Wednesday, March 3, 2010

Selangor tarik pelaburan RM6 bilion

SHAH ALAM, 24 Feb – Selangor berjaya menarik pelaburan RM6 bilion setakat ini, sekali gus menidakkan ramalan Umno-Barisan Nasional, kononnya negeri iti tidak lagi akan menerima pelaburan asing kerana di tadbir oleh parti pembangkang.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat berjaya menunjukkan kebolehannya menguruskan Selangor dan sekali gus memperhebatkan usaha membela golongan yang terpinggir selama ini.

“Kita telah dapat menunjukkan keupayaan dari segi pengurusan pertama pada ramai pemerhat-pemerhati yang mengatakan bahawa apabila pakatan rakyat memerintah selangor sudah tentulah dapat kekurangan pelaburan yang akan datang ke negeri selangor tetapi untuk pengethaun tuan puan semua negeri selangor walaupun dalam keadaan ekonomi yang meleset telah dapat menarik pelaburan lebih daripada RM6000juta,”katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada majlis Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Shah Alam.

Majlis ini mengumpulkan kira-kira 300 rakyat pelbagai lapisan yang dibela oleh kerajaan menerusi program-program kebajikan dan sosial sejak dua tahun lalu.

Sehingga sekarang, kerajaan negeri Selangor membelanjakan hampir RM50 juta untuk membantu lebih 15,000 orang.

Melalui program merakyatkan ekonomi itu, pelbagai skim bantuan dan insentif bertujuan membela dan mensejahterakan rakyat Selangor dilaksanakan secara berperingkat.

“Jadi apabila ekonomi berkembang pelaburan bertambah sudah tentu pendapatan negeri akan bertambah dan dengan cara itu program merakyatkan ekonomi akan kita perhebatkan,”katanya.

9 comments:

  1. Syabas YAB Tan Sri Khalid dan seluruh Exco-Exco yang telah bekerja keras bagi merakyatkan ekonomi Selangor. Tahniah dari kami di negeri di bawah bayu.

    ReplyDelete
  2. Kita patut ambil ikthibar diatas kejayaan ini. Tapi puak umno mesti tidak senang hati dan pastinya sekarang ini mereka sedang menyusun strategi untuk menjahanamkan Selangor. Just beware of umno's dirty planning.

    ReplyDelete
  3. Saya memang percaya dengan kepimpinan YAB Tan Sri, infact he is a good boss when I was working with Guthrie. Good job Boss !! Allah selamatkan kamu semua di Selangor.

    ReplyDelete
  4. Kita sentiasa mendoakan kesejahteraan negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Semoga PRU13 lebih banyak lagi negeri yang dapat menikmati kemudahan dan kesenangan seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang

    ReplyDelete
  5. We are proud of your YAB. Keep up a good work and for the sake of Selangor's people. We are always beside you !! All the best.

    Vivien Ng

    ReplyDelete
  6. Alangkah bagusnya rakyat Sabah juga mendapat kebaikan seperti yang rakyat Selangor nikmati sekarang ini ? Mengapa kita tidak mahu berubah ? Kami di Sabah pun mahu juga merasa air percuma, pengrakyatan ekonomi.

    ReplyDelete
  7. Adeh.. cam sia rasa mo pindah duduk sanaaa selangor bah..siuk bah kalau ada MB yang perihatin. Sabah ini suma mantari sibuk-sibuk sarik jeki sendiri, bini santik/artis lain karaja indak ada durang padulik.

    Samuel Freddy

    ReplyDelete
  8. Hurmm baru sekarang kamu semua nampak ? Tidakkah kamu pernah nampak segala kebaikan yang YB Datuk Khir Toyo buat dahulu semasa dia menjadi MB ? Ingat-ingatlah sikit kebaikan yang orang lain pernah buat juga.

    Yussof Amran/Taman Semperlang, Sabah

    ReplyDelete
  9. Tahniah diatas kepimpinan YAB MB Selangor. Insya Allah kami akan terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat.

    Rakyat Selangor

    ReplyDelete