru saudara Tambrin, walaupun kami tiada kumputer katapi anak anak kami beri tau apa apa saudara Tambrin cakap.

    Mansungi Akui-Sikuati Kudat

    ReplyDelete
  9. Ahmad Thambrin, dulu engkau bersumpah taat setia kepada UMNO, sekarang mana sudah sumpah itu?

    Bagus lah kau keluar dari UMNO, dalam UMNO pun kau bukan penting. Kau kena reject.

    Hashim Akim-Merotai Besar Tawau

    ReplyDelete
  10. Teruskan perjuangan mu Sdr. Thambrin, keluarga saya yang dulu penyokong UMNO tegar kini sudah berpaling tadah.

    Keluarga saya sudah berfikir, tidak ada guna tunggu skogan Najib, tamberang semua itu.

    ReplyDelete