Friday, March 19, 2010

Ceramah Perdana YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Suatu ceramah Perdana Royalti Minyak akan di adakan pada 2 April 2010. Ceramah Perdana ini akan di hadiri oleh tetamu kehormat iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan juga Mantan Pengerusi/Pengasas Petronas.Ceramah ini adalah merupakan anjuran NGO Sabah, Persatuan Blogger Sabah dan United Sabah Dusun Association (USDA).
Semua rakyat Sabah tidak kira apa fahaman politknya adalah di jemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalty minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan YBM Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi dan Pengasas Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama.

Detail ceramah Perdana ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 2 April 2010
Tempat : Dewan Hongkod (KDCA), Penampang, Sabah
Masa : 8.00 malam

Satu mesyuarat pembentukkan jawatankuasa khas yang terdiri dari NGO Sabah telah dibentuk semalam untuk 'mengacarakan ceramah YBM Tengku Razaleigh Hamzah' agar ia tidak berbau politik. Gambar menunjukkan satu perjumpaan khas diadakan bertempat Deleton Hotel KK.

Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalty minyak ini. Kita harus ingat, “Minyak Sabah Untuk Siapa ?”. Adakah faedahnya di salurkan kepada rakyat Sabah atau “mereka” yang berkepentingan ? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah dari penceramah kehormat kita, YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kehadiran anda semua amatlah di alu-alukan.

5 comments:

  1. Bah..araimaittiii kita 2 april ini...

    Mathew Jiman

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, kita ingin mendengar sendiri 'cerita terselindung' di sebalik isu royalti minyak ini. Kami nantikan detik ini.

    Sabree Kamarul--Tuaran

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kita tidak akan ketinggalan lagi dalam mendapat isu-isu semasa dengan adanya program-program sebegini.

    ReplyDelete
  4. Ayuh ramai-ramai kita datang ... selama ini kita hanya di perbodohkan oleh kuncu2 umeno yang semakin menuju ke alam barzakh..Allahuakbar !!!

    Cinta PAS

    ReplyDelete
  5. Syabas kepada penganjur yang menganjurkan acara ini. Kita akan datang beramai-ramai mendengar ceramah ini.

    ReplyDelete