Friday, January 29, 2010

PKR TUARAN GOTONG ROYONG BERSAMA RAKYAT DIKAWASAN KIULU


Minggu lepas, Bahagian PKR Tuaran telah mengadakan suatu program khas di Kg Kiulu. Di mana pada program ini, Ketua Bhagian PKR Tuaran, Tuan Hj Ansari Abdullah telah menyerahkan material untuk membuat saluran paip air ke kampung kampung dikawasan Kiulu.

Penduduk kampung turut sama dalam program gotong – royong anjuran PKR Tuaran dan mengharapkan lebih banyak bantuan dan program kemasyarakatan dapat di adakan oleh PKR daerah Tuaran dari masa ke semasa.

Dalam ucapan Ketua Bahagian, Hj Ansari berusaha untuk melaksanakan lebih banyak program-program kemasyarakatan di kampung-kampung di Pukak, Mantub dan Poring dalam kawasan Kiulu daearah Tuarah sedikit masa lagi.

Menurut beliau lagi, tiada pembangunan atau bantuan yang telah di diberikan oleh Kerajaan UMNO di kawasan Kiulu, Pukak, Mantub dan Poring. Jalan-jalanraya dan bekalan elektrik yang ada semua telah di bina semasa Kerajaan Parti Berjaya dulu. Manakala kedai-kedai masih lagi di takuk lama dan di bina semasa Kerajaan Berjaya. Tiada kemajuan yang di bangunkan di Tuaran, khasnya di kawasan Kiulu oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah. Ia seolah olah sebuah kawasan DUN yang sudah dilupakan oleh Kerajaan BN.

Hj Ansari menambah, beliau juga telah merangka beberapa program kemasyarakatan di kampung-kampung seperti di Pukak, Mantub dan Poring yang berada dalam kawasan Kiulu tidak lama lagi dimana pembangunan kampung kampung tersebut terus terbiar dari ingatan Kerajaan BN. Musim PRU baru lah mereka menabur janji mendampingi rakyat Kiulu.

"Wang rakyat Kerajaan belanjakan untuk pembangunan bandar-bandar, tapi dikampung kampung masih lagi ditahap kemunduran. Sudah 40 lebih tahun Sabah merdeka bersama Malaysia, tapi rakyat yang tinggal dikampung kampung tidak diambil keperdulian oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah, untuk mengatasi masalah air bersih, jalan kampung dan lampu letrik." Ulas Haji Ansari Abdullah Ketua Cabang PKR Tuaaran.

Kata Haji Ansari, " Jarang jarang rakyat dengar yang pembangkang pula beri bantuan kepada rakyat kampung, ini adalah tanggung jawab Kerajaan BN tapi kerana PKR prihatin kepada masalah rakyat maka kami dari PKR Tuaran datang menjenguk kesusahan rakyat dikampung Kiulu ini." Tambah beliau, kami dari PKR Tuaran tidak akan lupa bersama menghadapi masalah rakyat.




8 comments:

  1. wah bagus ini. beginilah pemimpin. bukan hanya pentingkan diri sendiri dan poket sendiri. syabas ansari abdullah. good job.

    ReplyDelete
  2. Apa yang selama ini di lakukan oleh UMNO selama mereka memerintah ? Melihatkan kepada kenyataan diatas, Tuaran boleh dikatakan ketinggalan dalam era pembangunan.

    Tahniah buat semua team Bahagian Tuaran, terutamanya Tuan Hj Ansari. Teruskan misi suci anda ini. InshaAllah, rakyat akan lebih 'sayangkan' PKR.

    ReplyDelete
  3. Rajin-rajinlah jenguk orang kampung Hj. Sebab orang kampunglah boleh buat PKR menang.

    Bobohizan Penampang

    ReplyDelete
  4. Program kemasyarakatan ini harus di jadikan suatu agenda penting dalam sesebuah bahagian. Kerana dengan program sebegini kita secara tidak langsung mengubah-alihkan persepsi rakyat terhadap Keadilan.

    Kalau UMNO abaikan mereka, kita dalam PKR perihatin terhadap mereka. Rakyat tidak akan selama-lamanya 'buta'.

    Mahadir Alwee
    (Kg. Pasir Putih, Putatan)

    ReplyDelete
  5. Bangga juga bila mendengarkan kejayaan sesebuah bahagian PKR/Pakatan Rakyat dalam melaksanakan misi kebajikan kepada rakyat.

    Tahniahlah kepada Ketua Cabang Tuaran.

    ReplyDelete
  6. Kita harap cabang-cabang yang lain juga akan menjadikan perkara ini sebagai satu contoh untuk kita ikuti.

    Kami pun turut banggah bila membaca ini beritah.

    Pius Ramsi

    ReplyDelete
  7. Good work PKR Tuaran. Continue your hardwork !

    Thomas Lajinun

    ReplyDelete
  8. Aiseymen, diolang mulai kempen itu. ADUN PBS masi janji janji peruntukan akan sampai. Ketapi tidak pun sampai sampai ituuuu?

    Kasi lah peruntukan sikit YB. kami ahli ahli PBS pun mulai bikin ituu jalanan kampung rusak rusak bah.

    Butul itu diolang PKR kasi bagi bagi paip dan ada gutung ruyung bikin paip. Bila kami olang minta YB cakap belum ada peruntukan.
    Ini macam matai lah

    ahli pbs kiulu@ Ungkin

    ReplyDelete